Thursday, 9 July 2015

Penenang Jiwa I: Keutamaan Bulan Ramadhan

Image result for 10 malam terakhir ramadhan
credits: ibumenyusu.com
Salam Khamis, akhirnya aku berkesempatan nak menulis di bulan Julai. Sekarang dalam minggu 10 malam terakhir. Walaupun niat asal tak nak menulis sampai hari Raya, tak salah kalau aku buat entri pendek. Untuk semua yang berpuasa di bulan Ramadhan, semoga kita mendapat berkat dan rahmat dariNya...amin~

Puasa Ramadhan diwajibkan pada tahun kedua setelah Hijrah dan pada zaman Rasulullah SAW, menentang Ramadhan ibarat kafir dan bersahur membezakan puasa umat Islam dengan umat yang lain. Selain itu, petikan dari surah Al Baqarah ayat 183 ada menyebut berkenaan dengan keutamaan bulan Ramadhan: 

Allah SWT berfirman, ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu puasa (Ramadhan) sebagaimana  telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu."

Beberapa riwayat juga menyebut tentang bulan Ramadhan:

  • Dari Sa'id bin Jubair ra: "Puasa orang sebelum kita adalah dari waktu Isyak sampai menjelang malam berikut sebagaimana dalam permulaan Islam."
  • Dari Al Bughawi: "Yang benar adalah bahawa Ramadha itu adalah nama sebuah batu yang dipanaskan. Kerana mereka berpuasa diwaktu yang amat panas. Dan dikatakan juga, kerana Ramadhan itu dapat membakar dosa."
Perihal keutamaan Ramadhan juga banyak disebut di dalam hadis Rasulullah SAW:
  • Ketika malam pertama bulan Ramadhan, semua pintu ditutup. Dan Allah memerintahkan jurupanggil yang memanggil: "Wahai pencari kebaikan, mengadaplah! Wahai pelaku kejahatan, hentikanlah!" Kemudian dia berkata, "Setiap yang mohon ampun akan diampuni, setiap yang meminta akan dipenuhi permintaannya, dan setiap yang bertaubat akan diterima taubatnya." Tak henti dia selalu mengatakan demikian sampai datang Subuh. Dan setiap malam 'Idul Fitri.
  • Siapa yang beribadah di malam Lailatul Qadar dengan satu macam kebaikan, sepertinya dia melakukan ibadah wajib pada bulan lainnya. Dan siapa yang melakukan ibadah wajib, ia seperti orang yang melakukan 70 ibadah wajib di bulan lainnya.
  • Ia (Ramadhan) bulan di mana rezeki orang mukmin ditambah. Siapa yang memberi makan untuk berbuka puasa, ia mendapat pahala memerdekakan budak dan ampunan bagi dosanya.
  • Allah memberi pahala kepada orang yang memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa seteguk susu atau sebiji kurma. Barangsiapa memberi makan hingga kenyang orang yang berpuasa ia akan mendapatkan ampunan dosanya dan Tuhan akan memberinya minum dari telagaNya seteguk sehingga tak akan haus selamanya.
  • Perbanyakkan pada bulan itu dengan melakukan 4 hal: dua perkara yang membuatkan diri diredhai Tuhan yakni bersyahadah dan memohon keampunan. Dua perkara yang lain ialah memohon jaminan syurga dan meminta perlindungan dari api neraka.
  • Siapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan redha Allah, akan diampuni dosa terdahulu dan kemudian.
  • Di bulan Ramadhan, diberi 5 hal yang tidak diberi kepada umat sebelumnya: bau mulut berpuasa yang wangi di sisi Allah, para malaikat memohon ampun untuk mereka sampai berbuka puasa, syaitan diikat dan Allah menghiasi syurga serta mengampuni mereka pada akhir malam dari Ramadhan.
Selain itu, Rasulullah SAW pernah ditanyakan apakah malam Lailatul Qadar. Baginda menjawab bahawa malam itu merupakan malam di mana orang yang beramal akan diberikan upahnya setelah selesai dia bekerja.

@theMagi2015
petikan dari Mukashafah al Qulub

No comments:

Post a Comment