Tuesday, 3 October 2017

Sajak: Adakah Ia Sejenis Jamu Perasaan?

Selamat sore semua! Penat hari ni, tapi hilang semua rasa penat tu sebab tengok kebodoh-bodohan budak sekolah di petang hari. To be honest, budak sekolah memang patut pun berperangai macam tu. Sebab itu salah satu contoh innocent yang sesuai dengan umur diorang. 


Okay, sekarang kita keluar dari topik bodoh. Kita masuk topik sastera. Memang lari sangat dari mukadimah. Hari ni aku nak share passion aku dalam sajak. Aku sentiasa tulis sesuatu yang berbaur sajak dalam phone aku. Poemania (poem-mania), maybe? Aku tak tahu kalau istilah tu wujud. Tapi sepanjang penglibatan aku dalam bidang sajak (yang dipengaruhi oleh Abdul Ghafar Ibrahim@Pak Agi masa dia perform kat Stadium Shah Alam tahun 2008- sambutan hari kebangsaan kalau tak silap), aku mula tertarik menulis sajak/puisi dengan lebih mendalam. Kadang-kadang aku rasa, sajak ni macam jamu perasaan. Makin banyak ditulis, makin sihat pemikiran (haa...tu dia~)

Sekarang ni aku tengah mencuba nasib hantar koleksi sajak aku ke ITBM. Dalam proses penilaian. Tak tahu lepas ke tidak. Cuma yang peliknya, aku tak pernah perform baca sajak depan orang. Aku ada masalah stage-inferior. In case kalau aku dipaksa baca sajak depan orang, aku mungkin bungkus kepala aku guna paper bag. Mungkin stage-inferior aku hilang kot.

Apa-apapun, aku ucapkan terima kasih pada beberapa orang yang sudi baca karya aku untuk majlis-majlis mereka. Aku berbangga sebab dapat sumbangkan sesuatu dan dalam masa yang sama, mendengar karya aku dibaca guna mikrofon, so aku boleh hadam balik mana-mana kesilapan yang aku buat. Setakat ni ada 4 karya yang dibaca secara umum.


Deklamasi sajak oleh: Nur Ain Adawiyah Barawi
Sajak: Pahlawan (disampaikan di majlis SK Sambir 2016)
Karya: Shield Sahran

PAHLAWAN

Dia ialah pahlawan
Dia berjuang di hadapanmu tanpa kau sedar
Walaupun tanpa pedang atau senjata
Dia tidak gentar menentang
Dia tidak takut untuk mempertahankan
Sekalipun maruahnya dicabar dan dipermainkan.

Dialah pahlawan, jika kau tidak tahu
Pahlawan yang sabar melayan kelakuanmu
Pahlawan yang gigih membentuk peribadimu
Pahlawan yang menangis untukmu
Pahlawan yang percaya pada kebolehanmu
Dia melakukan semuanya tanpa rasa jemu.

Dan suatu hari nanti, jika kau sudah berjaya
Pandanglah sebentar, di sana ada pahlawan yang gembira
Meraikan kejayaannya di dalam kejayaanmu
Dialah pahlawan, dialah pendidik
Dialah insan yang hadirnya ditunggu, hilangnya dirindu
Dan ilmunya diburu.

Selamat Hari Guru
(07052016- Sabtu)


Deklamasi sajak oleh: Puan Simai Ahmad
Sajak: Bicara Untuk Anak (disampaikan di majlis SK Sambir 2016)
Karya: Shield Sahran

Surat Untuk Anak

Salam sejahtera untukmu, wahai anakku
Jika bait surat ini bermula, itu bermakna kau sedang mendengar
Aku mengarang ketika berjuang, di medan peperangan yang tidak kelihatan
Saban hari aku menguatkan langkah, melayan rasa batin yang kelesuan
Sehingga terbit rasa mahu berpaling dari perjuanganku
Tapi aku enggan, aku tetap juga bangkit pagi ini demimu, anakku
Mungkin anakku, kau tertanya kenapa aku harus berbuat begitu?
Kenapa kau harus berdepan dengan arahanku?
Kenapa kau harus menerima hukuman dariku?
Dan kenapa ada penentangan di antara kita?
Jika kau tuntut jawapan dariku, aku ingin menyatakan bahawa
Aku punya harapan besar terhadapmu, biarlah aku menjadi musuh di matamu
Jika aku membiarkan dirimu, maka punahlah impianmu dan hancurlah usahaku
Kau adalah pertaruhanku, aku akan melakukan apa saja demi masa depanmu
Melihat kau berjaya, itu sudah cukup besar ertinya bagiku
Kerana akhirnya aku tahu, perjuanganku untukmu bukan perkara sia-sia

Habis saja bait terakhir surat ini, aku harap kau tahu
Aku cuma guru biasa yang tak punya apa-apa
Namun aku menyimpan impian yang luar biasa untukmu
Aku mendoakan agar kau berjaya dari detik ini dan untuk selamanya.

