"Salam sejahtera kepada pembaca. Semoga anda larat membaca artikel ini sampai habis. Sekian...." \(^o^)/
Sepintas lalu: Kaum di Bumi Kenyalang
Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia, dengan 40 kumpulan sub-etnik, dan populasi seramai 2399 839 orang. Secara umumnya, Sarawak mempunyai tujuh (7) kaum etnik utama iaitu Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain. Kumpulan minoriti ialah Kedayan, Jawa, Bugis dan India. Istilah Dayak lebih popular di Indonesia berbanding di Sarawak.
Seterusnya...>>>
Penari Iban |
Iban
Iban merupakan suku kaum terbesar di Sarawak dengan peratusan hampir 30% Masyarakat Iban merupakan golongan peribumi di Sarawak dan terbanyak di Borneo. Masyarakat ini pada asalnya menganut agama animisme dan juga pemburu kepala. Kini, kebanyakan mereka menganut agama Kristian dan budaya memburu kepala dihapuskan. Mereka meraikan perayaan Gawai Dayak (pesta menuai padi), Gawai Kenyalang (pesta kenyalang dan Tuhan Peperangan) dan Gawai Antu (Pesta Kematian).
Masyarakat Cina dengan budaya sampul merah (Ang Pau) pada Tahun Baru Cina |
Cina
Masyarakat Cina merupakan suku kaum kedua terbesar di Sarawak dengan peratusan 24%. Mereka tiba sebagai pedagang dan menjelajah pada abad ke-6. Mereka dikategorikan sebagai bukan Bumiputera dan berjaya menyesuaikan diri dengan bersusah payah pada abad ke 19 dengan asas ekonomi yang kuat. Selain menganut agama Buddha, mereka juga menganut agama Kristian. Mereka meraikan perayaan Tahun Baru Cina, Festival Hantu Lapar, Festival Chap Go Meh dan juga Festival Kuih Bulan. Masyarakat Cina menjadi penduduk tetap di Sarawak selepas Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963.
Pakaian tradisional Melayu Sarawak dengan kain samping panjang, baju melayu bagi lelaki dan songket, baju kurung dan selayah keringkam bagi perempuan. |
Melayu
Melayu merupakan suku kaum ketiga terbesar di Sarawak dengan peratusan 23%. Kebanyakan berasal dari Melayu Sumatera, Melayu Brunei dan juga kacukan perkahwinan Melayu Jawa dan Melayu Iban. Pada asalnya, masyarakat ini bekerja sebagai nelayan dan tinggal di pesisiran laut, seperti kawasan Santubong sebagai contoh. Sekarang, mereka berhijrah ke bandar atas faktor pekerjaan. Islam tiba kepada mereka 1000 tahun yang lalu dan banyak mengubah cara kehidupan Melayu Sarawak dari setiap sudut seperti pakaian, seni ukir, makanan dan perkahwinan sebagainya. Selain itu, mereka terus mengamalkan tenunan songket, sulaman keringkam, budaya berbalas pantun atau bermukun sebagai budaya warisan Melayu Sarawak.
Pakaian tradisi masyarakat Bidayuh |
Bidayuh
Bidayuh merupakan suku kaum keempat di Sarawak dengan peratusan sebanyak 8% dan kebanyakannya tinggal di kawasan berbukit luar bandar Kuching. Masyarakat Bidayuh kini rata-ratanya berbahasa Inggeris atau Bidayuh, berhijrah ke bandar atas faktor pekerjaan dan ekonomI. Majoriti menganut agama Kristian tetapi terdapat segelintir yang memeluk Islam. Bidayuh Salako merupakan pecahan daripada kaum Bidayuh yang banyak menetap di sekitar Lundu dan Bau tetapi mereka dikenali sebagai masyarakat Bidayuh sahaja.
Penari Melanau |
Melanau
Melanau merupakan suku kaum kelima terbesar di Sarawk dengan peratusan 6%. Kebanyakan mereka memeluk agama Islam selain Kristian.Mereka mempunyai persamaan dengan Melayu Sarawak dari segi cara hidup tetapi mereka memiliki budaya dan adat resam tersendiri. Bagi Melanau bukan Muslim, mereka masih menyambut pesta tradisional animisme iaitu Festival Kaul sebagai festival utama bagi kaum mereka. Selain itu, mereka juga mempunyai cerita rakyat tersendiri iaitu Asal-usul Pokok Sagu.
