Thursday, 5 July 2018

Milo Run @ Kuching!

Hello Julai! Bulan ni aku mulakan dengan berlari. Maksud aku, aku memang pergi ikut larian iaitu Milo Run a.k.a Malaysia Breakfast Day 2018 yang berlangsung di Stadium Sarawak pada 1 Julai 2018 (Ahad lepas). Setelah 2 bulan aku tak melarikan diri ke mana-mana (dan aku pun tak simpan lemak masa raya, good for me), maka aku rasa aku yakin untuk berlari anak sepanjang 3 KM.

Alah, 3 KM~

Tapi rupa-rupa 2 bulan tak berlari tu ada kesan jugak, muscle kaki aku kejang lepas berlari. Haha, padan muka!

But still larian Milo ni satu permulaan segar di awal bulan Julai dan juga di tengah tahun 2018. As I said before, tahun ni struggle sangat. Especially gaji masuk lambat, kahkah!


Okay, memandangkan aku dah sebut pasal gaji masuk lambat, larian Milo ni bagi opportunity yang sangat bagus untuk thrifty cheapskate macam aku untuk dapatkan barangan secara percuma atau harga yang lebih murah. Lagi murah lagi bagus, kalau percuma lagi untung. Tak sia-sia aku berlari sambil bawak beg. At the end aku balik lepas berlarian, aku macam baru keluar dari pasaraya. 


Part apa yang best?

Dapat merchandise barangan Milo such as one pack Milo, Milo 3 in 1, freebies dan goodie bag. Kemudian dapat lagi goodie bag Ayam Brand, makanan free, makan cereal free, minum Milo free bercawan-cawan, air mineral berbotol-botol and pisang cavendish beberapa bijik. Lepas tu barangan Nestle dijual dengan harga runtuh. Dan semestinya, setiap runner dapat baju T serta medal berbentuk Volkswagen Transporter T1. Serius aku suka gila ngan bentuk medal tu, sebab aku memang suka jenama VW klasik!


Hmm, apa lagi yang menarik masa larian Milo? Owh, acara golek cawan gergasi Milo sebelum larian bermula. Seronok lambung cawan Milo, hilang stres aku. Sepatutnya running event lain kena tambah sesi golek menggolek macam tu, baru semangat. Btw, aku sebenarnya tak minat zumba aerobik bagai ni. Aku lagi prefer aktiviti golek macam tu.


Last part? Lepas larian, aku and kakak aku melepak kat tengah padang sambil menikmati makanan percuma. Tanpa sebab diketahui, peserta yang lain datang and tanya mana kami dapat free goodie bag, barangan Nestle etc. Padahal dah ada ejen 'kaunter pertanyaan bergerak' disediakan. Mungkinkah aku sesuai bekerja di bahagian khidmat pelanggan walaupun communication skill aku tak power? So, aku pun memutuskan untuk menjadi ejen 'Tanya Saya'. 


Baiklah, sekian saja laporan melarikan diri di awal bulan Julai. Nanti aku update aktiviti melarikan diri yang seterusnya.

@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment