Ni contoh je...bukan rumah aku credits: sarahjio.com |
Hello pembaca entri sekalian. Entri kali ni merupakan sambungan entri kisah seram yang aku alami sejak berpindah masuk ke sebuah rumah. Seperti yang aku janjikan, aku nak cerita sikit kisah seram yang pernah berlaku pada rumah yang aku duduk sekarang. Kisah ni aku kutip dari kawan-kawan yang tahu pasal rumah tu tapi diorang tak nak cerita. Agak menarik bagi aku sebab rumah tu ada kisah tersendiri dan menyedarkan aku bahawa bukan manusia je yang tinggal kat bumi yang bulat ni. Selama ni, kita hidup berjiran dengan jiran yang kita tak pernah tahu.
Korang nak tau tak kisah di sebalik rumah tu?
Jengkaut yang Malang
Kejadian ni dikatakan berlaku masa rumah tu sedang disiapkan oleh kontraktor. Sekitar tahun 2005 kalau aku tak salah maklumat. Nak dijadikan cerita, masa pekerja nak gali tanah untuk siapkan kawasan tapak rumah, tangan jengkaut yang sepatutnya untuk korek lubang tiba-tiba patah. Padahal tanah tu bukannya keras mana pun. Masa tu kontraktor rasa ada benda yang tak kena. Senang cerita, rumah tu ganjil sikit bentuknya. Saiz rumah besar, tapi toilet sempit gila. Pintu bahagian belakang dibuat, tapi tak ada tangga. Kalau buka pintu rumah tu, mesti jatuh tergolek sebab paras rumah tu lebih tinggi dari tanah.
Limpahan darah
Untuk pengetahuan korang, aku gelar rumah aku tu 'White House'. Nampak putih sangat especially waktu malam. Orang yang pernah duduk rumah tu dikatakan pernah alami kejadian pelik. Masa tu dia bangun tengah malam sebab nak pergi ke tandas. Tapi bila dia buka pintu bilik, dia nampak limpahan darah kat depan toilet. Korang rasa apa perasaan dia bila tengok darah atas lantai rumah?
Siapa Pegang Tangan?
Yang ni pun kisah dari orang yang sama, berlaku pada sebelah malam. Pada malam kejadian, orang tu tidur sebelah suami dia. Elok je dia tidur, tiba-tiba dia rasa tangan dia kena pegang. Dia pun terus tanya kenapa suami dia tiba-tiba nak pegang tangan? Suami dia tak mengaku. Disebabkan dia malas nak argue, dia pun tidur balik. Tapi selang beberapa minit, suami dia tanya soalan- 'kenapa kau pegang tangan aku pulak'? Dia cepat-cepat tak mengaku. Tapi masa tu, diorang dah tahu ada benda yang tak kena.
Pelarian 'White House'
Kisah ni berlaku masa ada beberapa guru perempuan duduk menumpang kat rumah tu. Asalnya diorang nak menumpang sebulan dua. Tapi hajat diorang tinggal hajat je sebab baru beberapa hari duduk kat rumah tu, diorang tiba-tiba melarikan diri dari rumah pada waktu malam. Aku tak tahu diorang nampak apa kat rumah tu.
Jiran Sebelah
Bila aku sebut pasal jiran sebelah, sebenarnya aku berjiran dengan belukar, pokok besar, anjing liar dan sekutu dengannya. Maklumlah, aku ni kerja kat kawasan luar bandar. Duduk kat hujung kampung. Ada anak pokok ara kat atas bumbung, akar berjuntai-juntai macam rambut perempuan. Korang tahu aku berjiran dengan siapa? Jiran tak nampak, itulah yang diorang pernah cakap. Aku tak pasti diorang pernah nampak ke tidak. Tapi aku pernah alami sendiri, aku rasa macam ada orang panggil nama aku. Memang dekat sangat kat telinga. Dan kisah tu pernah berlaku kat orang lain, dia terdengar orang panggil nama dia. Ko rase?
p/s: nanti aku nak share kisah seram lain yang aku kutip dari member
@themagi2017
No comments:
Post a Comment