Sekian.
(07052016/Sabtu)

Deklamasi sajak oleh: En. Hamali Lazem
Sajak: Bicara Tak Terungkap (disampaikan di majlis SK Haji Kelali Semera 2017)
Karya: Shield Sahran

BICARA YANG TAK TERUNGKAP

Aku telah mengabadikan hidupku padamu
Demi kecintaan yang tidak berbelah bahagi
Aku terlupa sejauh mana aku telah melangkah
Tapi aku tak lupa padamu yang sedang berharap
Maka harapan itu telah kupertaruhkan
Seperti petani yang berjuang di ladang tandus
Menyemai benih yang polos
Menentang cabaran yang mendatang
Seperti pejuang yang menghunus pedang
Dan seterusnya aku berdiri di suatu sudut
Memerhatikanmu dan seluruhnya
Seperti seorang laskar yang mencari musuh yang berlindung.

Kau tidak tahu apa yang aku rasakan
Dan aku pula sedang memikirkan apa yang kau rasa
Sekalipun aku tidak pernah menyatakan aku kasih
Dan maruahku pula sering diduga
Telah kucuba untuk menyentuh hatimu
Menjadi penyemai benih yang gigih
Menjadi pejuang yang bengis
Dan hari ini, mentari terbit bersama doaku
Terasa seperti semalam aku bermula
Menjadi seorang guru yang tidak kenal putus asa

(07052016/Sabtu)

Deklamasi sajak oleh: En. Barawi Leman
Sajak: Hidup Merdeka (disampaikan di majlis SK Sambir 2017)
Karya: Shield Sahran

Hidup Merdeka

Aku memandang kalian
Dan kalian memandang dunia
Di sini kita menikmati kebebasan
Bebas merasai merdeka
Merdeka menyelami kebahagiaan
Dan kebahagiaan meresapi jiwa

Di sebalik keriuhan dan kerancakan ini
Pada jalan rata yang kita lalui
Pada udara yang kita nikmati
Juga pada ilmu yang kita perolehi
Kau tahu kita aman di sini
Dan aku tahu kita selamat dilindungi

Kini, kita mampu bersuara
Semarak jiwa yang lalu telah membebaskan kita
Kini, kita hidup merdeka
Gelodak semangat yang silam telah membangunkan kita
Saat ini, kita bangkit bersama
Mewarisi kedamaian yang diperjuangkan- untuk kita

(13092017-Rabu)


@themagi2017

Monday, 2 October 2017

Inktober Art October!

Hello Oktober! Bersemangat aku bulan Oktober ni, walaupun aku tak tahu sebab apa aku bersemangat. Setelah sekian lama aku berpuasa dari kerja-kerja sketching, kali ni hati dan jantung aku tergerak nak melukis. Untuk manusia spesis aku yang banyak habiskan masa dengan melukis suatu masa dahulu (masa tu aku penganggur berjaya), melukis ialah 'hobby'. Sekarang, aku terkejar-kejar dengan masa, melukis ni dah macam 'luxury item'. Susah nak dapat mood kalau sibuk memanjang.

Tapi walaupun masa aku terhad sekarang ni. Aku kerja, aku menulis, aku tidur, aku makan dan sebagainya, aku cuba untuk dapatkan sedikit masa untuk melukis. Sikit je. Tak perlu banyak. Asalkan dapat lepaskan rasa nak melukis tu, kira dah bersyukur sangat.

So untuk bulan Pumpkin yang tricky, spooky lagi creepy, aku upload Inktober artwork aku yang terkini. Baru je siap sejam 2 jam lepas, guna pen marker, gel pen dan pensel. Sepatutnya inktober ni guna pen (sebab istilah 'ink') tapi aku malaslah nak rigid sangat dengan artwork aku kali ni. Rosak mood kalau peduli sangat dengan istilah 'ink'.

