Wednesday, 15 July 2015

Resepi penkek kentang

Penkek kentang
Salam Rabu untuk visitor semua. Dah pukul 1 lebih, biology battery dah mula weak. Hari ni aku nak kongsi resepi snek yang aku makan sebelah malam masa bulan puasa. Mudah, sedap dan mengenyangkan. Basically, aku dapat resepi ni masa tengok rancangan Happy Together. Bezanya, Hanbyul guna nasi. Aku gantikan dengan kentang rebus.

Oke, aku proceed~

Bahan-bahan

  1. Kentang rebus yang dilecek
  2. 1 biji telur ayam
  3. Bawang merah siap dipotong
  4. Lobak merah siap dipotong
  5. Bunga kobis
  6. Secubit garam
  7. Sedikit lada hitam
  8. Cili dipotong halus
  9. Minyak masak


Cara membuat
Inilah jadikan kalau tak
berhati-hati~

  1. Masukkan telur ke dalam kentang rebus yang sudah dilecek.
  2. Masukkan garam, lada hitam, cili dan bawang merah. Gaul sampai sebati.
  3. Panaskan minyak atas kuali leper. Tuangkan adunan.
  4. Letakkan potongan lobak merah dan bunga kobis di atas adunan yang sedang masak.  (Boleh masukkan sayuran lain seperti brokoli atau potongan sosej, dada ayam atau daging cincang.)
  5. Selepas letakkan sayuran, terbalikkan penkek dengan berhati-hati.
  6. Seterusnya, terbalikkan semula penkek dan sapu sos di atas sayuran yang sudah garing (Boleh sapukan mayonis ikut citarasa anda.)
  7. Angkat penkek dari kuali, letakkan di atas pinggan dan sedia untuk dimakan :-D




@theMaGi2015

No comments:

Post a Comment