Friday, 7 August 2015

Bandar Hantu Terkenal

Pernah dengar lagu perkataan 'ghost town'? Adam Lambert dah jadikan perkataan itu nama lagu. Sia pun dah masukkan perkataan itu dalam lirik lagu Titanium. Bagi yang suka benda seram-seram, aku buat entri ini khas pada hari ini. Hari Jumaat lebih afdal, hehe.

Bandar hantu atau 'ghost town' kini menjadi tarikan pelancong. Selain dari tujuan pelancongan, bandar hantu juga menjadi tanda sejarah bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Tak ada istilah hidup selama-lamanya. Jadi, sambil baca entri ni, marilah kita sedarkan diri sendiri. Kalau tak nak sedar, bolehlah pindah ke bandar hantu yang disenaraikan. Anda sesuai di sana *sengih~

1. Pripyat Ukraine

An abandoned school in Pripyat, Ukraine
26 April 1986, tempat ini diserang nuklear oleh Soviet. 49 ribu penduduk dipindahkan dalam tempoh 36 jam. Kesan serangan nuklear itu, penduduk mengalami masalah kesihatan kesan dari pendedahan radiasi. Tempat ini diabaikan dan menjadi bandar hantu.

2. Oradour-sur-Glane, Perancis

Oradur-sur-Glane
Pada 10 Jun 1944, tempat ini menyaksikan pembunuhan dan kemusnahan akibat Perang Dunia ke-2. Pegawai Nazi membunuh 642 penduduk dan membakar kediaman mereka. Selepas perang tamat, pekan ini tidak disentuh dan sebuah muzium dibina. Ia dijadikan peringatan terhadap sejarah hitam yang mereka alami.

3. Pulau Hashima, Jepun

hashima
Pulau ini terletak di selatan Nagasaki, didiami pada 1887. Ia dibeli oleh Mitsubishi dan populasi penduduk meningkat kerana peluang pekerjaan. Ketika serangan Perang Dunia ke-2 berlaku, buruh dari Korea dan China dihantar ke pulau ini dan dikerah bekerja. Pada 1974, tempat ini ditutup dan terbiar sehingga kini. Pulau ini menjadi inspirasi untuk set penggambaran filem James Bond 'Skyfall'.

4. Kolmanskop, Namibia

The Strangest and Most Tragic Ghost Towns from Around the World
Pekan ini terletak di Namibia dan terkenal dengan perniagaan berlian. Ia dibangunkan pada 1908 dengan bangunan seperti hospital, sekolah dan kasino. Apabila Perang Dunia I berlaku, pekan ini mengalami kemorosotan. Setelah perniagaan berlian menjunam, pekan ini pun ditinggalkan.

5. Svalbard, Norway

The Strangest and Most Tragic Ghost Towns from Around the World
Pekan milik Sweden ini dibangunkan sebagai penempatan warga Rusia pada 1910. Tahun 1927, ia dijual pada USSR. Pada tahun 1998 pekan lombong arang ini ditutup dan tidak didiami lagi. 

6. Kayakoy, Turki
The Strangest and Most Tragic Ghost Towns from Around the World
Pekan ini wujud pada abad ke-18 di tapak bandar purba Carmylessus. Populasi penduduk cuma Greek-Kristian sahaja sejak dari tahun 1923 sejak berlaku perubahan kependudukan antara Greece dan Turki. Ia tidak dihuni lagi. 

7. Copehill Down, England

The Strangest and Most Tragic Ghost Towns from Around the World
Pekan ini merupakan pekan samaran, ditiru dengan reka bentuk pekan Jerman pada tahun 1988. 

8. Pekan Pegrema, Rusia

The Strangest and Most Tragic Ghost Towns from Around the World
Pekan dengan binaan rumah-rumah kayu ini diabaikan sepenuhnya pada zaman Revolusi Rusia. 

9. Sanzhi Pod City, Taiwan

The Strangest and Most Tragic Ghost Towns from Around the World
Projek pekan masa depan ini diabaikan pada tahun 1980 akibat pelaburan yang gagal dan ekonomi yang lesu. Ia antara bandar hantu yang menyeramkan di dunia. Rumah-rumah di pekan ini dimusnahkan pada sekitar tahun 2008 dan 201o.

10. Plymouth, West Indies

The Strangest and Most Tragic Ghost Towns from Around the World

Pekan ini dikosongkan akibat letusan gunung berapi yang dahsyat. Gunung berapi di Pulau Montesserat menjadi aktif pada tahun 1995 dan 1997. Ia tidak didiami lagi.

@themagi2015
ruj: io9.com| history| wikipedia |10mosttoday.com

No comments:

Post a Comment