Hello, Jumaat. Sedar tak sedar hari ni hari Jumaat dan sejujurnya hari ni bukan hari yang produktif lagi berkhasiat. Aku rasa otak aku yang penat. Kalaulah aku boleh hantar otak aku pergi travel, ko ghase?
Macam nilah agaknya rupa otak aku tengah holiday....
Okay, back to topik yang aku nak share. Hari ni, aku nak tulis tentang pelajar zaman sekarang. Aku bekerja di institusi pendidikan, setiap hari aku nampak dan dengar apa yang pelajar zaman sekarang hadapi dan terima. Memang jauh sangat beza zaman dulu dan zaman sekarang. Aku tak nafikan pelajar zaman sekarang dapat bermacam-macam bantuan, program pendidikan, silibus yang ditambahbaik, sistem pembelajaran yang dipertingkat. Pendedahan terhadap ilmu ICT pun disertakan sekali. Pelajar zaman sekarang dapat semuanya. Bak kata orang putih, more is better.
Tapi ada pepatah lain yang menyebut: Less is more.
Kelebihan=Kekurangan
Sekarang ni aku nampak pelajar dapat banyak kelebihan. Aku tak cakap pasal pelajar sekolah menengah, aku cakap pasal pelajar sekolah rendah. Pada usia yang masih muda, pelajar didedahkan dengan pelbagai pengetahuan baru. Banyak benda yang mereka belajar. Cuma masalahnya, ilmu yang sepatutnya berguna telah dimanfaatkan untuk hiburan semata-mata. Okay, aku bagi contoh:
- Mereka tahu apa itu Internet, tapi mereka cuma berminat dengan Facebook dan Youtube.
- Mereka tahu apa itu telefon pintar, tapi mereka cuma berminat dengan selfie, Whatsapp dan Wechat.
- Mereka tahu apa itu komputer, tapi mereka cuma berminat dengan game dan tengok KDrama.
- Mereka tahu apa itu Google, tapi mereka manfaatkan kewujudan Google untuk cari gambar artis atau cari lirik lagu Despacito (sebagai contoh).
Selain dari isu kelebihan yang jadi kekurangan dalam masa yang sama, aku nampak pelajar belajar terlalu banyak benda baru sehingga mereka tak tahu benda yang mudah. Sebagai contoh:
- Mereka belajar Bahasa Melayu setiap minggu, tapi tak faham penggunaannya. Nak minta kebenaran pergi tandas pun tak betul. Sebagai contoh: Cikgu, nak pergi tandas! padahal sepatutnya: Cikgu, saya nak minta kebenaran untuk pergi ke tandas.
- Mereka belajar Sejarah, tapi mereka tak peduli pun. Bagi mereka, buat apa nak belajar pasal benda dah lepas dan sibuk pasal orang yang dah mati?
- Mereka belajar Matematik, tapi mereka lebih concern jumlah kredit dalam telefon, atau duit belanja sekolah setiap hari.
- Mereka belajar Sains, tapi mereka tak boleh kaitkan Sains dengan kehidupan mereka. Padahal Sains berlaku setiap hari dalam kehidupan such as kenapa lepas berak, najis tak terapung di udara? Jawapannya: tarikan graviti.
- Mereka belajar Pendidikan Islam, tapi mereka cuma berminat bab akil baligh. Motif? Fikir sendiri.
Dilema Pelajar Zaman Sekarang
Sebenarnya, aku kesian betul dengan budak-budak zaman sekarang. Banyak betul benda nak dihadam dalam kepala otak. Mereka belajar sebab mereka terpaksa, mereka tak ambil peduli pun mereka belajar sebab apa. Aku sendiri nampak budak-budak belajar di kelas setiap minggu dan kelas tambahan pada sebelah petang tapi bila aku tanya balik, mereka tak ingat apa yang cikgu ajar dan tak faham apa yang buku teks bebelkan. Malah, mak bapak sangat pentingkan markah ujian dan nombor berapa di dalam kelas sampai pembelajaran adab dan nilai-nilai murni diketepikan.
Secara tidak langsung, beberapa perkara yang kurang baik sedang berlaku. Sebagai contoh:
Aku tahu niat pendidikan zaman sekarang ialah untuk mematangkan pelajar dan bagi ilmu secukupnya untuk kegunaan di masa dewasa. Tapi aku rasa dilema pelajar zaman sekarang ikut bertambah seiring dengan bebanan pelajaran dan dugaan persekitaran yang lebih berpengaruh. Banyak sangat yang perlu difokuskan (skil interpersonal, skil intrapersonal, skil verbal, skil linguistik, skil entah apa benda aku pun tak tahu). Akhirnya, kelebihan yang diberikan membawa masalah dan pelajar jadi keliru dengan lambakan ilmu. Korang tahu apa yang manusia buat bila dah keliru? Mereka bosan, malas nak berfikir. Bila bosan dan malas nak berfikir, korang rasa apa yang manusia cari? Hiburan. Ya, hiburan yang terbentang tak disekat ada di sekeliling mereka.
Sebenarnya, mak bapak tak boleh harapkan sekolah semata-mata. Tak boleh harapkan silibus pendidikan semata-mata. Tak boleh harapkan teknologi semata-mata. Pelajaran bermula dari rumah. Mak bapak memegang peranan utama dalam menangani dilema pelajar. Dilema pelajar bukan setakat isu belajar tapi mereka juga berdepan dengan dilema seperti:
Secara tidak langsung, beberapa perkara yang kurang baik sedang berlaku. Sebagai contoh:
- Mereka masih muda, tapi terdedah dengan perkara matang yang tak sesuai untuk umur mereka. Secepat kilat, fikiran mereka dipengaruhi dan dikotorkan.
- Mereka sepatutnya belajar, tapi tertarik dengan perkara lain yang tak sepatutnya (bercinta-cinta, putus cinta, patah hati, ada yang sampai ke tahap nak bunuh diri). Lama-kelamaan, mereka lebih banyak berangan dari memikirkan masa depan.
- Mereka didedahkan dengan keseronokan dunia orang dewasa (contoh: mekap, rokok, fesyen etc). Mereka jadi tak sabar nak dewasa.
- Mereka diajar untuk fokus untuk jadi apa di masa hadapan (nak jadi doktor, peguam atau majistret) dan kepentingan status di mata masyarakat, tapi tak diajar tentang bagaimana untuk menjadi manusia yang berilmu, berguna dan berbakti.
Sebenarnya, mak bapak tak boleh harapkan sekolah semata-mata. Tak boleh harapkan silibus pendidikan semata-mata. Tak boleh harapkan teknologi semata-mata. Pelajaran bermula dari rumah. Mak bapak memegang peranan utama dalam menangani dilema pelajar. Dilema pelajar bukan setakat isu belajar tapi mereka juga berdepan dengan dilema seperti:
- Isu karakteristik
- Isu fizikal dan penerimaan
- Isu keluarga
- Isu perbandingan dan perbezaan
- Isu persaingan
- Isu etika & moraliti
- Isu pengaruh rakan sebaya dan banyak lagi
@themagi2017
No comments:
Post a Comment