credits: spreadshirt.com |
Morning gais! Entri kedua bulan ini, bulan perayaan dan bulan yang sama untuk makcik-makcik tanya soalan cepu emas kepada mereka yang masih bujang iaitu:
"Bila nak menikah?"
Bergegar kepala lutut bila dapat soalan macam ni. By the way, aku pun kena soal macam ni- dah beberapa tahun aku kena soal-siasat. Tapi aku tak marah bila ada yang berkias-kias, tak takut ke jadi anak dara tua? Aku ni sebenarnya jenis okay je kalau jumpa jodoh, tak sedih pun kalau tak jumpa jodoh. Aku tak kisah kalau orang cakap aku tak laku sebab aku tahu aku bukan produk supermarket dan aku rasa ramai yang masih bujang di luar sana ada sebab tersendiri kenapa masih membujang sampai sekarang.
Wahai makcik-makcik, jiran tetangga, saudara mara dan sekalian manusia yang selalu ingin tahu fikiran orang bujang yang masih belum menikah, baca entri ni sampai habis. Aku bagi senarai yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi kenapa orang bujang masih kekal membujang. Dan kepada orang bujang yang mengakhiri zaman bujang, korang perlu baca ni juga untuk buat keputusan dengan bijaksana.
Kenapa orang bujang masih membujang? Jawapan di bawah adalah kebarangkalian yang mungkin dihadapi mereka yang masih bujang (dan situasi tersebut memang pernah terjadi):
- Nak bina kerjaya
- Nak kumpul duit
- Nak kejar impian
- Nak menikmati kehidupan bujang sepuas-puasnya. Tak nak menyesal kemudian hari.
- Nak cari pasangan hidup yang benar-benar sesuai.
- Nak pastikan pasangan yang dipilih memang betul-betul serasi.
- Nak belajar ilmu perkahwinan dulu sebelum mendirikan masjid.
- Masih patah hati disebabkan hubungan lalu yang gagal
- Malas nak hidup berpasangan, masih suka jadi lone ranger
- Tak minat pasal cinta (tapi lebih cintakan hobi)- bercadang untuk membujang sampai mati.
- Sedang hangat bercinta tapi lamaran tak datang-datang.
- Masih suka berhibur dengan rakan-rakan, belum bersedia untuk diikat.
- Tak jumpa jodoh yang diharapkan, akhirnya buat keputusan untuk jaga keluarga dan kekal membujang.
- Rasa rendah diri, tak yakin nak bercinta apatah lagi nak berkahwin.
- Suka bersendiri, bebas dan tak dikawal sesiapa.
- Tak pernah bercinta dan tak pernah patah hati, so tak kisah membujang selama mana dia nak.
- Cinta asyik berganti-ganti, perkahwinan hanya tinggal angan-angan.
- Menderita sakit. Sanggup membujang daripada berkahwin sebab tak nak tinggalkan pasangan hidup kecewa.
- Spesis liar, memang suka jadi bujang dan bertukar-tukar pasangan.
- Jawapan paling win- jodoh tak sampai.
Bagi mereka yang mengakhiri zaman bujang, itu bermakna pintu jodoh korang sudah terbuka dan masa untuk hidup sendirian bakal berakhir. Tapi sebelum anda (my finger is now pointing at you) bakal menamatkan zaman bujang anda, inilah persoalan yang harus anda fikirkan.
- Sesudah berkahwin, kebebasan korang bukan lagi hak milik mutlak. Kini kebebasan korang sudah dikongsi dengan pasangan korang. Ke mana pun korang pergi, pasangan korang berhak tahu dan dengan siapa korang bersama. Korang bukan seorang bujang seperti dahulu, sekarang korang sudah dimiliki oleh orang lain. Apapun kecantikan dan ketampanan yang korang dilihat, itu bukannya 'taster' untuk korang cuba dan rasa. Adakah korang mampu untuk meninggalkan keseronokan zaman bujang?
- Apabila mengakhiri zaman bujang dan hidup bersama, itu bermakna korang hidup berkongsi. Berkongsi segala-galanya seperti duit dalam poket korang, masalah yang korang hadapi setiap hari. Termasuklah tanggungjawab menjaga anak yang korang hasilkan secara 'berkongsi'. Adakah korang bersedia untuk menerima jerit tangis anak nak tidur pada sebelah malam, tukar pampers, bancuh susu, mandikan anak, layan kerenah anak dan jadi mak bapak yang bertanggungjawab?
- Hidup berdua dan tinggal bersama membawa maksud, korang akan berdepan dengan kelemahan masing-masing. Ia berbeza dengan kehidupan ketika bercinta sebab masa tu korang nampak semuanya indah. Bila dah berkahwin, isteri mungkin seorang pengotor, suami mungkin jenis ignorance, isteri mungkin kuat cemburu, suami mungkin kaki control dan banyak lagi. Apabila membuat keputusan untuk tidur sebumbung, sebilik, sekatil dan sebatal, adakah korang sanggup menelan segala kelemahan pasangan korang dan tak pandang kelebihan orang lain?
- Apabila zaman bujang berakhir, hidup bersama dengan orang yang dicintai ialah saat yang indah. Tapi perkahwinan bukan cinta semata-mata, bukan seks semata-mata, bukan nafsu semata-mata dan bukan romantik semata-mata. Tanggungjawab pada anak-anak, perasaan pasangan, nafkah keluarga zahir dan batin, didikan agama, kemampuan untuk menyediakan kemudahan perlu diambil kira. Adakah korang sanggup menerima timbunan tanggungjawab hidup berkeluarga tak kira apa masalah pun yang bergolak?