Orait, setakat ni je mukadimah. Sori paksa korang baca sampai perenggan ni...haha~

AMON LISA
Aku dapat inspirasi dari Mona Lisa. Tapi aku masukkan sikit gaya Amon, karakter antagonis dalam animasi The Legend of Korra. Siapa yang pernah tengok cerita tu, korang tahulah siapa Amon tu.


BLOSSOMING
Idea asal sketch ni dari tumbuh-tumbuhan. Dari biji benih, jadilah pokok dan bercambahnya daun. Bayangkan kalau biji benih tu kepala orang, batang pokok tu tangan dan daun tu kepala orang dengan rambut mengurai?


SONG MALUM
Song Malum ni bahasa Latin yang membawa maksud Evil Lady. Sebenarnya aku memang suka nama Song Malum ni. Boleh dijadikan idea baru untuk genre penulisan aku yang akan datang.


PEEPING
Peeping, atau mengintai. Masa aku melukis karakter ni, aku bagitau kat budak-budak: bayangkan kalau korang nak masuk tidur, tiba-tiba pintu bilik korang terbuka dan ada kelibat yang lalu sambil mengintai apa yang korang tengah buat. So, sila bayangkan situasi tu.

PERCAMBAHAN
Okay, tajuk lukisan aku kali ni 'Percambahan'. Aku suka perkataan ni, so aku letak sebagai tajuk. Dalam bahasa Inggeris, percambahan bermaksud 'germination' atau dalam bahasa Latin, 'germinatus'. Idea lukisan ni ialah, mati dalam keadaan sadis tapi tetap berbunga di setiap mata yang mengenang. Puitis, kan?


I AM ME
Untuk pengetahuan anda semua, ini bukan lagu DSV. I AM ME merujuk kepada makhluk yang mahu menjadi diri sendiri, dan tak takut untuk tunjuk kelemahan yang dia ada. Imej sebelah kanan tu, dah agak teruk rupanya. Imej sebelah kiri tu lagi teruk, macam tu la rupa aku bila kerja banyak tak siap...hahaha!



Okay, tu je artwork yang mampu aku buat. Lagipun, sketchbook aku dah habis. Sekarang masa untuk rehat, keep calm dan tengok anime :D

@themagi2017

Sunday, 1 October 2017

Review: Kuching Legacy of White Rajahs Sketchbook

Image result for kuching legacy of white rajah sketchbook
Credits: AbeBooks.com

Good eve, peeps! Saja nak update short entry tentang sketchbook yang aku baru beli dalam bulan lepas. Aku lupa nak update. Sebenarnya, aku tak pernah beli sketchbook pelukis dan yang sekutu dengannya. Lebih-lebih lagi sketchbook pasal architecture, memang taklah aku nak beli sebab aku tak berapa minat pasal architecture ni, bukan niche aku. Tapi untuk kali ni, aku tersangkut kat satu buku architeture sketchbook which is Kuching: Legacy of The White Rajahs yang berkenaan dengan historical building di Kuching yang dilukis oleh pelukis muda, Hanzhen yang sangat berbakat,


Apa yang menarik pasal buku ni?
  • Of course, sketch Hanzhen yang awesome. Korang boleh tengok sendiri contoh lukisan Hanzhen yang digabungkan dan dijadikan cover buku. Aku tak boleh snap gambar tu satu-satu, nanti timbul masalah copyright issue. Kalau nak tengok details dalam sketch Hanzhen, korang kena beli sendiri.
  • Kedua, info yang diselitkan untuk setiap sketch sangat simple tapi padat. Ada beberapa buah bangunan lama yang dibina pada era Brooke tapi aku tak tahu sebelum ni. Sekarang aku dah tahu.
  • Bagi penggemar lukisan sketch, korang patut beli buku ni. Ada banyak teknik yang bagus digunakan dalam setiap lakaran lukisan. Shading, pencil stroke dan layer yang pelbagai, mungkin sebab tu aku tertarik dan beli buku ni. 
  • Historical value. Buku ni bukan setakat bagi art value dan knowledge value, buku ni memaparkan sejarah Kuching yang amat sesuai dibukukan dalam bentuk ilustrasi. Pembelajaran sejarah tempatan rasanya lebih berkesan bila disertakan dengan gambar, betul tak?
Apa yang aku rasa tak puas hati pasal buku ni?
Satu je, aku tak puas tengok sketch collection. Aku nak lebih banyak sketch berkaitan dengan sejarah Sarawak, lebih info dan buku lebih tebal. Lagi best kalau buku ni dibuat beberapa chapter beserta dengan sketch yang pelbagai. Aku rasa, kalau pasal art ni aku memang tamak..hahaha~

But still, buku ni wajar dibeli sebagai koleksi dan penambah ilmu pengetahuan. As a Kuchingite, memang patut pun aku beli buku pasal hometown aku sendiri. Buku ni boleh didapati di kedai buku MPH. For those yang suka artwork macam aku dan berminat pasal historical things, korang patut beli buku ni sebelum buku ni jadi rare item.

