Wednesday 4 February 2015

Nilai Duit Syiling Lama II

Duit syiling lama, entri berkenaan dengan duit syiling aku dah publish sebelum ni. Untuk entri kali ini, aku pilih 4 keping duit syiling dalam simpanan aku. Duit syiling dalam entri ni bukan untuk dijual, cuma nak bagitahu nilai duit mengikut tahun keluaran. Mungkin ada yang nak tahu nilai duit syiling dalam simpanan masing-masing. Manalah tahu, duit syiling tu berharga. Bolehlah lelong nanti. Tapi kalau nak melelong tu, jangan le letak harga tak masuk akal sangat...hahaha~

Okay, setakat tu je intro aku. Sekian...

 Duit Syiling $1 Parlimen

Diameter: 33.9 mm
Berat: 17.00 gm
Komposisi: Copper Nickel

Bagi sesiapa yang ada simpan duit syiling ni, nilai duit ni bergantung pada tahun dan kondisi. Kondisi yang baik dan tahun yang tepat akan menaikkan nilai syiling tersebut. Bagi duit syiling dalam koleksi aku, duit ni dikeluarkan pada tahun 1971. Aku tak pasti sama ada syiling aku ni dari Kilang Wang Shah Alam atau London Mint sebab syiling $1 Parlimen ni dikilangkan di dua tempat. Duit syiling keluaran Shah Alam 1971 bernilai RM 8 dan syiling keluaran London Mint 1971 pula RM 16. Tapi bagi sesiapa yang ada simpan duit syiling $1 Parlimen tahun 1980, 1981, 1982, 1984, 1985 dan 1986, korang memang untung sebab nilainya jauh lebih besar. Aku bagi list sikit:

1980---> Harga VF= RM 40
1981---> Harga VF= RM 30
1982---> Harga VF= RM 120
1984---> Harga VF= RM 40
1985---> Harga VF= RM 60
1986---> Harga VF= RM 50


Duit Peringatan 1 Ringgit Copper Nickel

Sambutan 15 Abad Hijrah-1401 Hijrah

Bagi sesiapa yang ada duit syiling ni, nilai syiling ni memang berganda dari nilai asal iaitu 1 ringgit. Memandangkan duit syiling ni dalam keadaan yang baik, syiling ni dalam kategori Very Fine (VF) dan ia bernilai RM 20. Jangan tertipu ngan gambar kat sebelah, lighting bilik aku memang dim, jadi gambar pun dim semacam. Untuk duit syiling peringatan yang lain, korang boleh rujuk di Malaysiancoin.com

Ada banyak info tentang duit syiling peringatan yang lain. Mungkin ada salah satu syiling peringatan dalam koleksi korang yang bernilai tinggi. Setakat ni, duit syiling peringatan paling bernilai ialah:

Ulangtahun ke-10 Bank Negara Malaysia 1959-1969---> Harga VF= RM 25
Ulangtahun ke-35 Persidangan PATA 1986---> Harga VF= RM23.


Duit syiling Parlimen 20 sen

Duit syiling 20 sen Parlimen masih ada dalam sirkulasi pasaran walaupun korang sendiri boleh nampak duit syiling 20 sen Bunga Raya lebih banyak di luar sana. Aku ni kira bernasib baik jumpa dua syiling 20 sen yang ada nilai, walaupun nilainya tak besar mana pun. Untuk pengetahuan anda semua, tak semua duit syiling 20 sen Parlimen ada nilai. Duit syiling 20 sen Parlimen ni bernilai mengikut kondisi dan tahun. Duit syiling dalam simpanan aku ada dua. Yang pertama dikeluarkan dalam tahun 1969 dan bernilai RM 2. Yang kedua dikeluarkan pada tahun 1988 dan bernilai RM 2. Bagi sesiapa yang ada duit syiling 20 sen Parlimen untuk tahun 1967, 1968, 1973, 1976, 1977, 1980, 1981, 1982 dan 1987, nilai duit tu cuma Face Value (FV) iaitu nilainya tak lebih tak kurang, cuma 20 sen. Bagi sesiapa yang ada simpan duit untuk tahun 1970 dan 1978, korang memang beruntung sebab duit 20 sen Parlimen tahun 1970 bernilai RM35 dan 20 sen Parlimen 1978 bernilai RM10. Duit 20 sen tahun Parlimen 1971 pula bernilai RM 6 dan tahun 1979 pula bernilai RM 2.

Untuk syiling 20 sen Bunga Raya, aku akan bincang untuk entri yang akan-akan-akan datang :)


Duit 1 sen Parlimen

Duit 1 sen, duit ni selalu korang nampak bersepah-sepah kat tepi jalan. Korang tak peduli pun. Sebenarnya, duit 1 sen ni ada nilai tersendiri. Jangan buang duit 1 sen ni sesuka hati, tengok dulu tahun keluarannya. Siapa tahu, duit yang korang nak buang tu sebenarnya bernilai tinggi. 

