Tuesday 9 August 2016

Hobi: Kumpul Figurine V (Death Note)

Hai gais! I'm back untuk entri ke-2 bulan ni. Seperti yang aku mention dalam entri sebelumnya, kali ni aku nak update pasal figurine seterusnya iaitu figurine Death Note. Sebelum ni aku ada nampak figurine dewa kematian Death Note keluaran Bandai. Tapi aku tak beli sebab masa tu aku tengah cut bajet. Then, aku pun tak dapat beli figurine tu sebab orang lain dah beli. Tapi aku jumpa koleksi karakter Death Note dalam bentuk chibi. Kali ni aku pejam mata, aku korek dompet and yepp...koleksi DN chibi jadi milik aku.

Okay, bagi sesiapa tanya harga figurine yang aku beli...aku cakap jujur je lah. Set Bleach aku beli RM90. Set Slam Dunk aku beli RM 60. Set Death Note aku beli RM89.90 dan set Star Wars (storm troopers dan snow troopers), kedua-dua figurine tu aku beli RM113. Aku sekarang tengah target satu lagi set...tapi aku tak nak cakap dulu. Dah beli nanti baru aku upload gambar. Okay, aku malas nak taip panjang sebab aku nak buat manuskrip lepas ni jadi...jom tengok~

Introducing L dalam tiga bentuk

Misa Amane, pemilik kuasa Shinigami Eyes.

Light Yagami/Kira dalam dua posisi berbeza.


Yang ini Watari, pemilik Wammy's House
dan penjaga L. Kalau refer watak anime, Watari
is an old man. Tapi bila jadi chibi, Watari jadi
kiut.

Dan ini karakter Dewa Kematian dalam DN.
Lesson learn? Dewa Kematian suka makan epal.


Huu, entri DN selesai. Lepas ni update mini cars, hihi~
@themagi2016

No comments:

Post a Comment