Tuesday, 4 August 2015

Kenali Diri Melalui Binatang Peliharaan

Image result for petsSalam 4 Ogos. Sekarang aku tengah menaip, ditemani oleh 2 ekor kura-kura dan seekor ikan laga. Kura-kura tu adik aku punya, aku ni nanny je. Masa kecik2 dulu aku pernah bela ayam jadi pet. Lepas tu, bapak aku sembelih then aku makan ayam tu (kejam ke bunyinya?). Kemudian aku bela kucing. Bila kami pindah, kami tak bawa sekali kucing tu. Sekarang, aku bela ikan laga dalam jug kaca mak aku. Nak jimat kos. Bila fikir-fikir balik, apa kaitan kita dengan binatang yang kita bela?

Jawapannya ialah: Personaliti.

1. Kucing

Kucing ialah haiwan belaan yang perlukan perhatian. Bagi sesiapa yang membela kucing, pemilik kucing adalah seseorang yang boleh diharap dan sensitif. Ada di kalangan pemilik kucing juga bersifat suka duduk rumah, kreatif, setia dan pandai mengambil perhatian. Selain itu, pengaruh yang dibawa oleh kucing akan membentuk sikap pemilik mereka menjadi seseorang yang tenang dan bersikap fleksibel.

2. Anjing

Anjing dikenali sebagai man's best friend. Tak juga. Dalam seluruh populasi dunia, tak semua dapat membela anjing. Anjing memiliki sifat suka bermain, gemar bersosial, ceria dan lincah. Bagi sesiapa yang membela anjing, pemilik anjing adalah seseorang yang menyeronokkan apabila berkawan dengan mereka. Sikap ini selari dengan kelakuan binatang peliharaan mereka kerana ia menjurus ke arah keserasian. Pemilik anjing dikatakan cenderung untuk jujur, 'religious' dan sering melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya.

3. Ikan (apa saja jenis ikan)

Ikan ialah haiwan peliharaan yang tak mengeluarkan suara. Tapi, ia memberi reaksi dengan pergerakan badannya. Dikatakan, pemilik ikan adalah seseorang yang paling gembira. Mungkin disebabkan ikan tak bising, tuan empunyanya mendapat ketenangan yang maksimum. Maka, mereka akan berasa gembira. Itu teori aku, sebab aku bela ikan. Hahaha. Okey, sekarang aku serius. Pemilik ikan adalah seseorang yang tidak mudah putus asa, optimistik, tidak terlalu kebendaan dan introvert

4. Burung (apa saja spesis burung)

Burung ialah haiwan kegemaran ramai, lebih-lebih lagi yang pandai menyanyi dan bercakap. Pemilik burung dipercayai merupakan seseorang yang sangat 'outgoing' dan ekspresif. Tetapi, mereka juga sangat dominan. 

5. Apa saja jenis haiwan reptilia (ular, iguana, tegu dll)

Spesis reptilia merupakan pilihan popular pada masa kini. Reptilia seperti ular, keluarga biawak, keluarga cicak dan sebagainya antara haiwan peliharaan. Menurut kajian, pemilik haiwan reptilia merupakan pemilik yang paling suka berdikari, esentrik dan mereka tidak memerlukan perhatian dari orang lain. Tetapi, di sebalik sikap berdikari, mereka merupakan golongan yang kekurangan 'sense of humour'. 

6. Kura-kura

Kura-kura merupakan haiwan peliharaan yang unik. Bagi sesiapa yang memelihara kura-kura, ia mempunyai ciri-ciri yang menyenangkan. Kura-kura hidup lama dan tak mudah sakit. Pemilik kura-kura dikatakan mempunyai sikap ramah dan tenang. Ada juga yang bersifat pemalu. Tetapi secara keseluruhannya, pemilik kura-kura adalah golongan yang baik hati dan tidak berbahaya.

7. Apa saja jenis haiwan (amfibia, eksotik dll)

Bagi haiwan-haiwan yang jarang dibela seperti spesis amfibia ataupun haiwan eksotik, pemilik sememangnya golongan yang suka menyahut cabaran. Sebab haiwan sebegini perlukan pengesahan lesen dari pihak berwajib. Selain dari itu, pemilik merupakan seseorang yang berani dan tak suka perkara yang sama. Mereka cepat bosan. Mereka sukakan kelainan dan perhatian. 




Pendek kata, apapun haiwan yang kita pilih, ia sebenarnya pantulan personaliti kerana ia menggambarkan diri pemilik haiwan itu sendiri. Keserasian dan persamaan itu akan membuatkan pemilik berasa selesa dan gembira.

@themagi2015
ruj: healthypets.mercola.com | hansright.com | onegreenplanet.org

No comments:

Post a Comment