Sunday, 8 July 2018

Raya Run 2018

Greetings, visitors! Entri kali ni ialah sambungan untuk kisah melarikan diri yang seterusnya. Masih ingat kisah melarikan diri yang sebelumnya? Yup, larian Malaysia Breakfast Day atau Milo Run. Untuk hari ini, aku sertai acara Selamat Hari Raya Aidilfitri Run 2018. Why so panjang nama larian kali ni? Aku pun tak tahu. So aku sebut sebagai Raya Run, senang sikit.

Raya Run merupakan acara larian 5km yang dianjurkan oleh Loving Society, penganjur yang sama untuk acara larian yang aku sertai sebelum ni iaitu StarGate Run dan Zodiac Run. Sebelum ni Stargate diadakan di Kuching Waterfront dan Zodiac Run diadakan di Saradise. Kali ni, Raya Run diadakan di Boulevard Kuching. The things yang menarik pasal acara kali ni ialah probably reka bentuk medal yang cantik dan botol minuman percuma. Kemudian ada sesi zumba yang menarik tapi aku tak join sebab aku malas, hahaha! Other than that, ada cabutan bertuah berupa basikal beberapa set. As usual, nombor bib aku tak bertuah.

Apa lagi yang tak bertuah untuk larian kali ni? Ezcema dermatitis, itulah yang terjadi pada kulit muka aku. Kalau diikutkan aku rasa berat hati nak berlari untuk acara kali ni sebab aku kena elakkan cahaya matahari dan apa-apa saja debris di sepanjang laluan jalan. Tapi aku rasa rugi kalau tak cuba. So aku apply disposable mask sebagai pelindung tapi kru ambulans pertahanan awam sangka aku ni sakit dan ready nak pengsan anytime, hahaha!



For your information, aku mulakan larian pada pukul 6:35 pagi. Kakak aku cakap kami mula pukul 6:40 am. Mana-manalah, aku pun tak pasti. Beza 5 minit. Tapi aku berjaya habiskan larian pada pukul 7:23 pagi. Kali ini aku pastikan aku banyakkan larian dan kurangkan berjalan. Mungkin sebab laluan yang disediakan tak berbukit, so aku yakinlah nak berlari. 

Kalau tak aku takkan ambil risiko~


Aku rasa mungkin ini acara melarikan diri yang terakhir untuk tahun ni. Mungkinlah...kot? By the way, aktiviti melarikan diri ni seronok sebenarnya. Bila lagi nak berjalan kaki di tepi jalan sepanjang 5 km ke pusat membeli belah semata-mata demi seketul medal, kan?


Medal tu cantik doh, kenangan Raya untuk tahun ni~
@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment