Monday, 7 January 2019

Sacofa Run 2019

Image result for sacofa run 2019
source: sacofa.com
Hello Januari! Bagi memulakan tahun baru ni dengan positive vibes, Sacofa Run merupakan aktiviti sukan atau aktiviti bersama komuniti yang pertama aku sertai. Sebenarnya aku daftar Sacofa Run bulan November tahun lepas melalui info dari Facebook. Bagi sesiapa yang tak tahu Sacofa tu apa, Sacofa merupakan syarikat pembekal infrastruktur telekomunikasi dan menguruskan jaringan fiber di Sarawak.

Well, aku punya expectation terhadap running event yang pertama ni agak high based on the company's profile. Dan ternyata, mereka memenuhi jangkaan aku. Jadi, satisfaction level aku sangat baik untuk aktiviti kali ni. At first, aku sertai larian ni dengan bayaran RM40 untuk 3 KM. Then, aku dapat goodies yang aku rasa aku tak pernah lagi dapat dari running event yang lain iaitu pendrive. Free goodies siapa tak suka?

So I kembali semula ke topik asal. Sacofa Run, of course. Memandangkan aku dah lama tak berlari, 3 KM tu rasa macam jauh gila. Paling gila aku tak sarapan, aku dengan yakinnya pergi berlari dan bila aku almost nak sampai, aku kebulur dan hampir nak pitam. Pengajaran? Lain kali sarapan dulu sebelum berlari-lari.

By the way, banyak benda yang menarik sepanjang Sacofa Run berlangsung. Sebagai contoh, ada 2 ekor T-Rex comel merayau-rayau cari penggila selfie. Lepas tu, hadiah lucky draw sangat cool- grand prize iPhone X! Malangnya bib number aku tak bertuah, as usual. Tapi still aku rasa Sacofa Run is a good start. Harap-harap positive vibes kekal sepanjang tahun.

Sekian saja kisah berlari di bulan Januari...hahaha! And I'm waiting for the next~

2 hari sebelum event, aku dapat goodies 
dari Sacofa- Tshirt, kupon, tuala, beg and
paling aku suka, pendrive!

Pada hari kejadian iaitu 6 Januari- Begini la suasana 
di DUN Lama Kuching pada jam 5:30 pagi.

Ini dia T-Rex yang aku maksudkan. Kebetulan aku sorang 
pakai tudung biru terang, lebih kurang macam Blue T-Rex

Masa ni ramai dah ready kat garisan Start. Larian 
3 KM dan 5 KM mula sekitar jam 6:35 pagi. Personal
record aku untuk 3 KM ialah 22 minit. Kalau aku tak
lapar dan almost pitam, mungkin dapat singkatkan masa

Macam ni la rupa peserta larian. 3 KM dan 5 KM ni
kategori Fun Run, so banyak la yang berjalan-jalan 
termasuk la aku, kahkah!

Ni selepas aku dan kakak aku dah sampai ke garisan 
Finish. Medal Sacofa Run memang cantik, rasa macam
dapat gold medal

Sebelum balik, harus la dengar siapa yang dapat grand
prize lucky draw. At the end, aku dan kakak aku cuma
mampu dengar je la. Congrats kepada pemenang!

@theMaGi2019

1 comment: