Thursday, 31 January 2019

Book Session: Pantun dan Xintianyou

Hello last Januari. Aku nak update pasal buku. Selalunya aku nak review novel, kumpulan cerpen, antologi dan puisi. Tapi hari ni aku nak share satu buku ilmiah yang berkaitan dengan seni puisi. Aku rasa buku ni lebih ke arah ilmiah.

Actually bukan satu kebetulan hari ni hari kedua Tahun Baru Cina, buku yang bertajuk Pantun dan Xintianyou ditulis oleh Tan Xiao iaitu seorang pengkaji sastera Melayu di China. To be honest aku tertarik dengan kebudayaan China (dan aku pun ada kecenderungan pakai blaus cheongsam) jadi buku ni ibarat tambahan yang bagus terutama sekali dalam aspek penulisan aku.

Apa yang menariknya pasal buku ni ialah:

  1. Perbandingan antara puisi Melayu dan xiantianyou (puisi rakyat China). Kedua-duanya merujuk kepada perkembangan sosiologi semasa dan kebudayaan yang wujud dalam zaman tersebut.
  2. Susunan struktur ayat mencerminkan corak pemikiran masyarakat
  3. Tahap kepuitisan xintianyou mempunyai persamaan dengan gaya gurindam atau puisi tradisional melayu
Sebenarnya, aku jarang jumpa buku yang fokus pada kesenian puisi dari negara lain tapi perbandingan yang dibincangkan oleh penulis boleh dikatakan menarik kerana ia memaparkan hubungan Nusantara dan China pada masa dahulu melalui seni kata. Dan xintianyou mempunyai karakterisitk yang unik dalam menyampaikan rasa cinta, perasaan, semangat patriotik dan luahan peribadi terhadap sesuatu perkara dan berkemungkinan mempengaruhi sastera Melayu pada zaman dahulu iaitu era Kesultanan Melayu Melaka.

Aku nak kongsi sikit petikan xintianyou yang aku rasa sangat manis bunyinya:
  • Da di liu xia wo de ge, xin tian you dai zou wo de qing, tian shiang xing xing yi dian dian, si nian dao yong yuan (nyanyian saya tertinggal di bumi tanah kuning, xintianyou membawa percintaanku, bintang berkilau-kilau di atas langit, percintaanku berterusan selama-lamanya)
  • Tian bu xia yu di zhang kou, wu gu xia di chu bu liao tou, he li mei shui jin shi tou, ku ri zi sha shi cai dao tou (langit tidak turun hujan, tanah umpama mengangakan mulut, gandum tidak tumbuh sejak disemai, tiada air dalam sungai, yang ada hanyalah batu, bilakah hari penderitaan kita akan berakhir?)
  • Lao yuan jian ni zai shan mao shang zhan, shen guo zhe lan pi ao ye hao kan (memandang kau berdiri di atas gunung yang jauh, memang gagah walaupun memakai jaket kulit yang lusuh)
Menerusi beberapa petikan xintianyou, aku mendapati ada banyak elemen alam serta simbolik gunung disebut berulang kali. Secara jelasnya, menimbulkan nuansa segar pagi, romantis dan bersifat memori. Xintianyou dianggap penting sebagai seni pertuturan lisan dalam menzahirkan pemikiran dan mencirikan kebudayaan bangsa. Untuk penulis, pemuisi dan pembaca buku ilmiah, aku cadangkan buku ni sebagai koleksi. Rugi kalau tak beli. Tak mahal pun, RM 20 SAHAJA.

@theMaGi2019

No comments:

Post a Comment