Tuesday 24 November 2015

TheMaGi 4th Anniversary!

Yeah! Happy Selasa to everybody! Aku kembali memblogging, the last entry for today sebab kuota internet aku dah nak habis. So, sebelum laptop aku berehat, wajiblah aku mengarang entri ucapan untuk blog aku yang mencapai usia 4 tahun. Tak sangka, dah 4 tahun aku memblogging start dari November 2011. Kalau nak diikutkan, aku design blog aku 24 November 2011, publish entry yang pertama pada 27 November 2011 tapi lepas tu aku delete entry tu sebab berbaur kebodohan (aku la yang bodoh, siapa lagi?)

Lepas tu, aku mengorak langkah lebih jauh sebagai blogger walaupun sebelum aku jadi blogger aku tak pernah pun teringin nak jadi blogger (faham tak apa yang aku nak cakap?). Tapi disebabkan after konvo aku mengalami musim kering dan aku bosan sampai ke puncak langit, aku pun memberanikan diri untuk set up blog yang pertama dengan nama THE MAIDEN'S GIEDD, nama singkatan ialah TheMaGi. Maksud nama ni mudah je, Maiden tu maksudnya perempuan. Giedd tu maksudnya kata-kata (bahasa Old English). Aku pernah tukar nama blog aku sekali (tak salah aku, aku bubuh nama 'writer' kat hujung), kononnya nak tambah aura. Tapi makin tenggelam ada la.

Maka, aku kembali semula dengan nama The MaGi. Emm, ada magik di situ.

Sempena bulan November yang menjadi permulaan untuk aku sebagai blogger, aku ada buat sedikit teknik imbas kembali dan mengorek info berkenaan dengan blog aku di Google.

Banner The MaGi yang aku reka sendiri. Masa awal-awal aku jadi blogger,
aku rajin buat banner. Ada banyak blog banner yang aku buat tapi cuma yang
ni je tinggal dalam laptop aku. Banner lain dah hilang.

Rupa blog aku 2 tahun lepas. Inilah blog banner aku pada tahun 2013.

Petikan blog aku dalam ebookxp.org. Aku tak tahu webpage apakah ini. Tapi
aku abaikan selagi tak merosakkan nama baik blog aku.

Petikan blog aku dalam Sport.alexirs.ir. Yang ini pun aku tak tahu. Tapi
aku still abaikan selagi tak merosakkan nama baik blog aku.

Planet Sarawak, page Facebook yang  berkongsi info pasal Sarawak dari pelbagai rujukan. 
Blog aku ialah salah satu rujukan page PS. Btw, aku salah seorang admin Planet Sarawak
(admin yang malas~)

Nama blog aku disebut dalam PageInsider.com. Aku tak tahu kenapa
nama blog aku disumbat kat sini sebab aku tak berapa faham
motif kewujudan webpage ni.

Sedikit info tentang blog aku di Similarsites.com. Blog aku dikategorikan sebagai
People & Society. Emm, not bad... tak ada unsur tokok tambah kat webpage ni.



So, untuk tahun 2015 dan tahun-tahun yang akan datang aku harap aku dapat buat lebih banyak entri berguna untuk semua. Tapi aku rasa, mungkin aku takkan dapat update entri sekerap dulu sebab aku ada kerja lain nak buat dan internet pun selalu tak betul. Jadi, tak kisahlah berapa banyak entri yang aku mampu buat, yang penting ialah:
"Peel it, Feel it"
--hehehe--

Anyway, thanks Nuffnang sebab selalu support. To ads lain yang suka menumpang kat blog aku, nyah kau dari sini! Okey, sekian~

@themagi2015

No comments:

Post a Comment