Hai, Tora datang lagi! Maaf, salah iklan. Entri kali ni tak ada kaitan dengan produk Tora. Sebenarnya aku nak proceed entri kedua untuk bulan Ramadan. Bukan niat aku nak ganggu perhatian korang dengan gambar makanan dalam blog aku. Aku cuma nak share hasil eksperimen aku (fyi, aku tak pernah consider apa yang aku masak tu sebagai cuisine tapi more to experiment- aku bukannya pandai sangat masak).
Okay. Bahagian introduction dah tamat. Sekarang masuk bab menu kedua which is Chicken karaage sweet and sour. Bagi sesiapa tak tahu apa tu karaage, korang click je perkataan karaage. Korang boleh beli ready-made karaage kat supermarket, berlambak kat dalam freezer. Tapi aku tak nak makan karaage macam tu je. Kebetulan pulak 8TV siarkan rancangan masakan Chinese sweet and sour, maka aku pun decide nak cuba. Malangnya, aku kurang bahan- tak ada nanas dan capsicum. So seperti biasa, aku pakai apa saja yang ada.
Sekali lagi, aku bereksperimen~
Bahan-bahan:
- Chicken karaage
- Tomato cherry
- Sos cili
- Bawang putih & merah
- Cuka
- Garam
- Gula
- Air
Cara membuat:
- Goreng chicken karaage sampai garing. Letakkan ke dalam mangkuk (sila lapik tisu penyerap minyak)
- Panaskan kuali, tumis bawang putih dan merah dengan baki minyak karaage (tak payah banyak, sikit je).
- Masukkan tomato cherry yang dibelah dua. Masukkan sos cili dan sedikit cuka.
- Masukkan air bila isi tomato dah betul-betul lembut. Gaulkan.
- Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Renehkan sampai kuah jadi pekat (pada peringkat ni, boleh masukkan potongan nanas dan capsicum-kalau ada. Boleh masukkan sos plum kalau korang rajin nak beli kat supermarket)
- Bila kuah dah mula pekat, masukkan chicken karaage yang dah digoreng. Buat goreng kilas dan siap untuk dihidang.
Ini dia, hasil eksperimen di bulan puasa~
Selamat mencuba!
@themagi2017
No comments:
Post a Comment