Bangunan No. 2 SK Gersik |
1. SK Gersik; that was the name, and always be. Di sini tempat mengenal apa itu sekolah pada suatu masa dahulu (terkenang sebentar sambil main gitar macam Yuna) Sekolah tok terletak kat sebelah Kg. Boyan, Fort Margherita n Kem Briged yg hilang ditimbus tanah (tempat tinggal masa kecik2 dolok). Kelas kat sekolah tok rasanya dah 3 kali tuka nama- Kuning/Merah, Seroja/Mawar, and kinek tok Dinamik/Bestari. Sik tauk pa gik nama baru pada masa akan datang. Dari 1995-1997 femes main batu seremban kat tengah padang tok, main gelang getah nak disambong2 k main zero point, or main sekepong sampe terusuk. Then, bila masa berlalu, junior sik layan mainan camya gik. For those who born in 80's, best mun kita dapat datang ke sekolah tok agik, anjur karnival reunion main game yang biasa kita main suatu ketika dolok...
2. Sitok tempat nembiak n cikgu bekaol lalu lalang Sebelah kiri ya bilit guru, tempat hukuman dijalankan (mostly miak kenak ukum belaku di sitok la). Mun ada miak kenak ukum, miak lain mesti gago mok nangga. Apa yang telah belaku? Apakah sebabnya? Sebenarnya, cikgu zaman dolok gaok. Luar biasa gaoknya, sik macam cikgu kinek tok. Misal kata miak sik nenga kata, ada jak hadiahnya- kubit sampe biru, palak tukuk k duster, suroh bukak seluar, kenak tonggeng, bukak baju, berekot 10 kali musin padang, paksa minum air Yasin (mun kes ya kes mencuri la), kenak tampar dan sebagainya. Tok bukan saja2 jak molah crita tp berdasarkan pengalaman kawan n diri sendiri. Maka, generasi kinek tok patut bersyukur cikgu x btaring agik macam dolok marek.
3. Tok tempat kaki limak bangunan no. 2. Dolok ada lukisan mural rah dinding, karton ompuan embak buku mun sik salah la. Kinek tok dinding ya dah kosong (macam lagu Najwa Latiff...*kosong, kosong). Dolok tempat tok kira pitstop mak2 orang nunggu anak2 mereka dengan sekaki payung (sambil nunggu sambil ngular). Sik tauklah sama ada area tok masih menjadi tempat singgah sana mak2 orang (apa kata kita look?)
4. Nampak rumah ya sik? Dolok rumah ya biasa jak upa, kinek tok dah kacak. Belakang ya dolok area student main boyak-boyak, sik tauk pa mainan ya. Kadang-kadang ekot member main sepak buah durian (buah durian yang sik jadi buah ya) pasya alu terusuk rah tepi bukit. Ustazah Andam (bekas ustazah paling gaok dalam history Gersik) sik suka nangga student main rah sitok. Nya nunggah area tok area jalan tikus.
5. Tok area alam hijau rah depan bilik guru. Penah eksiden rah tempat tok (gigi berdarah segal terantok rah palak orang). Rah paip ya lah g masoh mulut sampe sik bleeding agik. Tapi, sik sangka, masih ada gik paip air antik ya (sila rujuk gambar sebelah). Cuma palak paip ya dah tuka, dolok lain cikit sebab nak asal ya antik. Maybe 5-10 tahun akan datang, paip tok kekal di tempat tok (sapa tauk nak?). Okeh, proceed to the next picture...>>
6. Hahaha (tetak lok..) Tempat tok dolok k student main boyak-boyak(ada gik main boyak tok). Rah sitok dolok banyak pokok jambu batu, tempat nembiak bergayut kedak kerak (termasuklah saya..hahaha). Penah terusuk rah sitok, balit rumah baju sekolah warna coklat macam kenak taik. Tapi sik pande jerak, agik jwak gayut rah pokok. Miak sekolah zaman baru tok mesti sik nekik pokok cam mek orang, mesti sik gago nak majoh buah jambu keras kedak batu ya (hina rasa saya...ahahaha!)