@themagi2017

Produk Kecantikan Yang Patut Anda Cuba II

Hai Oktober! Tak sangka betul, aku tak sempat nak update blog untuk bulan September. Banyak kena catch up. Jadi untuk entri pertama bulan ni (yang sepatutnya dibuat untuk bulan 9), aku nak bagi list produk no-paraben yang aku tengah guna dan dapat kesan yang baik seawal seminggu. Benda baik kenalah kongsi, kan?

Okay, entri ni tak panjang. Korang takkan bosan...hahaha~


Image result for hiruscar anti-acne pore purifying cleanser
Credits: Health and Trend
Hiruscar Anti Acne Pore Cleanser ni adalah option selain produk Cetaphil. Harga tak mahal sangat, below RM30. Dah almost sebulan aku pakai produk ni, rasa gatal-gatal kulit akibat jerawat berkurangan. Kulit rasa lembap setiap kali cuci. Kesan jerawat pun tak ketara sangat. Dan aku cukup yakin dengan produk ni sebab no-paraben dan juga free sulfate. Baru-baru ni aku perasan produk ni dapat sambutan dan cepat habis kat Watson. So, aku terus beli botol kedua sebelum cleanser aku habis. Btw, aku dah tak guna Oxy Ultimate dan Oxy Botanical tu sebab kulit aku dah tak serasi.


Image result for st ives blemish control apricot scrub
Credits: Target.com
Produk St. Ives ni memang terkenal sebab guna bahan semulajadi dan semestinya, no-paraben. Apa yang buat aku tergerak hati nak cuba scrub ni sebab ramai yang bagi komen positif. So aku pun cuba. Dalam tempoh seminggu, kulit aku jadi lebih elok dan rasa lebih lembut. Tapi tak boleh pakai selalu la sebab scrub ni jenis deep. Kalau scrubbing hari-hari, kulit boleh jadi kering. But still, aku puas hati sebab nampak kesan positif. Harga pun below RM20.

Image result for azanis serum
Credits: lazada.com.my
Azanis Scar Serum ialah produk parut yang aku baru cuba. Belum sampai sebulan pun aku apply kat muka. Aku try produk ni bila baca testimoni customet lain yang bagi respon positif. Bahan-bahan serum ni pun dari bahan botanikal dan bau pun sedap macam bau coklat. Setakat ni, bekas parut aku yang degil tu memudar tapi taklah terus ghaib macam tu je. Tapi sekurang-kurangnya ada kesan positif. Cuma, bila apply produk ni seboleh-bolehnya letak sikit je sebab kalau letak banyak rasa oily sangat dan kulit muka rasa tak selesa.


Image result for mary kay botanical sunscreen
Credits: marykay.co.uk
Mary Kay Botanical Effects Sunscreen/Moisturizer antara produk Mary Kay yang aku tengah pakai sekarang ni dan terus terang aku cakap, produk ni memang sangat ohsem. Hari tu aku ada aktiviti sukan dan aku apply produk ni, masalah sunburn selesai 100%. Selain melindungi kulit dari cahaya matahari berlebihan, produk ni juga bertindak sebagai pelembap. Kulit muka terasa sejuk, mekap yang diapply selepas pakai produk ni pun tak bercapuk dan tahan sampai petang. Apa yang paling best? Produk ni boleh di-apply kat tangan selain dari muka. Harga produk ni below RM60 (agak pricey sikit) tapi berbaloi.



Image result for moist diane hair treatment extra vital
Credits: hishop.my
Moist Diane Extra Vital Hair Treatment ialah produk rawatan rambut yang aku baru cuba. Selalunya aku update pasal produk muka, untuk entri kali ni aku nak suggest produk rambut. Rambut pun sama penting dengan muka. To be honest, bila aku try produk ni untuk pertama kali, aku terus falling in love. Rambut terasa lembut, senang diurus, lembap dan wangi. Lepas ni aku rasa aku nak try semua produk Diane sebab setiap produk disertakan dengan Moroccan Argan Oil. So tak payah letak minyak rambut lagi kat kepala.


@themagi2017