Monday 10 August 2015

Tokoh Renaissance Yang Tak Suka Mandi

Salam Isnin. Memblogging lagi pada hari ini. Beberapa hari lepas aku buat entri mandi. Dan aku senaraikan dua tokoh Renaissance yang tak suka mandi (Raja Louis XIV dan Ratu Isabel/Isabella I). Tapi, lepas beberapa hari aku rasa macam tak puas hati kalau aku tak senaraikan lebih banyak nama tokoh yang tak mandi. Jadi aku giat meng-Google. Tak sangka, ramai juga tokoh zaman Renaissance tak suka mandi. Padanlah zaman tu banyak minyak wangi dicipta. Make sense~

Okey, tak payah cerita panjang, mari tengok tokoh Renaissance pengotor yang mana menjadi idola anda? (Hahaha~)

1. Raja Louis XIV (Raja Perancis)
King Louis XIV of France by Hyacinthe Rigaud (1701).
Menggelarkan diri sebagai Sol-Invictus, raja matahari, Louis XIV mendahului carta sebagai tokoh Renaissance yang tak suka mandi. Istana Louis XIV di Versailles antara istana yang indah di dunia, tetapi tak ada bilik air. 

2. Ratu Elizabeth I (Ratu England)
Queen Elizabeth, c.1575-1578. Painting attributed to Nicholas Hilliard. Anglesey Abbey.
Lukisan Nicholas Hilliard, Anglesey Abbey





















Ratu Elizabeth I, juga dikenali dengan nama The Virgin Queen merupakan pewaris terakhir dalam dinasti Tudor. Sebagai pewaris tunggal dinasti Tudor Raja Henry VIII, Elizabeth I dengan bangganya menyatakan bahawa beliau mandi sebulan sekali.

3. Peter the Great (Tsar Rusia)
Peter the Great by Paul Delaroche.
Lukisan Paul Delaroche





















Sebagai Tsar Rusia dari tahun 1682-1725, Peter the Great merupakan tokoh yang suka mengembara, terpelajar dan berbudaya. Tetapi Peter the Great tidak faham makna kebersihan dan sebaliknya memilih untuk kencing di dinding istana. Beliau juga jarang mandi dan hanya mandi jika ada acara penting di istana.

4. Raja James I England (juga dikenali sebagai Raja James IV Scotland)
James I of England by Daniel Mytens.jpg
Lukisan Daniel Mytens





















James I (atau James IV) ialah raja dan pewaris takhta England dan juga kerajaan gabungan (antara England dan Scotland). Zaman emas kesusasteraan berkembang pada era pemerintahan beliau dan beliau digambarkan sebagai raja yang bijaksana, berfikiran jauh dan serius. Tapi beliau tak begitu serius dalam aspek kebersihan, beliau hanya 'memandikan' jari beliau sahaja dan memakai pakaian yang sama 24/7.

5. Ratu Isabella I (Ratu Sepanyol)
Isabel la Católica-2.jpg
Lukisan Gerard David





















Di Sepanyol, doktrin Kristian pada masa itu menyatakan bahawa mandi adalah perlakuan 'hedonisme' dan berdosa. Penguasaan Kristian di Granada memperlihatkan rumah mandi Islam dimusnahkan dan Isabella I sangat takut bila perkataan 'mandi' disebut di hadapannya. Beliau dengan bangganya menyatakan beliau mandi 2 kali sahaja dalam hidup (masa lahir dan ketika berkahwin).

6. Marie Antoinette (Ratu Terakhir Perancis)
Lukisan Joseph Ducreux
















Marie Antoinette, pewaris terakhir takhta diraja Perancis berasal dari keluarga diraja Austria. Beliau biasa dengan kehidupan mewah. Tetapi ratu terakhir ini jarang mandi, jarang menukar pakaian dan acara mandi beliau hanya dilakukan sebulan sekali dengan penuh gilang gemilang.

7. Isabella Clara Eugenia, puteri Raja Phillip II (Raja Sepanyol)
Isabella Clara Eugenia of Spain - Frans Pourbus II.jpg
Lukisan Frans Pourbus the Younger





















Raja Phillip II mempunyai tabiat malas mandi. Ia menjadi contoh bagi anak perempuan beliau, Isabella yang memilih untuk tidak akan menukar pakaian dalamnya selagi pengepungan di Ostend tidak selesai. Malangnya pengepungan Ostend memakan masa 3 tahun. Ini bermakna, Isabella memakai pakaian dalam yang sama selama 3 tahun.

8. Raja Henry VIII (Raja England)
Workshop of Hans Holbein the Younger - Portrait of Henry VIII - Google Art Project.jpg
Lukisan Hans Holbien the Younger





















Okey, raja ini mandi di istana dengan mandian air panas. Cuma, ramuan mandi terdiri dari herba, kesturi dan civet (spesis musang kecil yang berbau). Beliau juga tidur di atas lapisan kulit bulu yang dijangkiti kuman. 

9. Anne of Cleves (Isteri ke-4 Raja Henry VIII)
Anne of Cleves, by Hans Holbein the Younger.jpg
Lukisan Hans Holbien the Younger




















Raja Henry VIII mempunyai masalah kebersihan. Isteri ke-4 beliau juga begitu. Pada hari perkahwinan mereka, Anne dimandikan dan penasihat raja bekerja keras mencari jalan bagaimana untuk menghilangkan bau busuk badan puteri dari Jerman itu.

10. Raja Henry IV (Raja Perancis)
King Henry IV of France.jpg

Selain dari masalah malas mandi, masalah bau mulut juga melanda tokoh Renaissance. Isteri Raja Henry VI, Margaret de Valois mengadu mulut suaminya berbau busuk kerana tabiat makan bawang putih mentah. 


Oh...ada satu lagi, 
Countess Clara Elisabeth von Platen (keluarga bangsawan Jerman)
Platen.jpg

Countess Platen Hanover mempunyai masalah penyakit sendi. Bagi merawat penyakit tersebut, beliau memilih untuk mandi. Okey, dia mandi. Tapi, beliau mandi di dalam mandian susu dan susu tersebut disedekahkan kepada orang fakir miskin. Cet, pengotor!


@themagi2015
ruj: hubpages |tvaraj.com | wikipedia|muslimvilla.smfforfree.com

No comments:

Post a Comment