Credits: AbeBooks.com
Good eve, peeps! Saja nak update short entry tentang sketchbook yang aku baru beli dalam bulan lepas. Aku lupa nak update. Sebenarnya, aku tak pernah beli sketchbook pelukis dan yang sekutu dengannya. Lebih-lebih lagi sketchbook pasal architecture, memang taklah aku nak beli sebab aku tak berapa minat pasal architecture ni, bukan niche aku. Tapi untuk kali ni, aku tersangkut kat satu buku architeture sketchbook which is Kuching: Legacy of The White Rajahs yang berkenaan dengan historical building di Kuching yang dilukis oleh pelukis muda, Hanzhen yang sangat berbakat,
Apa yang menarik pasal buku ni?
- Of course, sketch Hanzhen yang awesome. Korang boleh tengok sendiri contoh lukisan Hanzhen yang digabungkan dan dijadikan cover buku. Aku tak boleh snap gambar tu satu-satu, nanti timbul masalah copyright issue. Kalau nak tengok details dalam sketch Hanzhen, korang kena beli sendiri.
- Kedua, info yang diselitkan untuk setiap sketch sangat simple tapi padat. Ada beberapa buah bangunan lama yang dibina pada era Brooke tapi aku tak tahu sebelum ni. Sekarang aku dah tahu.
- Bagi penggemar lukisan sketch, korang patut beli buku ni. Ada banyak teknik yang bagus digunakan dalam setiap lakaran lukisan. Shading, pencil stroke dan layer yang pelbagai, mungkin sebab tu aku tertarik dan beli buku ni.
- Historical value. Buku ni bukan setakat bagi art value dan knowledge value, buku ni memaparkan sejarah Kuching yang amat sesuai dibukukan dalam bentuk ilustrasi. Pembelajaran sejarah tempatan rasanya lebih berkesan bila disertakan dengan gambar, betul tak?
Apa yang aku rasa tak puas hati pasal buku ni?
Satu je, aku tak puas tengok sketch collection. Aku nak lebih banyak sketch berkaitan dengan sejarah Sarawak, lebih info dan buku lebih tebal. Lagi best kalau buku ni dibuat beberapa chapter beserta dengan sketch yang pelbagai. Aku rasa, kalau pasal art ni aku memang tamak..hahaha~
But still, buku ni wajar dibeli sebagai koleksi dan penambah ilmu pengetahuan. As a Kuchingite, memang patut pun aku beli buku pasal hometown aku sendiri. Buku ni boleh didapati di kedai buku MPH. For those yang suka artwork macam aku dan berminat pasal historical things, korang patut beli buku ni sebelum buku ni jadi rare item.
@themagi2017
No comments:
Post a Comment