Sunday, 30 September 2012

Traditional Artist: Editing is My Style

Menurut profile, dicatatkan bahawa aku ni sketcher tapi jarang post hasil artwork kat sini. Sebenarnya, keinginan nak melukis tu hilang kejap dek risau ngan masa depan. Pastu, tetiba hati ni rasa nak melukis balik. Makanya, terhasil la beberapa lukisan baru taun ni...mari tengok, tak payah intro panjang2.

Idea nak lukis ni datang dari masalah kewangan dan minda
kusut aku sendiri...jadi la macam ni
Nama lukisan ni Court Lady. Dapat idea dari lukisan
pompuan isap rokok panjang. Tapi yang ni rasanya lagi
elok sebab pompuan ni tengah minum teh.
Niat asal nak lukis penyanyi dari Korea, Jaejoong sebab
muka dia cantik cam pompuan...last2 jadi camni pulak..
Dapat inspirasi anime Jepun. Suka aksesori
atas kepala, macam chopstick. Dilukis dengan gaya
lukisan lama Jepun, mata sepet, hidung mancung bongkok
and mulut kecik muncung.
Ni amoi cantik, nama dia ni Chinese Queen. Dapat idea
dari lukisan pompuan Jepun. Yang ni ada susah sikit nak
lukis sebab aksesori kepala lagi banyak dan pelik.
Lukis ni bila selesai Chinese Queen. Alang2 dah buat
lukisan gaya oriental, so aku decide nak lukis Korean
Hanbok Girl ni.
Lukisan ni dibuat selepas meneliti lukisan Chinese Queen dan
Korean Hanbok. Dua2 muka diorang dalam versi moden, cuma Japanese
lady je dilukis gaya Jepun asli. So, lukisan ni Japanese dalam kimono
moden, macam geisha pun ada jugak...
Pada asalnya aku nak lukis Hyun Joong sebab muka dia hensem,
sesuai jadi model tak bergerak. Tapi last2 jadi camni. Tak pasti sama
ada mesej lukisan ni sampai ke tidak..hahaha~
Lukisan ni diilhamkan dari sebuah lagu Barat hip hop yang asyik repeat
"I'm so cold, I'm so cold, I'm so cold, I'm so cold...." Masa lukis ni, aku
bayangkan aku kena simbah ngan air berbaldi-baldi. Tapi lukisan ni disampaikan
dalam konsep kesejukan dan embun di atas bunga. Ada maksud yang tersirat.
Dan ini ialah budak kampung yang tengah main kejar2, orang Sarawak cakap main sekepongKonsep ni diambek dari kenangan masa silam aku yang suka main kejar2 sampai jatuh longkang. Kalu nak lukis pompuan angkat kain sekolah n lari cam lembu macam tak elok je rupanya so aku decide letak budak lelaki je yang main kejar2. Ini dah jadi cover photo untuk facebook aku skang ni. Kalu lukis lukisan baru maybe cover photo aku akan ditukar...^^

Nak tengok lukisan aku taun 2002?
~
Senang je nak explain...buruk GILA~

MaGi 2012
Lukisan lain available kat Deviant Art atas nama Hysescield dan juga Facebook atas nama Shield Knight.

2 comments:

  1. dolok melukis mesti mata besar nak mampus hahahaha..cam sik logik jak..tp cute bah...ya lah kinek tok pakei lense mata besar

    ReplyDelete
  2. ada gik lukisan lamak dlm kotak...klk mun ada ms nak upload ctok...

    ReplyDelete