Monday, 30 November 2015

Apa yang Menarik tentang Aiskrim?

Image result for good things about ice creamApa yang menarik tentang Aiskrim? Aiskrim, itulah entri kedua aku untuk hari ni. By the way, siapa yang tak suka makan aiskrim? Bak kata orang putih, it's not enough to scream for ice cream.

Bagi mengenang Wall's Double Dutch aku yang dah pun habis di dalam peti sejuk dan Wall's Tim Tam yang sangat chocolatey (tak pasti wujud ke tidak istilah ni), aku nak tulis sikit the best, greatest and awesome side of ice cream.

Sejarah?


  1. Sebutan 'ice cream' berasal dari USA.
    Try jenama Jwel berperisa
    Black Forest. Huh, Black
    Forest kepala aku dibuatnya.
    Aku tak suggest untuk orang
    yang ada masalah migrain. Btw,
    aiskrim ni sangat ohsem.
  2. Jackson August dari Philadelphia ialah orang pertama yang menemui cara membuat aiskrim pada 1832.
  3. Nancy Johnson merupakan orang pertama yang cipta mesin aiskrim manual.
  4. Alfred L. Cralle merupakan orang pertama yang cipta senduk aiskrim (tahun 1897).
  5. Aiskrim Cornetto dicipta pada tahun 1904.
  6. Rakyat USA paling banyak makan aiskrim.
  7. Aiskrim dicipta sekitar tahun 1600.
  8. Aiskrim merupakan hidangan untuk golongan diraja England suatu masa dahulu.
  9. Thomas Jefferson merupakan orang pertama yang memiliki resepi pembuatan aiskrim vanila.
  10. Pada tahun 1851, Jacob Fussell menjadikan aiskrim sebagai industri besar di USA.
(dipetik dari blog HannanMaisara)

Kebaikan?
  1. Aiskrim baik untuk diet. Kajian dari American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahawa amalan memakan satu hidangan aiskrim sebagai diet mendapatkan berat badan ideal adalah baik kerana ia mempunyai fungsi yang sama seperti produk tenusu yang lain (e.g: susu)
  2. Aiskrim dapat meningkatkan kesuburan wanita. Kajian dari Harvard menunjukkan aiskrim produk tenusu membuka peluang kepada wanita untuk mendapatkan anak dan mengurangkan sebanyak 38% risiko ovulation-related infertility.
  3. Aiskrim mempunyai pelbagai nutrien. Walaupun aiskrim bukan makanan kesihatan, ia mempunyai beberapa kandungan nutrien yang penting seperti kalsium, fosforus, vitamin C dan B, potasium dan protein.
  4. Aiskrim baik untuk psikologi. Kajian dari Institute of Psychiatry di London menunjukkan satu sudu aiskrim boleh meransang perasaan gembira dan mencetuskan senyuman. Ransangan kegembiraan itu berlaku di bahagian otak orbitofrontal cortex di mana kawalan terhadap aktiviti menyenangkan terjadi ketika lidah merasai aiskrim.
  5. Aiskrim baik untuk seks. Bagi pasangan yang bermasalah, kajian dari Chicago's Smells and Taste Treatment and Research Foundation menunjukkan kandungan kalsium dan fosforus dalam aiskrim dapat meningkatkan kekuatan otot, sekaligus meningkatkan kekuatan libido.
Antara aiskrim kegemaran aku.
Hampir setiap bulan aku beli.
Betapa buasnya aku makan
aiskrim sejak kebelakangan ni.
(dipetik dari blog doctoroz.com)


Keburukan?
  1. Makan aiskrim bertenusu secara berlebihan boleh menyebabkan berat badan bertambah.
  2. Kandungan lemak dan gula dalam aiskrim berbahaya untuk pesakit obes. Ia menyebabkan risiko kolesterol meningkat, serangan jantung, strok dan lebihan lemak. Ia juga menyebabkan terjadinya kerosakan gigi seperti plak dan kaviti.
  3. Aiskrim bertenusu tidak sesuai untuk golongan yang ada masalah lactose-intolerant kerana ia boleh menyebabkan golongan tersebut mengalami masalah penghadaman dan percernaan, sakit perut dan cirit birit.
(dipetik dari healthyeating)

Aiskrim coklat Kings yang
sangat sedap. Aku suggest
korang try aiskirm ni.
Lagi Fakta Menarik?
  1. Vanila adalah perisa aiskrim paling terkenal dan digemari semua.
  2. Sejarawan mencatatkan bahawa Alexander the Great suka makan ais salji yang dicampur dengan madu dan nektar.
  3. Ada 273 kalori dalam satu cawan aiskrim vanila.
  4. Aiskrim datang dalam pelbagai jenis- aiskrim biasa, aiskrim yogurt, kastard beku, aiskrim rendah lemak, sorbet, gelato dan sebagainya.
  5. Pengakhiran Perang Dunia ke-2 diraikan dengan memakan aiskrim.
  6. Topping aiskrim yang terkenal ialah sirap coklat.
  7. Menurut kajian, jualan aiskrim meningkat mendadak ketika waktu kemelesetan atau waktu perang (well, aku faham sebab masa aku tak ada duit di kampus dulu, aku spend duit beli aiskrim murah untuk dapatkan tenaga sebab harga nasi + lauk agak mahal).
(dipetik dari icecreamhistory)
 

p/s: bila siap entri pasal aiskrim, timbul lagi rasa nak makan aiskrim. Aiskrim, aku datang~
@themagi2015

No comments:

Post a Comment