Monday, 3 August 2015

Hikayat Pompeii

"Oh where do we begin? The rubble or our sins?" (Bastille; Pompeii)


Image result for pompeii disaster bodies
Credits: duckster.com
Pompeii, bandar purba. Sekarang, Pompeii dah dijadikan lagu oleh penyanyi Bastille. Berapa ramai yang tahu kisah Pompeii yang sebenar? Setakat ini, sejarah memaparkan bahawa Pompeii musnah disebabkan letusan gunung berapi Vesuvius di Naples ribuan tahun dahulu dengan letusan sebanyak 50 kali. Kemusnahan yang Pompeii terima sungguh dahsyat dan mengakibatkan 2000 kematian. Bandar ini diselaputi debu gunung berapi dan ditinggalkan dalam satu tempoh masa yang lama. Ia lenyap selama 16 abad. Pada tahun 1748, Pompeii akhirnya ditemui semula oleh sekumpulan penjelajah.

Di sebalik Pompeii

Seperti mana yang kita ketahui, yang kita baca atau tonton di TV sebelum ini, Pompeii merupakan sebuah kota perdagangan yang terkemuka dalam empayar Rom dan sebuah daerah pertanian yang makmur. Kehilangan Pompeii seakan-akan dilupakan sehinggalah pada 1594, sekumpulan pekerja dihantar untuk menggali terowong di kaki gunung Vesuvius bagi projek pembekalan air ke pekan berdekatan. Aktiviti menggali tertangguh apabila pekerja menemui objek berupa artifak lama. Berita itu tersebar dengan luas dan beberapa siri eskavasi dilakukan di kawasan tersebut, malangnya pada 1631 gunung Vesuvius meletus lagi sebanyak 7 kali dan memusnahkan kawasan sekitar.

76 tahun kemudian, projek eskavasi dimulakan untuk sekali lagi kerana khabar harta karun di Pompeii menjadi tarikan utama. Kuburan kota purba diselongkar dan apa yang mereka perolehi ialah kesan bencana yang menggerunkan.

Pompeii dan Kota Kegelapan

Image result for pompeii
Credits: jenniferlynking.com
Kota Pompeii ditemui buat pertama kalinya pada 1748 selepas penemuan kota Herculaneum (yang juga menjadi mangsa letusan Vesuvius) pada 1738. Ia dipercayai telah ditemui oleh arkitek bernama Fontana yang cuba mencari jalan ke Sungai Sarno. Terdapat teori tanpa bukti bahawa Fontana telah menemui artifak seni yang bersifat erotik. Memandangkan norma kesopanan sangat dititikberatkan pada zaman itu, maka Fontana dikatakan menanam semula seni tersebut ke tempatnya semula. Teori ini disokong oleh beberapa kumpulan eskavasi kerana bukti galian menunjukkan tapak tersebut pernah digali dan ditimbus semula.

Image result for pompeii
Credits: edmondschool.net
Merujuk kepada artifak seni iaitu fresco erotik yang telah ditemui, Pompeii merupakan kota yang mengamalkan ajaran Mithra iaitu kepercayaan terhadap hubungan kelamin dan persetubuhan mestilah dibuat secara terang-terangan dan tak harus disembunyikan. Kota ini membangun dengan budaya-budaya yang aneh seperti:
  • Menggalakkan hubungan sesama jantina
  • Menggalakkan pembinaan rumah pelacuran
  • Menggalakkan persetubuhan luar tabii/bebas
Pompeii menjadi pusat kepada kegiatan maksiat selain dari aktiviti perdagangan, pertanian dan juga aktiviti kesenian. Kota ini dikatakan mirip dengan kota yang didiami oleh kaum Nabi Luth iaitu kaum Sadum.

Bencana di Pompeii

Image result for pompeii disaster
Credits: theextinctionprotocol.wordpress
Letusan gunung berapi Vesuvius dicatatkan berlaku di luar jangkaan penduduk Pompeii kerana mereka menyangka gegaran yang dialami mereka cuma gegaran biasa. Gegaran-gegaran awal yang diterima mereka dikatakan telah mengganggu kesuburan tanaman dan mata air mula mengering. Pada 23 Ogos 79 Masihi (ada yang berpendapat ia berlaku pada 24 Ogos), amaran berupa gegaran kecil akhirnya menjadi letusan besar. Gunung Vesuvius dicatatkan dipenuhi awan hitam bersaiz luar biasa dan seluruh Pompeii menjadi gelap gelita. Sekelip mata, berlaku gempa bumi sehingga berlaku tsunami. Debu letusan gunung berapi itu telah melapisi Pompeii dengan seluruh penduduknya sedalam beberapa kaki.

Kematian beramai-ramai penduduk Pompeii dipercayai berpunca dari debu letusan yang menyumbat salur pernafasan, juga awan hitam yang berkepul-kepul dari puncak gunung Vesuvius pula merupakan gas yang mampu meracun dan membunuh manusia dalam masa yang singkat. Runtuhan batuan dari bangunan dan seni bina akibat gempa bumi juga membunuh lalu menimbun manusia sehingga tenggelam di bawah lapisan debu serta batuan. Sebahagian penduduk Pompeii dicatatkan sempat menyelamatkan diri ke bandar berhampiran, tetapi kebanyakannya tercengang dan akhirnya mati ketika bencana berlaku.

Kebenaran dalam seni fresco 

Sebagai kota di bawah empayar Rom, hasil seni merupakan salah satu budaya dan cara hidup. Hasil eskavasi di Pompeii menunjukkan bahawa penduduk Pompeii menghasilkan banyak kerja seni seperti ukiran dan seni bina. Tetapi seni fresco di permukaan dinding antara seni tinggalan Pompeii yang memperlihatkan kehalusan ilmu seni mereka. Malangnya, ia juga mempamerkan tahap moraliti mereka yang menggambarkan keinginan batin yang melampau dan buas, tidak selari dengan hukum fitrah manusia yang sebenar (rujuk gambar seni fresco explicit di Google Images). Antara contoh seni fresco Pompeii ialah:

Image result for pompeii art fresco
Credits: Ancietart.tumblr
Image result for pompeii art fresco
Credits: pinterest.com
Image result for pompeii art fresco
Credits: pinterest.com
Image result for pompeii art fresco
Credits: annesitaly.com


Peninggalan Pompeii

Kini Pompeii merupakan kota pelancongan dan dijadikan tapak warisan sejarah oleh UNESCO. Ia menjadi tarikan jutaan pelancong di seluruh dunia dalam menyelami sejarah Pompeii sebagai kota terkemuka Eropah pada masa silam dengan hasil seni di dinding, permukaan jalan yang rata, pembahagian dalaman kota yang menarik dan seni bina yang mengagumkan. Dalam masa yang sama, kota ini juga menjadi sumber pengajaran dan iktibar kepada manusia sejagat akan kesan dan akibat dalam keruntuhan akhlak dan kemerosotan dari segi moraliti dan nilai-nilai murni dengan peninggalan ribuan jasad yang menjadi batu.

Image result for pompeii disaster bodies
Credits: digitaltrends.com
Image result for pompeii disaster bodies
Credits: concordmonitors.com
Image result for pompeii disaster bodies
Credits: Thinklink.com
Image result for pompeii disaster bodies
Credits: pinterest.com





@themagi2015

ruj: history.com | wikipedia | mindakini.com | dairishare.blogspot

No comments:

Post a Comment