- Hidup bujang dan hidup berpasangan adalah dua laluan yang berbeza. Perempuan yang masih bujang biasanya tampil cantik berbanding perempuan yang sudah menikah. Lelaki yang masih bujang biasanya lebih romantik dan sanggup berhabis untuk kekasih berbanding lelaki yang sudah menikah. Apabila hidup bersama, ada banyak perkara akan berubah. Kecantikan fizikal perempuan akan memudar kesan dari tanggungjawab di rumah. Tahap romantik lelaki akan berkurangan sebab dah biasa tengok muka isteri. Adakah korang bersedia untuk terima perubahan yang mungkin berlaku bila-bila masa saja pada pasangan korang?
- Hidup bujang penuh dengan kebebasan. Waktu tidur, waktu bangun tidur, belanja bulanan, korang nak pakai apa, beli apa, nak pergi mana, dengan siapa dan apa saja yang korang nak buat, korang berkuasa sepenuhnya terhadap keputusan korang. Apabila menikah, korang perlu berbincang dengan pasangan sebelum membuat keputusan atau melakukan sebarang tindakan. Adakah korang mampu lupakan kebebasan yang korang nikmati sebelum ni dan berikan keutamaan dan kepercayaan korang pada pasangan?
- Godaan terbesar bagi orang bujang untuk mengakhiri zaman bujang dengan segera ialah melalui kisah rumahtangga bahagia selebriti dan dimomokkan dengan fairy tale 'happily ever after', tanpa mengetahui bahawa perkahwinan ialah 'continuous battle' yang harus diperjuangkan sepanjang masa dan time-bomb ada di mana-mana. Rumahtangga yang bahagia bukannya terletak pada tangan sesiapa melainkan di tangan pasangan itu sendiri. Adakah korang bersedia untuk masuk ke medan peperangan dan bersedia dengan apa saja kebarangkalian?
- Kebiasaan pada masa kini, pasangan yang korang pilih mungkin tak bekerja atau bergaji kecil. Hidup masa akan datang semakin mencabar. Kos kehidupan meningkat, menanggung sebuah keluarga bukan satu tanggungjawab yang mudah. Kehidupan membujang tak sama dengan kehidupan berumahtangga, korang akan melihat semua realiti sebenar kehidupan dan sikap sebenar pasangan anda ketika berdepan dengan tekanan hidup. Adakah korang bersedia untuk hidup susah bersama pasangan sebelum menyesal atau merungut di kemudian hari?
- Kehidupan bujang menyaksikan korang tak peduli dengan rutin kerja rumah. Cuci baju kat dobi, makan kat kedai, panggil clean service bersihkan rumah ataupun tak peduli langsung nak kemaskan rumah. Apabila hidup berumahtangga, korang harus belajar untuk membahagikan tugas di rumah. Suami tak boleh mengharapkan isteri untuk buat semuanya- isteri bukan hamba dan suami bukannya tuan. Isteri tak boleh menyuruh suami untuk selesaikan semua kerja- suami bukannya kuli dan isteri bukannya majikan. Adakah korang bersedia untuk menanggung segala rutin kerja di rumah seperti basuh baju, basuh pinggan, kemas rumah, kemas bilik tidur, bersihkan bilik air, cuci tandas tersumbat, lipat pakaian, gosok lantai berlumut dan sebagainya...secara bersama-sama?
- Poin yang kesepuluh- persoalan yang perlu difikirkan oleh golongan bujang yang bakal mengakhiri zaman bujang ialah isu kepercayaan. Ketika masih bujang, korang marah sangat kalau ada orang khianati korang, walaupun yang khianat korang tu setakat kawan atau ex. Bayangkan, korang dikhianati oleh orang yang korang pilih sebagai pasangan hidup. Orang yang dapat kepercayaan dan hidup serumah bersama korang. Hidup berumahtangga bergantung sepenuhnya pada kepercayaan. Korang harus percaya pada pasangan. Pasangan juga harus percaya pada korang. So, adakah korang berkemampuan menguruskan isu kepercayaan sebelum menikah, sesudah menikah dan sepanjang pernikahan?
Sebenarnya, perkahwinan tu mudah. Tapi berdepan dengan cabaran perkahwinan tu yang susah. Sekarang, alasan berkahwin ialah 'nak mengelakkan maksiat'. Dalam erti kata lain, mereka memikirkan nafsu berbanding tugas sebenar di alam perkahwinan. Jadi, sebelum mengakhiri zaman bujang, mungkin korang patut fikirkan peranan dan tahap kesediaan korang sebelum menjadi suami/isteri orang. Jangan sibuk nak kahwin sebab umur dah cukup atau jeles tengok kawan dah kawen. Kau tak tahu dugaan yang kawan kau hadapi dalam alam perkahwinan. Sebaiknya, buatlah persediaan mental dan fizikal sebelum meninggalkan zaman bujang. Kalau bahagia till Jannah, korang beruntung. Kalau sengsara till Jahanam, at least korang dah ada backup plan.
credits: Pinterest
Pesanan dari pemerhati: Shield Sahran
@themagi2017
No comments:
Post a Comment