Monday, 30 November 2015

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015

Salam Isnin untuk semua! Hari ni hari Isnin terakhir dalam bulan November, sehari lagi sebelum melangkah ke bulan yang terakhir. Tak sangka aku, banyak betul benda nak dibuat bulan ni sampai tak sempat aku nak kemaskini entri. Harap-harap hari ni aku dapat buat beberapa entri yang berguna. 

By the way, Sabtu lepas (28 November), aku sempat singgah ke tapak sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Kota Samarahan, Sarawak. Sambutan HPPNK ni dibahagikan kepada beberapa zon. Yang aku ingat, Zon E ialah zon industri asas tani- kat situlah aku beli one of the delicate food item yang agak payah ditemui di Kuching, which is ikan bilis salai dan ikan tahai goreng. Kalau tak tahu benda tu, boleh Google sekarang. Another zon yang menarik ialah Zon B which is zon yang menempatkan pavilion setiap negeri.

Alang-alang dah sebut pasal zon, aku sertakan sedikit gambar masa sambutan.


Nampak ikan tuna besar di zon perikanan. Sedap buat sushi ni..emmm

Tengok orang buat labu sayong secara live di Pavilion Perak Darul Ridzuan.

Merayau jap di Pavilion Johor yang cantik dengan hiasan Rumah Limas. Jeles
aku bila nampak orang berselfie berwefie depan pavilion.

Seterusnya, aku merayau ke Pavilion Negeri Sembilan. One of the pretty pavilion
yang aku lihat di zon B sebab bentuk bumbung Minangkabau.

Akhirnya, aku tak dapat menahan rasa jeles. Maka aku pun bergambar di Pavilion Perak
sebab pavilion ni meriah dengan pokok-pokok hijau. Staf kat pavilion pun ramah.

Lepas bergambar, aku merayau ke zon perikanan. Banyak sekolah yang turut serta
dalam pertandingan hiasan akuarium dan sebagainya. Tapi sekolah aku tak ada pulak.

Bahagian akuarium ni merupakan bahagian kegemaran budak-budak. Semuanya nak
menempel depan cermin akuarium.

Habis merayau di pelbagai zon, aku balik ke zon pavilion dan ternampak
Jambatan Pulau Pinang. Hmm, teringat aku saat aku lalu jambatan tu~

Okey, ini dia hasil free goodies yang aku dapat masa merayau di tapak HPPNK.
Trimas kepada Pavilion Sabah sebab bagi beg yang cantik, Pavilion Perak di atas buku info
dan map yang berguna, Pavilion Negeri Sembilan di atas lencana GREEN yang comel, gerai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk buku nota yang tebal, Lembaga Getah Malaysia untuk pen, bola getah dan buku nota, gerai Lembaga Kelapa Sawit untuk aiskrim percuma yang sedap-dap-dap dan akhir sekali, trimas untuk semua booth yang sediakan taster yang menyelerakan.

Free is glee, betul tak?

Kepada semua yang belum pergi ke tapak HPPNK 2015 di Kota Samarahan,
hari ni korang boleh singgah. Banyak produk tempatan ditawarkan dengan harga yang
rendah. Sambil membeli, sambil dapat barang percuma...hehehe~

@themagi2015

No comments:

Post a Comment