Selamat pagi gais! Hari ni 8 Jun bersamaan dengan 13 Ramadan. Sepanjang Ramadan ni aku pening nak makan apa nak masak apa. Tahun ni aku tak ada desire nak terjah bazaar. Bosan kot tengok menu, setakat jual karipap angin or donat sebesar cincin Lord of the Ring memang tak berbaloilah aku nak beli. Makanya, aku memasak walaupun aku taklah pandai masak. Living by myself, gais. Takkan nak tunggu cicak masakkan nasi untuk aku?
So untuk entri kali aku nak share resepi simple yang boleh dikatakan agak bodoh kalau tak reti buat. Resepi orang malas ni. Tapi aku jamin rasanya taklah teruk sangat, sesuai untuk orang yang jenis tak suka makan berkuah banjir.
Orait gais, I proceed~
Bahan-bahan:
- Kentang
- Udang
- Garam
- Gula
- Lada
- Bawang merah
- Corned-beef
- Sos cili
- Serbuk kari
Cara membuat:
- Kupas dan potong kentang (ikut cara masing-masing)
- Potong udang kecik-kecik. Jangan kupas kulit udang sebab kulit tu ada perisa tersendiri.
- Lepas tu, gaulkan kentang dan udang. Masukkan garam, lada dan serbuk kari. Tambah gula (sikit je). Peramkan untuk lima minit.
- Kemudian, panaskan kuali dan tumis bawang merah yang dah dipotong.
- Masukkan udang+kentang dalam kuali.
- Masukkan sos cili dan sedikit corned-beef,
- Buat goreng kilas dan...siap untuk diratah
Senang je, kan? For those yang curious, macam nilah rupa menu malas tu.
Selamat mencuba!
@themagi2017
No comments:
Post a Comment