Monday 30 November 2015

Tokoh Genius yang 'Mental'.

Monday, I'm back. Kembali untuk entri ke-3 untuk hari terakhir bulan November, aku sediakan entri mental sebagai kudapan minda di malam hari. Bila sebut pasal mental, ada banyak perkara yang boleh mengganggu pemikiran kita. Kalau aku, aku bengang kalau ada orang ganggu kedudukan buku aku sebab aku susun buku ikut tahun dibeli. Tapi itu tak dikira sebagai masalah mental, mungkin sedikit masalah OCD?

So, bila sebut pasal sakit mental, kita tak tahu berapa ramai yang ditimpa masalah ni. Sebab penyakit ni bukannya terus nampak dengan sekali pandang. Ada yang berpendapat, kesukaran dalam hidup punca berlakunya sakit mental. Tapi, tokoh-tokoh terkenal pun tak terlepas dari penyakit ni, sekalipun mereka terkenal dan hidup senang. Well, sakit mental boleh melanda sesiapa saja- asalkan orang itu hidup dalam tekanan.

Berapa ramai tokoh yang ada isu mental yang kita tahu? Mari semak sekarang.


Ludwig van Beethoven


Beethoven, seorang komposer dan pemuzik terkenal dari dulu sampai sekarang dipercayai mengalami masalah Bipolar Disorder, walaupun beliau meninggal dunia akibat kegagalan hati pada tahun 1827 akibat pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan. Semasa hidup, beliau juga dikatakan menunjukkan sikap terlampau teruja sehingga dapat menghasilkan senarai karya muzik yang agung. Apabila beliau mengalami kesedihan melampau, beliau menunjukkan kemarahan yang luar biasa sehingga mengabaikan penampilan beliau.

Edvard Munch

Image result for edvard munchMunch, yang terkenal dengan karya The Scream merupakan artisan/pelukis tersohor dari Oslo. Detik pertama beliau diserang penyakit panik (panic attack) bermula pada tahun 1892 ketika sedang berjalan di Oslo. Beliau mengalami keletihan dan rasa lesu ketika di jalanan malah berasa cemas ketika melihat matahari terbenam kerana ia kelihatan seperti limpahan darah. Selain beliau, adik beliau juga mengalami masalah mental iaitu Bipolar Disorder dan terpaksa dikurung di rumah gila.

Charles Darwin

Image result for charles darwinDarwin, yang mengemukakan teori evolusi manusia yang penuh kontroversi merupakan tokoh yang mengalami masalah Agoraphobia. Ketika beliau dalam perjalanan mengukuhkan karier, beliau mengalami beberapa simptom seperti mual, menangis seperti histeria, menggeletar dan kerap berhalusinasi. Beliau sendiri mengakui menerusi catatannya bahawa beliau takut untuk berbual lebih panjang dengan sesiapa saja, walaupun dengan saudara mara sendiri. Selepas penerbitan buku On the Origin of Species, buku kontroversi itu menyebabkan beliau bertambah tertekan dan hampir mahu membunuh diri. Selain dari masalah tersebut, beliau juga berdepan dengan isu OCD dan hypochondria.

Winston Churchill

Image result for winston churchillChurchill, tokoh politik terkemuka di UK yang dikenali ramai kerana gemar menunjukkan simbol V (simbol 'Peace') suatu masa dahulu. Walau bagaimanapun, beliau tidaklah sedamai atau seaman yang disangka kerana beliau mengalami isu mental iaitu Bipolar Disorder. Beliau sering mendakwa dirinya dihantui oleh 'the black dog of depression' sehingga menyebabkan beliau cuba membunuh diri. Beliau juga sangat takut berdiri di stesen keretapi kerana ia membuatkan beliau bertambah panik.

Leo Tolstoy

Image result for leo tolstoy book
Tolstoy merupakan seorang penulis Rusia yang terkenal dengan karya beliau, War and Peace. Beliau tidak menunjukkan sebarang tanda masalah mental sehinggalah beliau memasuki usia pertengahan. Ketika berada di usia pertengahan, beliau mula mengasingkan diri, tidak mempedulikan harta benda, malah berputus asa di dalam bidang penulisan. Walaupun Tolstoy seorang penulis yang sangat berjaya, berasal dari keluarga yang kaya dan dikurniakan dengan 13 orang anak, beliau tetap dilanda depresi yang serius.



Abraham Lincoln

Image result for abraham lincolnLincoln, Presiden Amerika Syarikat yang terkenal dengan gelaran Honest Abe merupakan pemimpin yang ikonik dan berwawasan. Walau bagaimanapun, beberapa rakan Lincoln menyatakan bahawa beliau ialah seorang yang sering mengalami masalah depresi dan digelar sebagai 'the most depressed person they've ever seen'. Ketika di dalam sebuah majlis, beliau menjadi sangat melankolik sehingga menyebabkan beliau jatuh pengsan. Dikatakan beberapa orang ahli keluarga termasuk ibu beliau mengalami simptom depresi yang sama.

Charles Dickens

Image result for charles dickensDickens, merupakan penulis yang tersohor ketika di awal usia 30-an. Beliau memiliki kekayaan ketika muda. Walau bagaimanapun, zaman kanak-kanak Dickens yang sangat sukar iaitu hidup bersendirian selepas ayahnya dihumban ke dalam penjara dan bekerja di kilang ketika masih kecil menyebabkan beliau membesar bersama depresi. Menurut rakan terdekat Dickens, masalah depresi beliau semakin teruk dari tahun ke tahun dan seterusnya ditinggalkan oleh isteri. 



Isaac Newton
Image result for isaac newton
Newton, seorang saintis terkenal dari dulu sehingga sekarang dengan Hukum Newton juga tidak terlepas dari isu mental. Malah, beliau dikatakan mengalami hampir setiap simptom penyakit mental.  Antara simptom yang beliau alami ialah perubahan emosi yang mendadak, Bipolar Disorder, kecenderungan bersikap psiko, beliau juga tidak dapat bersosial dengan baik, menulis surat dengan masalah delusi dan mempunyai tanda-tanda schizophrenia. Sekalipun mempunyai banyak masalah mental, beliau masih mampu meneruskan kerja-kerja kalkulus, teori graviti dan banyak lagi.



ruj: wikipedia | mentalfloss | wcvb.com 
@themagi2015

No comments:

Post a Comment