Saturday, 28 July 2018

Proses Pakai Pendakap Gigi (For Dummies?)

Image result for types of braces
credits: slideshare.net
Bonjour, Magians! Berjaya jugak aku update entri blog hari ni. Ada rasa happy dan bersyukur sebab impian aku 20 tahun yang lepas akhirnya tercapai pagi semalam. Bagi sesiapa yang tak pernah tengok aku, aku ni sebenarnya teringin nak pakai pendakap gigi a.k.a teeth braces. Bukan sebab trend, bukan sebab nak berlagak kaya, bukan sebab nak jadi dak-dak hipster zaman sekarang. Tapi lebih kepada keperluan kesihatan. Sebab aku ada masalah protruding teeth bermula dari usia 10 tahun dan menyebabkan rahang gigi atas aku jadi muncung. Bila masuk usia 30 tahun, gigi aku makin menjarak dan ada risiko untuk cepat rosak.

10 tahun lepas, aku pernah berusaha nak tahu prosedur pasang pendakap gigi dan berapa kosnya. Tapi masa tu memang susah nak dapat maklumat lengkap. Tak semua klinik sediakan perkhidmatan pasang pendakap gigi. Dan aku pun tak ada duit nak pasang pendakap gigi sebab aku tahu nak pasang benda tu bukannya murah. Aku pernah dengar pasal pasang pendakap gigi di klinik kerajaan masa aku masih bersekolah tapi aku tak tahu macam mana nak mohon dan parent aku tak berani nak tanya sebab risaukan kos. You see betapa aku nak sangat pakai braces? Tapi aku pilih untuk sabar.

Then, after 20 years hajat aku pun tercapai. Bermula dengan consultation pada 14 April, kemudian impression dan x-ray pada 21 April, seterusnya cabut 4 gigi bongsu pada 24 Mei, pendakap gigi dipasang pada 27 Julai. Aku tunggu selama 20 tahun untuk pasang benda ni, so jangan persoalkan kesabaran aku. Aku ni penyabar tau.

Okay, bagi sesiapa yang mungkin simpan impian macam aku tapi tak tahu macam mana dan klinik yang available untuk pasang braces di Kuching , aku boleh suggest beberapa buah klinik pergigian yang aku tahu di Kuching iaitu:
  • Chen Dental Specialist Clinic (Jalan Keretapi)| No.tel: 02-233 381
  • Dr. Bong Piang Nam Dental Surgery (Jalan Penrissen)| No.tel: 082- 618 133
  • The Dental Profile (Jalan Kulas)| No.tel: 082-420175/239175
  • Kuching Orthodontic Dental Specialist Clinic (Jalan Lapangan Terbang)| No.tel: 082-579 500
  • Klinik Pergigian Anmas Sukma (Jalan Sultan Tengah)| No.tel: 082- 448 224
  • Klinik Pergigian Anmas Satok (Jalan Satok)| No.tel: 019-482 1241
Sebelum aku nak pasang pendakap gigi, aku mula-mula nak pilih klinik Kuching Orthodontic sebab itu klinik ortodontik pertama yang aku tahu. Tapi aku diberitahu kalau nak pasang pendakap sebaiknya pilih klinik yang dekat dengan kediaman atau tempat kerja sebab nanti senang nak buat follow up di klinik. Jadi aku pun pilih Klinik Pergigian Anmas Sukma sebab dekat dengan area aku. Bagi mereka yang nak tahu harga pendakap gigi, klinik yang aku pergi ni sediakan 2 jenis rawatan iaitu:
  • pendakap konvensional (metal bracket)- aku pilih yang ni, harga RM6+++ (tak termasuk harga cabut gigi) *tapi harga pendakap ni takkan sustain setiap tahun, so rajin-rajinlah tanya harga sebelum nak mulakan treatment.
  • pendakap damon- yang ni mahal, RM10 ribu (tak termasuk harga cabut gigi) *tapi harga pendakap ni takkan sustain setiap tahun, so, rajin-rajinlah tanya harga sebelum nak mulakan treatment.
Klinik yang aku pergi ni tak sediakan perkhidmatan pendakap Invisalign (pendakap gigi lutsinar mudahalih) tapi seingat aku, Kuching Orthodontic ada sediakan perkhidmatan ni. Tapi aku lebih prefer pendakap konvensional sebab terbukti lebih efektif, harga lebih murah dari pendakap jenis lain (damon, ceramic, lingual atau Invisalign) dan boleh pilih warna yang disukai. Untuk kes aku, aku pilih warna biru muda, aku tak nak warna yang nampak ketara sangat. Kekurangan pakai jenis konvensional ni ialah aku tak boleh makanan keras (epal, jambu batu, ayam goreng rangup is a BIG no-no) dan nampak jelas kalau tersengih tanpa sengaja. Tapi aku tak kisah pun kalau metal bracket tu nampak, sebab aku pakai braces ori kot. Aku tak layan benda fake ni, hahahak!

And bagi sesiapa yang nak tahu apa yang patut dibeli lepas pasang pendakap gigi, aku kongsikan barang untuk penjagaan gigi dan pendakap gigi:

Superfloss- untuk orang yang pakai pendakap gigi digalakkan guna superfloss untuk bersihkan celah gigi dan dawai. Boleh didapati di Watson atau Guardian. Harga dalam RM12 lebih macam tu.

Berus gigi Ortodontik- yang ni klinik gigi yang sediakan. RM45 satu, pakai selama 3 bulan. Lepas tu kena ganti yang baru.

Interdental Brush- berus gigi special untuk bersihkan celah dawai dan gigi. Guna sampai bulu berus rosak. Harga RM7 lebih. Boleh didapati di Watson dan Guardian.

Wax- aku tak tahu nama benda ni tapi doktor aku panggil benda ni wax. Disediakan oleh klinik gigi. Digunakan bila pendakap gigi mula longgar dan dawai mula mengganggu gusi. Yang ni aku tak boleh sebutkan harga sebab doktor aku tak bagitahu berapa harga benda ni.


Okaylah, setakat ni saja aku nak cerita perasaan excited aku lepas pasang pendakap gigi. Kalau nak tengok rupa aku lepas pasang pendakap gigi, rasanya tak payah kot. Lebih kurang sama je macam orang lain yang pakai teeth braces. Takkan tetiba berubah jadi makhluk lain, kan? So, sekian entri proses pakai pendakap gigi for dummies (dummies tu aku sebenarnya, hahaha!)

@theMaGi2018

1 comment:

  1. First payment berapa ya diaorg minta? Sbb tgh survey nak buat braces jgak ni 😊

    ReplyDelete