Saturday, 7 April 2018

DEF (Demam, Enjoy dan Friendship)

Hello April! Nampaknya aku dah terlepas tarikh April Fool. Sepatutnya aku update entri ni masa birthday aku. Tapi aku sibuk teramat masa tu so terpaksa la delay. Tahun lepas, aku buat entri ABC right on my birthday dan aku dah mention yang aku akan buat sambungan untuk tahun ni. Makanya, aku mengotakan janji. Fun thing is, susunan huruf DEF tu macam ironi semacam. Aku tak ada idea nak letak apa untuk huruf D. And today aku demam.

Image result for sakit itu penghapus dosaSecara ringkasnya....

Bila sebut pasal D for Demam?

Demam la. Apa lagi? Today's sickness:
  • Migrain, 
  • sore throat, 
  • muscle pain, 
  • eye sore, 
  • back pain, 
  • stomach ache...you named it. 
Lima hari pergi kursus, keluar lagi hari Sabtu dengan member dan pergi maraton 5 km pagi Ahad...hari ni, end result pun muncul. Itu pun aku gagahkan diri pergi mencari rejeki. Bila makin 'muda' makin 'sihat' sangat. Suka sungguh! Itu tandanya, Tuhan masih sayangkan aku.

Sekarang, kita beralih pasal E for Enjoy. Enjoy?

Alhamdulillah, Tuhan beri kesempatan untuk aku menikmati ulang tahun kehidupan yang ke-30. Tak sangka, aku dah tinggalkan zaman 2 series. Macam-macam benda yang aku belajar sepanjang aku berada dalam zaman tu. Sekarang, zaman 3 series bermula. Childish tu mungkin dah jadi artifak dalam hidup aku. Tapi tak bermakna aku tak boleh enjoy. Hidup ni perlu dinikmati. Sebab hidup ni takkan pernah sempurna, takkan nak tunggu semuanya sempurna baru nak nikmati kehidupan? 

Lesson learn, aku terima khabar kematian kawan aku on the next day of my birthday. Masih muda lagi, tapi dah dijemput pulang. Jujurnya, aku sedih sangat. Tapi hidup ni memang penuh dengan kejutan. So, why not I make a peace with myself and enjoy my life? Because tomorrow probably may never come. 

Dan akhir sekali, F for Friendship.

Living and breathing on earth selama 30 tahun; including 6 tahun di bangku sekolah rendah, 7 tahun di sekolah menengah dan 3 tahun di universiti, aku berkawan dengan ramai manusia. Ada yang hilang entah ke mana, ada yang suam-suam kuku, ada yang pergi tak kembali, dan ada yang kekal sampai sekarang. To be honest, aku pernah ada BFF. Dan aku pernah dikhianati. Jadi sekarang aku tak percaya pada istilah BFF sebab 'Best Friend Forever' is not best enough. So, apa makna friendship pada aku?

Friendship ialah sebuah kapal yang datang singgah dalam hidup kita. Dalam kapal tu ada bermacam-macam perangai penumpang dan arah tujuan. Kalau kapal tu mengamalkan polisi 'loyal, honest and acceptance', that's the ship I want to ride. And that's the ship I want to keep.


Okay, entri DEF dah settle untuk tahun ni. Tak tahulah aku nak buat sambungan GHI atau tak. Tengoklah macam mana...hihi. Till we meet again, readers! Million thanks sebab sudi jenguk blog aku yang tak seberapa ni ^^

@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment