Monday, 5 October 2015

13 Orang Hijau dalam Filem Barat

Selamat Isnin, peeps! Hari ni 5 Oktober, baru ada kesempatan nak memblogging sebab beberapa hari lepas aku dapat niece baru. Memandangkan kerja aku cuma menulis je dan ada masa terluang, boleh la tolong mak tengokkan budak. Bila sebut pasal mak, ingat tak video viral 'mak kau hijau'? Aku bukan nak cakap pasal mak orang kaler hijau, tapi pasal karakter berwarna hijau dalam filem Barat. Kalau nak diikutkan, ada banyak. Tapi aku nak senaraikan yang famous dan well-known je.

Okey, aku proceed sebelum niece aku menangis :)

Orang kaler hijau...siapakah?

Image result for mila kunis wizard of oz prequel
THE WICKED WITCH dari Wizard of Oz. Semuanya
gara-gara epal hijau~
HULK, asal marah je jadik hijau. Asal marah je
baju koyak tapi seluar tak.
MIKE WAZOWSKI dalam Monster. Jangan berani lawan
mata dengan makhluk ni.
SHREK, ogre pengotor yang mempunyai gigi yang putih bersih.
TEENAGE MUTAN NINJA TURTLE, kura-kura mutan
yang pakai topeng mata padahal memang obvious mereka ialah
kura-kura.
SQUEEZE TOY ALIENS yang memualkan bila tengok lama-lama.
Banyak sangat biji mata.
YODA, master yang hebat dalam Star Wars tapi suka
cakap terbalik..."a wiser master in Star Wars there has been?"
Image result for the mask
THE MASK...eh, muka hijau tangan putih~
Image result for mak kau hijau
PRINCESS FIONA, wife si Shrek. Cinta sejati
telah menjadikan Fiona berwarna hijau.
Image result for grinch
THE GRINCH dalam Dr. Seuss How to Stole Christmas.
Melihat kehijauan Grinch ni menunjukkan mak dia mesti
hijau.
Image result for goblin spiderman
GREEN GOBLIN dalam Spiderman. Dia punya ketawa
memang sangat annoying.
Image result for green lantern
GREEN LANTERN, nasib baik kau hensem...hahaha~
Image result for green character in movies
DISGUST dalam Inside Out yang bergaya, cantik tapi
fussy dan cerewet. Begini kot perangai orang cantik? Hehe~


Setakat ni je yang aku tahu. Nak tambah sila masukkan dalam kotak komen. Alang-alang bercakap pasal hijau, tiba-tiba nak makan sayur hijau..hahaha~

@themagi2015

No comments:

Post a Comment