Hello Oktober! Bersemangat aku bulan Oktober ni, walaupun aku tak tahu sebab apa aku bersemangat. Setelah sekian lama aku berpuasa dari kerja-kerja sketching, kali ni hati dan jantung aku tergerak nak melukis. Untuk manusia spesis aku yang banyak habiskan masa dengan melukis suatu masa dahulu (masa tu aku penganggur berjaya), melukis ialah 'hobby'. Sekarang, aku terkejar-kejar dengan masa, melukis ni dah macam 'luxury item'. Susah nak dapat mood kalau sibuk memanjang.
Tapi walaupun masa aku terhad sekarang ni. Aku kerja, aku menulis, aku tidur, aku makan dan sebagainya, aku cuba untuk dapatkan sedikit masa untuk melukis. Sikit je. Tak perlu banyak. Asalkan dapat lepaskan rasa nak melukis tu, kira dah bersyukur sangat.
So untuk bulan Pumpkin yang tricky, spooky lagi creepy, aku upload Inktober artwork aku yang terkini. Baru je siap sejam 2 jam lepas, guna pen marker, gel pen dan pensel. Sepatutnya inktober ni guna pen (sebab istilah 'ink') tapi aku malaslah nak rigid sangat dengan artwork aku kali ni. Rosak mood kalau peduli sangat dengan istilah 'ink'.
Orait, setakat ni je mukadimah. Sori paksa korang baca sampai perenggan ni...haha~
AMON LISA
Aku dapat inspirasi dari Mona Lisa. Tapi aku masukkan sikit gaya Amon, karakter antagonis dalam animasi The Legend of Korra. Siapa yang pernah tengok cerita tu, korang tahulah siapa Amon tu.
BLOSSOMING
Idea asal sketch ni dari tumbuh-tumbuhan. Dari biji benih, jadilah pokok dan bercambahnya daun. Bayangkan kalau biji benih tu kepala orang, batang pokok tu tangan dan daun tu kepala orang dengan rambut mengurai?
SONG MALUM
Song Malum ni bahasa Latin yang membawa maksud Evil Lady. Sebenarnya aku memang suka nama Song Malum ni. Boleh dijadikan idea baru untuk genre penulisan aku yang akan datang.
PEEPING
Peeping, atau mengintai. Masa aku melukis karakter ni, aku bagitau kat budak-budak: bayangkan kalau korang nak masuk tidur, tiba-tiba pintu bilik korang terbuka dan ada kelibat yang lalu sambil mengintai apa yang korang tengah buat. So, sila bayangkan situasi tu.
PERCAMBAHAN
Okay, tajuk lukisan aku kali ni 'Percambahan'. Aku suka perkataan ni, so aku letak sebagai tajuk. Dalam bahasa Inggeris, percambahan bermaksud 'germination' atau dalam bahasa Latin, 'germinatus'. Idea lukisan ni ialah, mati dalam keadaan sadis tapi tetap berbunga di setiap mata yang mengenang. Puitis, kan?
I AM ME
Untuk pengetahuan anda semua, ini bukan lagu DSV. I AM ME merujuk kepada makhluk yang mahu menjadi diri sendiri, dan tak takut untuk tunjuk kelemahan yang dia ada. Imej sebelah kanan tu, dah agak teruk rupanya. Imej sebelah kiri tu lagi teruk, macam tu la rupa aku bila kerja banyak tak siap...hahaha!
Okay, tu je artwork yang mampu aku buat. Lagipun, sketchbook aku dah habis. Sekarang masa untuk rehat, keep calm dan tengok anime :D
@themagi2017
No comments:
Post a Comment