Friday, 10 July 2015

Raya di Sarawak

Salam Jumaat. Ramadhan ke-23 hari ini. Oke, malam ganjil dalam 10 malam terakhir. Tinggal beberapa hari lagi nak Raya. Beberapa hari lepas aku giat memburu shopping complex, sebab sale murah masa hari perayaan je. Selepas menyambar seluar sepasang, baju 2 pasang, 2 buah komik (what--?), cadar katil, dan juga air bikarbonat beberapa botol...aku perasan sesuatu.  Okey, air bikarbonat. Raya di Sarawak memang tak lepas dari air bikarbonat. Hari minggu aku nampak bertimbun-timbun macam bukit air bikarbonat di pasaraya. Lepas 3 hari, timbunan air bikarbonat dah jadi busut.

Jadi, selain air bikarbonat (a.k.a air gas)...mari korek fakta tentang raya di hometown aku.

1. Air Bikarbonat
Image result for air bikarbonat
credits: paschabau.net
Okey, yang ni memang juara. Aku tak perlu mention banyak.

2. Kek Lapis
Image result for kek lapis sarawak
credits: wow.my
Sangat femes, tapi dah tahun lepas rumah aku tak naik kek lapis. 
Kami beli kek butter, pandan and marble sebab aku bukan fan kek lapis

3. Pakai baju raya sampai sebulan
Image result for baju raya
credits: my.shop.88db.com
To be honest, agak rimas sebenarnya pakai selama 
sebulan tapi aku pakai juga. Semangat~

4. Kuih bahulu
Image result for kuih bahulu
credits: recipes.cooki13.com
Err, kuih ni untuk sarapan pagi di tempat aku. Available 24 hours. 
Optional untuk dijadikan kuih raya.

5. Kelupis

Image result for kelupis
Kelupis merupakan hidangan biasa di tempat aku. Ada banyak jenis,
tapi kelupis jenis yang ni yang paling glemer di Kuching. 

6. Kunjungan Hari Raya
Image result for menziarahi hari raya
credits: utusan.com.my
Aku tak tahu rumah orang lain, tapi rumah aku open
30 hari. Aku amek OT cuci cawan (duh~)

7. Ketupat Palas
Image result for ketupat
credits: brownyboyspeaks.wordpress.com
Ketupat jenis ni agak rare di tempat aku. Masa
 aku study di Shah Alam, ketupat ni femes.
Tapi tempat aku, ketupat serban pasti ada.

8. Pasang pelita
Image result for pasang pelita
Yang ni salah satu budaya yang paling aku suka.
Tapi aku duduk perumahan, susah nak pasang pelita.
Bahaya oo, budak main api kat luar. Di tempat aku,
pasang pelita juga disebut sebagai 'bertuntong'. 

Okey, setakat ni je yang aku ingat. Siapa yang tahu lebih banyak, boleh share.
Teruskan berpuasa dan salam Ramadhan untuk korang :)

@theMaGi2015

No comments:

Post a Comment