Tuesday, 28 July 2015

Kaum pada Zaman Nabi

Salam Selasa untuk visitor. Kita masih dalam bulan Syawal dan lagu Raya masih berkumandang. Sambil tambah berat badan dan serang rumah yang buat rumah terbuka, marilah kita menambah ilmu pengetahuan...hehehe~

Ad

Nabi Hud diutuskan untuk mendidik kaum Ad, suku bangsa kuno yang tinggal di Al Ahqaf (antara Yaman dan Oman). Kaum ini adalah kaum yang pandai bertukang (terdapat pendapat dari Barat mengatakan kaum ini berasal dari timur laut, disebut sebagai kaum Ad-lantis) Tapi kaum Ad mendustakan Nabi Hud, binaan mereka sia-sia dan menyembah selain dari Allah SWT. Maka, kaum Ad ditimpa bencana iaitu badai angin dan guruh.

Tsamud

Nabi Saleh diutuskan untuk mendidik kaum Tsamud. Tapi kaum Tsamud menafikan Nabi Saleh malah membunuh unta betina Nabi Saleh. Akhirnya, mereka diazab kerana kesalahan mereka.

Madyan

Nabi Syuaib diutuskan untuk mendidik kaum Madyan yang suka menipu dalam jual beli dan dagangan. Sikap suka menipu timbangan dan nilai barangan tetapi enggan bertaubat membuatkan Allah SWT murka. Kaum ini ditimpa azab cuaca panas, sekalipun berlindung di tempat teduh mereka tetap juga berasa panas. Akhirnya kaum ini binasa.

Aikah

Nabi Syuaib juga merupakan utusan untuk berdakwah dengan kaum Aikah, kaum penyembah hutan lebat. Kaum ini mempunyai sebidang tanah yang mempunyai pepohonan yang sangat rimbun. Perihal kaum ini disebut di dalam surah AlHijr, AlSyu'araa, Shaad dan Qaaf.

Ashab Al-Sabt

Kaum ini merupakan golongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Palestin. Pada masa itu, Allah SWT memerintah mereka supaya beribadat pada hari Sabtu. Untuk itu Allah SWT menguji mereka dengan hasil ikan yang banyak pada hari Sabtu. Melihat hasil tangkapan mereka begitu banyak pada hari Sabtu, mereka meminta pada Rasul agar hari beribadat ditukar pada hari lain selain hari Sabtu. Kaum ini akhirnya dilaknat Allah SWT menjadi kera yang hina kerana melanggar perintahNya.

Ashab Al-Rass

Nama Al-Rass merujuk kepada telaga besar yang dimiliki oleh satu kaum. Nabi Saleh dikatakan telah diutuskan untuk berdakwah dengan kaum tersebut. Ada juga yang menyebut nabi yang diutuskan ialah Nabi Syuaib. Kaum ini dikatakan menyembah berhala dan suka mencampakkan utusan dakwah ke dalam telaga. Sikap kaum ini menyebabkan Allah SWT murka dan akhirnya kaum ini dibinasakan.

Ashab Al-Ukhdudd

Kaum ini merupakan kaum yang suka menggali parit dan menolak perintah Allah SWT. Golongan beriman akan dicampak masuk ke dalam parit yang digali dan ditanam hidup-hidup, termasuklah wanita yang mengendong anak kecil. Kelakuan mereka akhirnya mendapat kutukan dari Allah SWT.

Ashab Al-Qaryah

Kaum ini dikatakan penduduk Anthakiyah menurut sebahagian para tafsir. Mereka tidak menerima utusan Allah SWT dan mendustakan rasul-rasul yang diutuskan. Mereka akhirnya diazab dengan tempikan suara yang keras.

Saba'

Nabi Sulaiman diutuskan kepada kaum Saba' yang mempunyai kebun-kebun yang makmur dan pelbagai jenis nikmat yang lain. Tetapi kaum ini enggan beribadah walaupun sudah diingatkan, sedangkan ratu mereka iaitu Ratu Balqis memilih untuk memeluk Islam. Akhirnya, Allah SWT memecahkan bendungan (empangan) Ma'rib dengan banjir besar.

Tubba'

Tubba' merupakan nama raja bangsa Himyar yang beriman. Peradaban mereka sangat maju dan bendungan air antara ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Tetapi rakyatnya sangat ingkar dengan perintah Allah SWT hingga melampaui batas. Akhirnya mereka diazab sehingga binasa.

Bani Rasib

Nabi Nuh diutuskan untuk berdakwah dengan kaum Bani Rasib dan diuji dengan pelbagai ujian sehingga berdakwah selama 5 abad. Walaupun begitu, kaumnya sangat degil malah mencemuh Nabi Nuh sebagai gila. Akhirnya, Allah SWT menurunkan azab banjir besar dan menghapuskan kaum tersebut, termasuklah anak lelaki Nabi Nuh yang fasik.

Kaldan

Nabi Ibrahim diutuskan untuk berdakwah dengan kaum Kaldan yang terletak di Kota Ur, kini diketahui sebagai negara Iraq. Kaum itu tinggal di dalam kerajaan Babilonia, diperintah oleh Raja Namrud yang zalim, suka membunuh bayi lelaki dan mengamalkan agama banyak tuhan serta bersifat pagan. Nabi Ibrahim menentang raja ini dengan memusnahkan berhala, dan berdakwah secara terang-terangan sehingga dihukum bakar hidup-hidup. Berkat mukjizat dari Allah SWT, Nabi Ibrahim selamat dari hukuman tersebut dan kaum tersebut akhirnya berpihak kepada Nabi Ibrahim.