Orang Ulu
Orang Ulu merupakan suku kaum keenam terbesar di Sarawak, campuran beberapa sub etnik iaitu Kenyah, Kayan, Lun Bawang, Kelabit, Penan, Bisaya, Punan, Kejaman, Kajang, Ukit, Berawan, Murut, Saban dan Lun Dayeh. Kumpulan masyarakat ini membentuk 6% secara kasar dan istilah 'Orang Ulu' digunakan merujuk kepada masyarakat yang tinggal di kawasan sungai dan juga tinggal di kawasan pedalaman Sarawak. Murut, Saban dan Lun Dayeh pada asalnya kaum etnik di Sabah juga kini sebahagian daripada kumpulan 'Orang Ulu' di Sarawak. Kebanyakan mereka tinggal di Lawas, Limbang, Belaga, Miri dan Baram.
Contoh gambar....>>>
Warga emas Kelabit di Tanah Tinggi Bario |
Keluarga Penan |
Kanak-kanak Lun Bawang |
Gadis Kayan |
Lain-lain
Golongan minoriti di Sarawak ialah Kedayan, India, Eurasia, Jawa, Bugis, Sikh dan juga Punan Bah (gabungan etnik yang dilindungi dan tidak termasuk dalam senarai kaum etnik yang lain yang digabungkan bagi membentuk satu entiti etnik). Bahasa Kedayan dituturkan seramai 37000 penduduk di Sarawak dan tinggal di Lawas, Sibuti, Limbang dan Miri. Tidak seperti di Semenanjung Tanah Melayu, kaum India adalah kaum kecil yang berasimilasi dengan baik di kawasan bandar. Eurasia terus menjadi golongan minoriti di negeri ini hasil perkahwinan campur dengan penduduk di Sarawak. Jawa dan Bugis pula pada asalnya datang bekerja di Sarawak dan saki bakinya kekal di negeri ini untuk meneruskan susur galur keluarga.
Contoh gambar...>>>
Kanak-kanak Kedayan |
Gadis India |
Wanita Punan Bah |
keluarga Sikh |
Copyright2012 MG Blogger
_______________________________________
Special gratitude and Trimas for YOU, YOU and YOU~
psk-syafiq.blogspot.com
girlsareus92.wordpress.com
jeramaju.blogspot.com
scv.com.my
mstar.com.my
blogtau.com
qsl.net
borneoadventure
mysabah.com
ahbengsworld.blogspot.com
melayuonline.com
vision-post.blogspot.com
suarakayangan.blogspot.com
en.wikipedia.com/wiki/sarawak
theborneopost.com
Sebarang cadangan, tambahan maklumat dan perkongsian ilmu amat dialu-alukan =D
p/s: dear kakak, I made this 4u
saya dri UNIMAS..tgh mncari mklumat mngenai industri Muzik Iban...
ReplyDeletemnta sgt jasa baik kalau ada mklumat blh shre...
mklumat nie untuk kjian thesis sy..
nie email sy..jika ada yg sudi membantu,,
maizatuasliza91eiza@gmail.com
pautan industri muzik iban kontemporari:
ReplyDelete[Borneo Post] http://www.theborneopost.com/2013/06/07/masa-depan-industri-muzik-dayak-cerah-mervyn/
[Utusan] http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0817&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm
[Utusan] http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm
[Utusan Sarawak] http://www.utusansarawakonline.com/news/2081/OCHSP-hargai-artis-veteran/
[Utusan] http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_06.htm
pautan muzik tradisional iban:
http://themaidensgiedd.blogspot.com/2013/10/tradisi-puisi-rakyat-tarian-dan-muzik.html (terdapat 10 pautan lain di dalam entri tersebut)
have a nice day ^^ (admin)
maksih sbb shre psal kaum di srawk... hehe... sya wlaupun org Srwk, tpi jjur msih x fham Bahasa etnik lain, saya kcukan ...Iban/LunBawang
ReplyDeletesama2
Delete