Bagi duit 1 sen Parlimen dalam koleksi aku (rujuk gambar sebelah), kondisinya agak baik, cuma sikit lusuh. Ia dikeluarkan pada tahun 1981 dan bernilai RM 4. Tak sangka aku, duit 1 sen Parlimen tahun 1981 ni bernilai RM 4. Aku ada simpan satu lagi 1 sen Bunga Raya tapi cuma FV, nilainya cuma 1 sen je la. Bagi sesiapa yang ada simpan 1 sen Bunga Raya dari 1989 ke tahun terkini, yang bernilai cuma tahun 1989 je  (VF=RM3). Yang lain tu tak payahlah korang nak simpan. Memang tak ada nilai, cuma FV je. 1 sen Parlimen yang bernilai tinggi bermula dari tahun 1967 ke tahun 1988. Duit 1 sen Parlimen yang terbaik ialah duit 1 sen yang bertindak balas dengan magnet. Duit 1 sen yang bertindak balas dengan magnet tu jenis Copper Clad Steel dan harganya memang berganda. Aku bagi list sikit:

1970 Rare Copper Clad Steel---> Harga VF= RM 900 (4 keping masih wujud)
1973 Rare Copper Clad Steel ---> Harga VF= RM 25 (masih ada dalam sirkulasi pasaran)
1976 Rare Copper ---> Harga VF= RM 1800 (100 keping masih wujud)

Nilai 1 sen Parlimen Copper Clad Steel ni berbeza disebabkan jumlah pengeluaran. 1 sen 1976 Copper paling berbeza dan bernilai sebab jumlah pengeluarannya yang sedikit dan sekarang ia sukar untuk dicari. Tak silap aku, abah aku banyak simpan 1 sen jenis ni dulu...tapi semuanya dah hilang masa pindah rumah (ruginya...) Bagi sesiapa yang ada simpan duit 1 sen Parlimen 1968 dan 1970 jenis Copper, korang jangan bersedih sebab nilai duit 1 sen Parlimen 1968 ialah RM 40 dan 1 sen Parlimen 1970 ialah RM 90. Ni aku tambah list sikit:

1967---> Harga VF= RM 4
1971---> Harga VF= RM 2
1973---> Harga VF= RM 6
1976---> Harga VF= RM 4
1977---> Harga VF= RM 4
1978---> Harga VF= RM 2
1979---> Harga VF= RM 6
1980---> Harga VF= RM 6
1981---> Harga VF= RM 4
1982---> Harga VF= RM 2
1983---> Harga VF= RM 6
1984---> Harga VF= RM 4
1985 hingga 1988---> Harga VF= RM 2



Glosari:

Very Fine (VF)= Cara untuk menggred kualiti duit syiling.Very Fine merujuk kepada gred syiling yang ada sedikit calar, ada sedikit tompok (bukti ia digunakan) tapi tulisan dan gambar masih jelas kelihatan.

Face Value (FV)= Duit syiling yang tidak bernilai tinggi, nilainya terletak pada nilai muka (Sebagai contoh, duit syiling 1 sen Bunga Raya tahun 1990 ialah FV iaitu nilainya terletak pada nilai muka, iaitu 1 sen)
*Untuk mengetahui jenis gred syiling, sila rujuk ke Minatduit78

Rujukan: 

Malaysiancoin.com| Lunaticg.blogspot | Minatduit78.blogspot 
*Entri duit syiling akan bersambung

@magi 2015

15 comments:

  1. Cuba layari blog melewarteja.blogspot.com banyak duit lama..!! Bagi tahu saya mana yg bernilai tinggi, nanti kita runding

    ReplyDelete
  2. saya ada syiling 1sen 1976 untuk d jual. kalau nak blh coll. 0125467280

    ReplyDelete
  3. 1970 20 sen n bnyak lagi 50 sen syiling parlimen yg berharga 6-10 rgt..berminat? PM 0133115573

    ReplyDelete
  4. Saya ada 1sen 1967, 1976, 10 sen 1967

    ReplyDelete
  5. sya ad siling 20 sen 1977. (1968). 1973. 1988

    ReplyDelete
  6. Saya Ada syiling 10 sen 1976...berminat???0199568802

    ReplyDelete
  7. aku ada 20sen tahun1971 &2ringgit call 0175406799

    ReplyDelete
  8. saya ada syilling $1, 50 sen berbelah. 20 sen. syiĺng dato hussin onn. syilling $1 merdeka.asia games. yg minap pm 0183177947

    ReplyDelete
  9. Saya ada duit syilin 1sen tahun 1970,ada 5 keping.berminat call :01133790373..

    ReplyDelete
  10. Sy ade syiling suku sen ..stgh sen.. Tiga suku sen dan duit picit...

    ReplyDelete
  11. Sy ada syiling 20 sen thun 1976&1980.. Ada yg minat bole Whtsap 0149069297

    ReplyDelete
  12. Sy ada syiling cooper 1 sen 1970 (3) 1 sen 1968 (6) if minat,boleh whtsap 0189808602

    ReplyDelete
  13. Assalamyalaikum..sya ada duit kertas Rm 2 sign aishah ..masih cantik.jika berminat hubungi 0105257211

    ReplyDelete