Sadum

Nabi Luth diutuskan kepada kaum Sadum yang berkeinginan songsang, menyukai sesama jenis dan gemar merompak. Sikap mereka yang melawan fitrah manusia sangat dimurkai oleh Allah SWT dan kaum ini langsung tidak mahu kembali ke pangkal jalan. Akhirnya, mereka diazab gempa bumi yang dahsyat, hujan kerikil dan angin kencang lalu menghancurkan kaum itu beserta kota mereka.

Bani Israil

Bani Israil datangnya dari keturunan Nabi Yakub yang mempunyai 12 orang anak lelaki, termasuklah Nabi Yusuf. Kaum ini pernah ditindas oleh Firaun yang zalim. Nabi Musa diutuskan untuk memimpin mereka dan mendidik mereka ke jalan yang benar. Sebaliknya, mereka kembali semula ke agama nenek moyang (menyembah berhala anak sapi). Selain dari ditindas Firaun, kaum ini pernah diharamkan untuk menjejaki tanah Palestin kerana sikap mereka yang ego, suka membangkang dan mengubah perintah Allah SWT sesuka hati mereka. Kaum ini enggan melaksanakan Taurat yang sebenar, enggan beriman kecuali dapat melihat Allah SWT secara langsung dan menulis kitab mereka sendiri. Kaum ini juga turut bersekongkol dengan pendeta Yahudi dan orang Romawi dengan menyebar fitnah ketika Nabi Isa berdakwah. Mereka cuba untuk menyalib Nabi Isa dan menyangka bahawa mereka berjaya tetapi usaha mereka menemui kegagalan. 

Quraisy

Kaum Quraisy ialah kaum yang tinggal di Kota Mekah dan suka menindas kaum lain. Kaum ini adalah leluhur Nabi Muhammad SAW . Kaum ini terkenal kerana sifat mereka yang kacau, sukar dikendalikan, berpecah belah, dan suka bermusuhan, tetapi fasih berbicara dan puitis. Mereka terbahagi kepada beberapa kumpulan dan tidak suka pada kenabian baginda. Penaklukan Kota Mekah pada tahun 630 akhirnya mengubah corak pentadbiran Kota Mekah di mana Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Khalifah. Baginda memaafkan kaum ini, menyebabkan terjadinya pemisahan Sunni dan Syiah.

Yahudi

Kaum ini antara kaum yang sangat menunjukkan minat berkenaan dengan perihal kelahiran nabi terakhir dan seketurunan dengan Bani Israil. Berita kelahiran nabi terakhir membuatkan sebahagian mereka menuju ke jazirah Arab dan menunggu berita kelahiran bayi kerana mereka menyangka kaum mereka akan menjadi penutup segala nabi. Pada malam kelahiran Nabi Muhammad, mereka bertanya pada kaum Quraisy jika ada bayi dilahirkan. Kaum Quraisy mendapat tahu ada bayi lelaki telah dilahirkan dan menyampaikan berita tersebut. Apabila orang Yahudi berkunjung ke rumah Aminah dan melihat tanda kenabian Nabi Muhammad SAw, mereka pitam dan mengeluh: "Betapa ruginya...kenabian telah hilang dari bani israil, AlKitab telah terlepas dari tangan..." Kaum ini masih ada sehingga ke hari ini.

Nashrani/Nashara

Kaum asalnya ini adalah pengikut Nabi Isa. Tetapi bukan Nabi Isa yang menyebarkan dakwah ke Najran, tetapi pengikut setianya bernama Faimayun. Faimayun dikatakan seorang lelaki yang pandai bertukang, kuat beribadat, pandai mengubat orang dan doa-doanya mustajab. Walau bagaimanapun, kelebihannya yang pandai mengubat orang diketahui ramai dan Faimayun dipergunakan. Faimayun segera beredar dan mengembara sehingga bertemu perompak. Faimayun pun ditangkap bersama sahabatnya. Kemudian, sahabatnya dibeli orang dan Faimayun pula dibeli oleh orang kaya di Najran. Semasa di Najran, Faimayun meneruskan amal ibadatnya sehingga kediaman majikannya terang benderang. Majikan Faimayun tertarik pada agama pilihan Faimayun dan mengikut agama yang dibawa oleh Faimayun. Akhirnya, kaum itu memilih untuk mengikuti agama yang dibawa oleh Faimayun dan pokok kurma yang disembah mereka pun dicabut oleh Allah SWT.

Muhajirin dan Ansar

Kaum Muhajirin adalah golongan penghijrah yang berasal dari kaum Quraisy yang sudah memeluk Islam dan ikut berpindahke Kota Madinah. Kaum Ansar pula kaum yang tinggal di Kota Madinah dan menyambut kedatangan Nabi SAW bersama sahabat-sahabat serta kaum Muhajirin. Kaum Ansar terdiri dari dua kaum besar iaitu Aus dan Khazraj. Muhajirin dan Ansar merupakan kaum asuhan Nabi SAW dan kedua-dua kaum inilah yang menyokong dakwah Islam dari segi material dan spiritual, sama ada terang-terangan atau bersembunyi.


@themagi2015
ruj:
quran.al-shia.org| blogperibadirasulullah| wikipedia | islampos.com| harmoni-my.org | republika.co.id | shafiqolbu.wordpress |fasnote.wordpress | Islamnyamuslim.com | Nabi-nabi dalam Al-Quran karya Dr. Afif Abdullah

No comments:

Post a Comment