Hello Jumaat yang indah. Sedar tak sedar, kita dah sampai di hari Jumaat dan tarikh hari ni pun cantik- 07/07/2017. So, ada tak sesiapa yang nak menamatkan zaman bujang dan mendirikan istana impian hari ni? Kepada sesiapa yang akan melangkah masuk ke alam perkahwinan pada hari ini, aku ucapkan selamat berbahagia sampai ke akhir hayat dan of course, till Jannah. Sejujurnya, aku tak gemar sangat wish pengantin dengan statement 'berbahagia sampai ke anak cucu.' Takat anak cucu je ke? Lepas dapat cucu, tak boleh teruskan kebahagiaan tu ke? Hati-hati. Zaman sekarang ni, atuk nenek pun boleh bercerai-berai disebabkan orang ketiga.
Bila sebut pasal orang ketiga...? Okay, itulah benda yang aku nak cerita. Seronok topik ni, boleh beli siap-siap racun perosak sebab aku nak list-out siapakah makhluk perosak dalam institusi perkahwinan.
Isu Masalah Rumah Tangga
Rumah. Tangga. Kalau ada kedua-duanya, lengkaplah tempat tinggal kita. Macam tu juga institusi perkahwinan. Perempuan. Lelaki. Kalau bersatu dan berbahagia, lengkaplah makna akad mereka. Memandangkan aku ni masih lone ranger dan aku menulis dari perspektif seorang bujang, jadi aku mendapati isu rumah tangga ni banyak sebenarnya. Suami spesis sampah, isteri jenis tak tau bersyukur, suami dayus atau isteri nusyuz- aku senaraikan contoh yang bersifat umum, malas nak detail banyak sangat. Dan, masalah tak datang dari sebelah pihak saja. Lelaki atau perempuan, kedua-duanya ada potensi untuk buat kesalahan.
Cuma masalahnya, siapa yang mulakan dulu?
Orang ketiga: Siapakah Kau?
Macam yang aku sebutkan di atas, ada banyak sebab berlakunya masalah rumah tangga. Kadang-kadang, ada pasangan tak sanggup bersama lagi bukan disebabkan oleh kes curang, tapi disebabkan oleh masalah persefahaman. Hari-hari bertengkar, hari-hari tak sependapat, hari-hari tak puas hati antara satu sama lain. Bila hari-hari hidup macam tu, mesti tak ada seorang pun yang nak mengalah. Mesti nak menang tak kira apapun. Itu namanya ego. Bila kedua-duanya dah ego, semuanya jadi bosan? So, untuk apa nak bersama lagi?
Tapi jika ia melibatkan masalah curang, siapakah orang ketiga? Kalau bermaksiat, yang ketiga tu syaiton. Adakah orang ketiga tu sama spesis dengan syaiton? Pernahkah korang dengar/tengok/lihat syaiton bertopengkan manusia? Kalau kata tak pernah tengok, memang sah korang bukan seorang manusia tapi patung kayu. So bila menyentuh bab orang ketiga, pasti ramai manusia yang pernah dikhianati akan berdiri dan bersedia nak merejam orang ketiga. Tapi orang ketiga berpendapat itu bukan salah mereka pun dan mereka tak ada niat nak jadi perampas. Alasan?
- Dah jodoh mereka dengan suami/isteri orang, nak buat macam mana?
- Cinta takkan wujud kalau bertepuk sebelah tangan. Tapi dua-dua tangan dah bertepuk, maksudnya kedua-dua pihak suka sama suka. Bukan salah dia sorang.
- Hati dah tak dapat menahan cinta. Orang ketiga ni percaya, cinta mereka ni semurni minyak masak Seri Murni yang berkonsepkan pemeringkatan dua kali. Maksudnya, mereka dah pasti yang cinta mereka ni mendarat ke hati suami/isteri orang. Sebab tu mereka tak kisah jadi yang kedua.
Kalau ada alasan lain tu, aku rasa mungkin korang dah boleh agak sebab apa orang ketiga wujud dalam masyarakat dan menjadi pemusnah rumah tangga orang.
Sisi Terang Seorang Pemusnah Rumah Tangga Orang
Sebelum aku nak buka topik pasal sisi gelap seorang pemusnah rumah tangga orang, biar aku bagi sikit info pasal sisi terang orang ketiga ni. Eh, ada ke sisi terang bagi perosak kebahagiaan orang? Sabar, jangan angkat pisau kat aku. Sebenarnya dalam 100 kes kehadiran orang ketiga, mungkin 1 atau 2 orang je yang memang tak berniat langsung nak mencelah dalam perkahwinan orang lain. Mungkin jiran tetangga atau sekalian makcik akan cop dahi dia sebagai perampas. Cuma dalam sesetengah kes, orang ketiga 'diwujudkan' atas sebab:
- Ada perempuan suka dimadukan. Percayalah. Memang ada yang suka hidup bermadu. Tapi mereka ni teramat rare.
- Isteri merasakan dia tak dapat berikan zuriat. Dia sendiri yang carikan orang ketiga untuk suami dia sendiri walaupun sedih. Tapi dia buat demi kebahagiaan bersama. Isteri macam ni pun rare.
