Tuesday 27 October 2015

Senarai Haiwan Mitos di Dunia

Salam Selasa untuk semua! Hari ni aku duduk di meja makan sambil menaip dan makan Choki-Choki Chococashew. Memandangkan aku agak santai hari ni, terlintas di fikiran aku tentang haiwan mitos. Okey, Choki-Choki dan haiwan mitos memang tak ada kaitan (why aku nak bercakap pasal haiwan masa tengah makan coklat??)  Tak kisahlah. Yang penting, aku buat entri yang berilmu dan berguna. Harap-harap, bergunalah maklumat ni.

Okey, sebenarnya ada banyak haiwan mitos di dunia. Pelbagai tamadun, bangsa dan budaya di dunia mencatatkan bermacam-macam jenis haiwan mitos yang aneh dan tak masuk di akal. Tapi tak semua haiwan mitos ada dalam setiap tamadun. Sebagai contoh, makhluk Gorgon sangat terkenal dalam mitologi Yunani tetapi ia tidak begitu terkenal di Asia. Oleh itu, haiwan mitos yang terkenal tak kira di manapun berada ialah:

Image result for dragon
NAGA
Hampir setiap budaya dan tamadun tahu tentang mitos Naga.
Naga dikatakan berasal dari mitologi Greek dan China tetapi
ia juga terkenal di seluruh Eropah dan kawasan Asia yang lain.

Image result for phoenix
PHOENIX
Makhluk ini banyak disebut di dalam mitologi Greek, China
dan Mesir. Tapi ia juga dikenali dalam banyak tamadun yang
lain dan diberi nama Bird of Flames. Burung ini dikatakan
mempunyai kitaran hidup yang unik kerana lahir, mati dan lahir 
semula melalui api yang sama. Ia menjadi simbol kelahiran semula.

Image result for mermaid
DUYUNG
Duyung, atau Mermaid/Merman merupakan haiwan mitos yang sangat
terkenal di seluruh dunia. Bagi mitologi Greek, mereka juga dikenali
sebagai makhluk siren dan kewujudan mereka di laut membawa maksud
bahaya. Christopher Columbus mendakwa beliau pernah terserempak
dengan makhluk ini ketika berlayar di laut.

Image result for mitos burung garuda
GARUDA
Garuda merupakan burung raksasa yang terkenal dalam mitologi Nusantara, terutama 
sekalinya di Indonesia dan Thailand. Garuda pada asalnya wujud dalam mitologi 
Hindu dan Buddha. Kini ia menjadi lambang negara Indonesia, Thailand dan Mongolia.

Image result for unicorn
UNIKORN
Unikorn merupakan kuda bertanduk yang terkenal di dunia. Tetapi
sejarah mencatatkan kisah unikorn bermula di Lembah Indus. Ia digambarkan
sebagai haiwan yang ramah dan mudah didekati, tetapi sukar dijinakkan. Tanduk
unikorn pula dipercayai dapat meneutralkan racun.



@themagi2015
ruj: fuh.my | majalah-dunia | wikipedia | 

No comments:

Post a Comment