Hi peeps! Selamat pagi, salam 1 Ogos dan salam cantik untuk semua. Hari ni aku nak sangat share beberapa produk kecantikan yang aku cuba beberapa bulan ni. Dah lama aku nak post entri ni tapi aku postpone sampai ke bulan 8 sebab nak tengok result. Bila sebut pasal produk kecantikan, muka aku ni jenis acne prone. Jerawat senang nak break out, jerawat senang nak kempis tapi parut susah naik hilang. Lama-lama aku dah macam pirate disebabkan banyak sangat parut. Aku guna bermacam-macam jenis compact powder untuk cover blemishes tapi tak pernah pun berjaya. Makin lama, kesan parut makin teruk. Then aku terfikir, aku patut rawat parut tu. Barulah jerawat tak mudah breakout dan pori muka pun taklah besar macam kawah.
So, antara produk yang aku dah cuba dan mempunyai kesan yang baik ialah:
Credits: Walmart.com
Freeman Charcoal & Black Sugar Polishing Mask
Berfungsi sebagai scrub atau mask. Aku paling suka guna ni lepas tanggalkan mekap. Untuk bersihkan pori muka dan tanggalkan kulit mati. Lepas scrub atau mask, cuci guna air suam. Memang nampak sangat kesannya. Btw, aku pernah terjilat produk ni and rasa dia manis...hahaha
Credits: Ms Leong Joanne blogger
Mentholatum Botanics Pore Refining Face Wash
Produk ni pencuci muka kedua aku selain Oxy Ultimate Cleanser. Aku apply untuk rawat masalah pori muka. To be honest, aku baru pakai beberapa minggu tapi aku dapat rasa kulit muka aku makin elok. Bahan-bahan semulajadi sangat membantu merawat pori terbuka. Cuci muka dengan air suam, kesan positif boleh nampak dengan serta-merta.
Credits: Mary Kay
Mary Kay Botanical Effect Mask
Jangan terkejut aku pakai dua jenis mask. Yang pertama untuk bersihkan pori, yang ini untuk rawat jerawat yang baru nak membiak. Mask ni sangat bagus, sebab boleh rawat kulit yang ada masalah sunburn. Walaupun dikategorikan sebagai produk mahal, produk ni boleh bertahan lebih dari 6 bulan. Seminggu pakai 2 kali je.
Credits: makeupalley.com
Hiruscar Post Acne
Sebenarnya aku baru 2 minggu pakai produk ni. Tiap-tiap hari aku apply dan hasilnya memang positif. Kalau ikut penerangan produk, parut akan pudar secara menyeluruh selepas 4-6 minggu. Memandangkan kesan dah nampak pada minggu kedua aku pakai produk ni, harapan untuk pencen jadi pirate mungkin akan jadi kenyataan.
Credits: Amazon
Bio Oil
Produk ni aku pakai penghujung bulan 3. Gembira sangat sebab dapat setelkan masalah tona kulit tak sekata. Tapi kesan produk ni agak lambat dan agak berminyak, aku kena bersabar sepanjang aku apply produk ni kat muka. Produk ni pun boleh pudarkan parut tapi parut aku ni degil so sebab tu aku apply Hiruscar.
Credits: Terapeak
Mary Kay Sheer Mineral Pressed Powder
Kalau korang nak aku jujur, produk ni antara produk yang rawat kulit aku. Masa aku mula-mula kenal produk ni, aku tengok kat TV dan produk ni dikatakan sesuai untuk mereka yang ada masalah acne prone skin atau kulit yang sensitif cepat berjerawat. Aku tak percaya masa tu, tapi bila aku tengok live tutorial, efek powder ni memang bagus. Tahun ni aku try, dah 3 bulan lebih aku apply dan aku suka hasilnya. Aku pakai jenis Ivory 2.
Credits: Mary Kay
Mary Kay CC Cream
Dulu aku pernah cuba CC cream produk tempatan dan aku alami mimpi ngeri. Bayangkan lepas aku pakai aku pergi jalan-jalan, terdedah kat bahang panas dan berpeluh-peluh. Bila aku tengok kat cermin, aku terkejut tengok muka aku sendiri. Since then aku tak percaya CC Cream lagi sampailah aku diperkenalkan dengan MK CC Cream. CC Cream ni sangat berkesan sebab pigmen warna cepat selari dengan warna kulit. Aku pakai jenis light to medium.
Credits: Mary Kay
Mary Kay Translucent Loose Powder
Sebagai penggemar loose powder, aku dah cuba tiga jenis jenama. Yang pertama Silky Girl, yang kedua jenama Korea (aku dah tak ingat). So far aku paling suka yang ni sebab produk ni boleh selari dengan bermacam jenis tona kulit sebab sebelum ni aku selalu risau produk tak match or muka jadi kelabu.
Untuk kesemua produk yang aku guna, Freeman + Mentholatum + Hiruscar + Bio Oil boleh didapati di Watson/ Guardian atau farmasi berdekatan. Mary Kay ada dijual kat Lazada or ejen-ejen MK. Kalau nak tahu kos setiap produk, boleh komen kat kotak komen okay?
p/s: Sori aku tak upload gambar produk sebab aku malas. So aku google image je.
@themagi2017
No comments:
Post a Comment