Thursday, 6 August 2015

Sejarah Mandi

Image result for bathe
Credits: babiesmagz.com
Mandi kerbau, mandi burung, mandi kambing- semuanya merujuk pasal orang yang malas mandi. Sebetulnya, mandi ada banyak manfaat. Bagi yang banyak masalah, air mandian dapat melegakan stres otot dan saraf. Bagi yang busuk, air dapat bersihkan kuman di badan. Bagi yang berasa lesu, mandi boleh menyegarkan badan. Terdapat bermacam jenis mandi yang kita lakukan pada masa kini- mandi hadas (untuk orang perempuan, semestinya), mandi junub (orang dah kahwin mesti tahu), mandi bunga (orang kata untuk kecantikan dan buang benda tak elok) dan juga mandi jenazah (yang itu mandi terakhir untuk manusia). Pendek kata, mandi itu penting bagi manusia.

Sejarah Mandi
Mandi merupakan fesyen atau trend pada era Rom dan Greek di mana rumah mandi awam adalah tempat bersosial, meluaskan jaringan kenalan, berkongsi idea, bergosip dan mencari cinta. Sebagai tempat berkumpul, ruang mandi suatu ketika dulu dilengkapi dengan galeri, bilik meditasi dan bilik untuk tujuan 'peribadi'. Mandi menjadi kemestian sehingga menular ke banyak kawasan. Orang Turk menyukai mandian wap dan aktiviti menyental daki. Jepun pula negara yang obses dengan kebersihan sejak dari dulu lagi dan mereka sangat menyukai aktiviti mandi di 'onsen' aitu air panas semulajadi, menjadikan mandian sebagai satu ritual. Jadi, mari kita berfikir sebentar

  1. Pernah tak kita terfikir siapa yang cipta tempat mandian? Jawapannya: Orang Greek. Mereka mencipta sistem perairan 'aqueducts' dan saluran perparitan yang membenarkan air dipam dan melalui saluran paip. Bilik air dibina secara besar dan ia digunakan sebagai tempat mandian awam. 
  2. Pernah tak kita terfikir siapa cipta tab mandi? Jawapannya: Mr. David Dunbar, lelaki Scottish yang lahir di Amerika. Tab mandi zaman sekarang ada bermacam-macam warna. Tapi tab mandi berwarna putih masih menjadi pilihan. Proses enamel 'cast iron' tab mandi ini menyebabkan tab mandi menjadi warna putih.
  3. Pernah tak kita terfikir siapa yang cipta air pancuran dalam bilik mandi? Jawapannya: English Regency. English Regency bukan orang tetapi kumpulan cerdik pandai yang mereka sistem pancuran pada tahun 1810 dengan ketinggian 10 kaki (3 meter) dengan bahan besi yang dicat seperti buluh.

Mandi atau tak Mandi?

Image result for bathe
Credits: dnaindia.com
Suatu ketika dulu, ketika zaman pertengahan di Eropah, rumah mandi awam dibahagikan kepada dua iaitu lelaki dan perempuan. Ia disebabkan masalah aktiviti seksual apabila lelaki dan perempuan bercampur di dalam rumah mandi yang sama. Beberapa undang-undang digubal, memisahkan kolam mandi mengikut jantina. Begitu juga dengan pintu masuk. Pemisahan itu dikatakan dapat membentuk fokus dan pemikiran yang baik bagi lelaki dan perempuan. Mandi juga dianjurkan dalam Islam agar umatnya bersih dan kemas sebelum bersolat. Jadi banyak agama menggalakkan mandi sebelum melakukan ibadat.

Tetapi pada lewat abad 16, pihak Gereja mengecam pengikutnya yang lebih banyak menghabiskan masa di rumah mandi berbanding di gereja, lalai pada tanggungjawab dan membuang masa. Akhirnya, berlaku protes terhadap aktivit mandi sehingga mandi dipandang sebagai terlalu jijik, menggoda dan boleh menimbulkan syahwat. Oleh itu, masyarakat Eropah pada zaman pertengahan memilih tanah untuk menggantikan air. Membiarkan diri mereka comot kerana mereka percaya tanah adalah simbol kesucian. Mereka juga dapat mengelakkan diri dari jangkitan kuman 'plague' yang dikatakan berpunca dari air. Selain itu juga, bau badan dilihat sebagai satu tarikan. Jadi, wangi-wangian dan bedak tidak begitu diperlukan kerana ia akan menghilangkan keaslian bau badan yang sebenar.

Tetapi, mandi tanah tidak menyekat penyakit 'plague' sebaliknya kematian meningkat akibat gaya hidup yang kotor. Sistem perpaipan direka semula bagi memudahkan pengagihan air bersih ke setiap rumah. Apabila pengagihan air mencukupi, jangkitan kuman pun berkurangan dan amalan hidup bersih dianjurkan. Sekarang, mandi tidak lagi dianggap sebagai dosa tetapi untuk kesihatan dan kebersihan.

Tokoh Eropah yang Malas Mandi

Eropah pernah menyaksikan ramai manusia tak mandi. Masalah kebersihan peribadi di Eropah berlanjutan sehingga ke pertengahan abad 19. Bagi mereka, itu bukan masalah. Terdapat dakwaan kononnya mandi akan menghilangkan minyak semulajadi pada kulit dan menyebabkan kulit menjadi kering dan cepat tua.  Tapi, adakah mereka tak mandi membuatkan mereka nampak muda? Tak pun. Beberapa tokoh di Eropah pada zaman pertengahan kelihatan bangga dengan bau badan mereka. Antaranya ialah:

  1. Louis XIV: Duta dari Rusia mencatatkan Louis XIV berbau seperti binatang liar. Louis XIV dikatakan tidak mandi demi menjaga kesihatan dan ia dilakukan atas nasihat doktor peribadinya.
  2. Ratu Isabel I dari Spain hanya mandi 2 kali dalam hidup. Pertama; semasa lahir. Kedua; semasa berkahwin.
  3. Anda cari sendiri.

Pesanan untuk Mereka yang Malas Mandi

Sebenarnya, pesanan ini bukan rekaan semata-mata tetapi ia benar-benar diwujudkan oleh Uncyclopedia.wikia yang ditujukan khas untuk mereka yang malas mandi. Apa yang mereka sampaikan, mereka benar-benar memaksudkannya. Aku tertarik dengan beberapa ayat yang mereka tulis iaitu:

Bagaimana untuk berdepan dengan golongan yang enggan mandi? 1. Hantar mereka ke Utara, di kawasan Utara ramai yang tak mandi. 2. Lakukan regim mandi yang ketat. 3. Buang mereka di depan rumah orang. 4. Wujudkan koloni untuk mereka. 5. Bunuh mereka (okey, yang ini kejam sangat)

Terdapat pesanan penaja dari Uncyclopedia.wikia:

"Jika anda seorang yang celik huruf dan membaca artikel ini, sila ikut panduan bagi mengubati simptom anda. Tolong bersihkan diri anda."



@themagi2015
ruj: Wikipedia | pureinsideout.com | gallowglass.com | todayifoundout.com | uncyclopedia.wikia.com

No comments:

Post a Comment