Tuesday, 8 August 2017

Jika Anda Rasa Anda Berharga

Hello Ogos! Macam lama sangat aku tak update entri bulan ni. Btw, aku cuma update satu entri je untuk bulan ni. Banyak sangat benda nak dibuat as well as sibuk merawat muka yang berparut dan bershopping. Yes, aku sangat menghargai diri sendiri sebab nikmat hidup ni bukan setakat kumpul harta dan rezeki ni bukan terletak pada angka. Jadi, haruslah bergumbira.

Bila sebut pasal menghargai diri sendiri, aku ni sebenarnya nak sangat tahu apa yang ada dalam fikiran remaja zaman sekarang. Aku tak nafikan ramai remaja berjaya. Tapi lebih ramai remaja yang rosakkan diri sendiri. Ruginya mereka ni sia-siakan diri sendiri. Ada yang bunuh diri sebab putus cinta, ada yang terberanak tapi masih bawah umur, buang anak macam buang sampah, ada yang belasah budak lain sebab berebutkan jantan dan banyakkkkk lagi. Jadi, aku buat entri ni khas untuk remaja. Jika anda rasa anda berharga, fikir balik apa yang korang buat sebelum terkena.

Kalau korang rasa korang cantik, pastikan kecantikan korang tu selari dengan perangai. Perangai jangan le nokharom sangat.

Kalau korang rasa korang pandai, jangan la jadi bodoh buat benda bodoh, perbodohkan diri sendiri dengan benda-benda menjahanamkan dan akhirnya menyesal jadi bodoh. Ingat ya adik-adik, menyesal tak datang sekarang. Nanti penyesalan tu datang ketuk kepala.

Kalau korang rasa korang bagus, bagi la bukti dari segi akhlak dan pelajaran. Kalau setakat bagus belasah orang, cari pasal, tunjuk samseng dan sekutu dengannya, pengiktirafan yang korang dapat mungkin sebagai 'sampah masyarakat'. Sampah kat rumah pun korang geli nak pergi buang dalam tong sampah, ada ke orang sudi nak dekat ngan korang kalau korang sendiri tu dah macam sampah?

Kalau korang rasa korang tu serba-serbi elok, luaran je tak cukup. Okay, bayangkan situasi ni- korang nak ke pakai henpon yang berjenama secara luaran tapi dalaman dah rosak? Barang rosak orang tak nak. 

Kalau korang rasa korang terbaik, jangan rendahkan taraf korang. Kepada perempuan, jangan murah sangat dengan lelaki. Asyik nak sale discount je memanjang. Tolong mahal sikit, kalau tak korang ni tak ada beza macam kain pelapik kaki. Perempuan yang terbaik tak perlu desperate, sebab yang terbaik akan datang sendiri untuk dapatkan korang dengan cara yang terbaik. Kepada lelaki, tolong jangan jadi bodoh sebab perempuan. 'Bunga' bukan sekuntum, ada banyak kuntum kat luar sana. Kalau tak dapat 'bunga' ros, 'bunga' melur pun cantik. Lagi satu, 'bunga-bunga' ni bukan untuk dirosakkan ye. Kalau nak, petik dengan cara baik. Bukannya main cabut sesuka hati. 'Bunga' tu ada mak bapak. 

Kalau korang rasa korang berharga, berilah penghargaan pada diri korang. Jadilah manusia yang berilmu dan berpengetahuan. Melalui ilmu, korang akan tahu menghargai banyak perkara lain.  Jadilah manusia yang berbakti. Melalui bakti, korang akan memahami realiti. Dan jadilah manusia yang berguna. Sebagai seorang manusia yang berguna, korang akan dapat menyumbang kepada kebaikan dan akhirnya, kebaikan akan kembali semula kepada korang. Korang akan dihargai oleh manusia lain. Bukan ke indah hidup macam tu?

So adik-adik sekalian...berhenti sekejap bercakap pasal cinta, bergosip, drama Korea, membuli, merepek-repek tepi jalan atau apa saja aktiviti yang tengah korang buat. Hidup korang bukan setakat level remaja je. Banyak lagi benda yang korang tak tahu pasal dunia orang dewasa. Tak mustahil korang dah meninggal bila masuk usia dewasa nanti. Jadi sebelum korang terima beban orang dewasa (sebagai contoh: bayar hutang sana sini, tanggungjawab bertimbun dan segala macam hal) ataupun umur korang dipendekkan, hargailah hidup korang. Takkan ada sesiapapun yang menghargai korang melainkan korang sendiri.

Sekian
Hasil karangan ni ikhlas dari kakak MaGi, eheh~

@themagi2017

No comments:

Post a Comment