- Isteri tahu umur dia tak panjang, awal-awal dah suruh suami carikan pengganti. Hmm, yang ni pun rare species.
- Isteri benarkan suami bawa masuk orang ketiga sebab keadaan dan nasib orang ketiga yang sangat malang dan harus dibela. Oookay.. sangat rare.
- Isteri biarkan suami cari orang ketiga sebab dia memang tunggu saat tu untuk berpisah dengan suami dia. Dia dah penat dengan perangai suami dia so kalau ada yang sanggup ambil posisi dia, why not?
Senarai kat atas menunjukkan tahap rarity pasangan yang bernama isteri. Macam mana dengan suami? Pelikkah kalau suami tak kisah isteri ada orang ketiga? Dayuskah suami itu? Sebenarnya dalam sesetengah kes, ada situasi yang jarang sekali berlaku tapi ia pernah berlaku.
- Suami merelakan isteri cari orang ketiga sebagai persediaan jika dia mati (maksudnya, suami tu nazak sangat, risau kalau tak ada orang yang mampu jaga isterinya nanti kalau dia dah tak ada).
- Suami reserve kawan baik dia sendiri sebagai pendamping isterinya bila dia tak ada (sama kes kat atas) dengan alasan isterinya akan dijaga oleh orang yang paling suami percaya.
- Suami membiarkan isteri cari orang ketiga sebab...dia ada alasan kukuh untuk ceraikan isteri dia dan dia boleh cari calon isteri baru yang lebih baik. Sebenarnya, poin no.5 (kat atas) dan poin yang ke-3 ni ada persamaan iaitu orang ketiga bukanlah bersalah sepenuhnya. Yang bersalah ialah isteri dan suami yang gagal menguruskan rumahtangga akibat kelemahan masing-masing. Orang ketiga tu muncul pada masa yang tepat di saat pasangan tu memang berniat nak berpisah.
Sisi Gelap Seorang Pemusnah Rumah Tangga Orang
Sekarang kita masuk ke topik sisi gelap seorang pemusnah rumah tangga orang. Uu, banyak kegelapan yang berkaitan dengan spesis perosak ni. Apa yang boleh aku senaraikan sisi gelap seorang manusia yang mencelah masuk ke dalam hidup orang lain dan merosakkan semuanya? Kenapa mereka masuk campur dalam rumah tangga orang? Kenapa mereka nak sangat ambil hak orang? Kenapa mereka sanggup bina kebahagiaan dari air mata orang lain? Kenapa? Kenapa?
Jawapan untuk begitu banyak kenapa di atas, ini dia jawapannya. Sebab munculnya pemusnah rumah tangga orang (based on pemerhatian peribadi, pengalaman orang lain, drama pukul 7 TV3, novel cintan berlambak kat pasaran dan FB posts yang senang diakses) ialah:
- Mereka jadi perampas hak orang sebab mereka tak suka tengok orang lain bahagia. Sisi gelap? Cemburu dan hati busuk.
- Mereka jadi pemusnah kebahagiaan orang sebab mereka rasa mereka yang sepatutnya mendapat kebahagiaan tu. Sisi gelap? Tamak, ego, tak guna.
- Mereka hancurkan sesebuah institusi perkahwinan/kekeluargaan sebab mereka yakin mereka lebih baik dari pasangan sebelumnya. Sisi gelap? Angkuh, riak, perasan bagus.
- Mereka sanggup bina kebahagiaan dari air mata orang lain sebab mereka rasa kebahagiaan dan hati mereka ni lebih utama untuk dijaga. Sisi gelap? Selfish tahap dewa.
- Mereka rosakkan rumah tangga orang sebab mereka rasa dah tak ada pilihan lain untuk dapatkan orang yang mereka nak. Sisi gelap? Bukan setakat sisi gelap, semuanya gelap pasal perosak ni. Dasar makhluk perosak.
Dear Third Person~
Orait, dah sampai part terakhir. Yay! Kalau ada orang ketiga baca entri aku sampai ke bahagian ni, sila jangan marah. Aku cakap benda betul je. Kalau nak marah jugak, aku peduli apa. Mungkin ada yang akan cakap macam ni- "kalau benda ni jadi kat kau, apa kau nak cakap?" Sebetulnya, aku memang third person...dalam family aku sebab aku anak no.3...so what? Sebagai seorang manusia yang waras dan berakal, aku tahu consequences hubungan macam tu. Aku tak suka orang ubah kedudukan barang aku (sebab aku ada OCD), ko bayangkan kalau orang rampas hak aku? Memang parang la jawapannya. And vice versa, aku tau orang lain pun tak suka hak dia diganggu. Jadi kepada orang ketiga yang tahu dia tu orang ketiga dan tahu kehadiran dia sebagai orang ketiga tidak dialu-alukan malah hanya mendatangkan mudarat, mungkin korang patut cakap macam ni pada diri sendiri-
Dear me, JUST IN CASE I'M CONFUSED OR UNASHAMED...
GOD WILL NEVER SEND SOMEONE ELSE'S HUSBAND/WIFE
Pesanan seorang pemerhati: Shield Sahran
@themagi2017
No comments:
Post a Comment