7. Nak ya tanggak gi kantin. Masa kecik dolok, tanggak tok macam lebarrrr gilak, mesti bukak kangkang besar-besar, ambik cepat nait sampe atas. Tempat tok k student rehat makan bekal sambil bergosip (kecik-kecik pande propa). Kadang2 rasa cam dudok bekelah rah tanggak tok. Sik tauklah, dolok sekolah tok meriah a.k.a bisin tapi kinek tok dah lain. Banyak orang kata sekolah tok senyap even waktu sekolah. Anda heran? Saya pun heran.
8. Hah, nampak sik kantin sekolah? Nak yalah kantin sekolah Gersik, kecik jak. Penah dolok beli air dalam bungkus (air sirap rega 20 sen) masa waktu rehat. Tekak haus gilak, lupak bayar duit, main ambik jak. Mun nangga jauh camtok memang sik jelas saiznya tapi kantin tok sebenarnya sik besar. Ruang terhad. Asal rehat jak cam nak begusti. Tapi rasa cam juara bila dapat beli makanan (sambil angkat tangan dan berkata- lihatlah dunia!)
9. Okeh, this is the clear view of tanggak lebarr at Gersik. Rah tengah tanggak ya rata, k main basikal kali sebab sapa yang kaya ada basikal ya ngeso skil turun nait rah tanggak (last-last nongkeng ras simen). Pokok rah tepi ya bukan pokok favourite k dekik sebab ada member terkenak ulat bulu itam masa main rah area pokok-pokok ijo. Alu kembang tangannya.
10. That is lorong nait ke bangunan no. 1, bangunan lamak sekolah. Sikda banyak perubahan, same all lane. Tepi tanggak nait ke atas ya da jamban lamak, kata miak lain, berhantu (kak pon...).Rah sebelah ya da pondok k rehat, tempat mek orang main apa2 game jak termasok main game brick. Kadang-kadang mek orang berekot pusin2 alu nekik bukit n golek2 rah pokok ketapang besar yang memayungi bangku kayu...tempat paling best k lepaks sambil mengutip kulat gunto.
Bangunan no.1 |
11. Sekarang kita tiba di bangunan paling tua.Sebelah bangunan sekolah tok ada pokok besar, pokok angsana and pokok bigik saga. Sik jauh dari sia ada rumah pancaragam Polis Briged PGA. Sekitar taun 2001-2002 cemya ka, pokok besar ya tumbang di pangkak kilat. Alu rebah nimpak atap sekolah. Terok masa ya, rupa sekolah serta merta jadi burok kedak ditiup ribut. Psst...ada cerita disebalik pokok ya. Dolok, ada polis nangga itit gemok (itik dalam bahasa melayer) ngerayo petang hari (ilo2 hari kunin kata orang tua). Polis ya tek tiba2 teringin nak nangkapnya. Pasya, itit ya lari bah pokok besar ya tek, masok dalam lubang dan sik mok keluar2. Then, esok hari polis ya g carik lubang tempat itit ya betapok tapi lubang ya sekda langsung. Hilang camya jak. Jadi orang assume pokok tok ada sesuatu (the unseen..) jadi sebab ya kenak pangkak kilat sampe tputus 2.
12. Yeah, this one ambik dari FB orang pun, Zarina Zainudin (kenalan kakak I, bukan pelakon k?) Tok bukan nak nunjok gambar miak nasyid tapi sebenarnya mok nunjok muka bapak bekas juara AF. Nak nait motosikal ya sebenarnya bapak Hafiz nak menang konsert Mania reya *sila fokus kawan2. Cikgu tok suka buli orang, suka guro tapi kadang2 sakit hati betaun-taun jwak segal guro nya ya. Pesanan untuk Cikgu Suip; Hafiz femes, sekali sekala ajak mek orang makan =D
13. Sebelum tok da mention pasal Ustazah paling gaok di sekolah tok. Dapat jwak gue carik fotonya. Jangan peduli ngan miak berdiri sebelahnya sebab gambar tok orang lain pun so hanya orang pun gambar jak tauk siapakah gerangan manusia tersebut, pokus rah bulatan puteh jak. Nak yalah cikgu yang sungguh garang itu...Ustazah Andam namanya (tapi bukan mak andam tau..ohohhoho...).Ustazah tok penah maksa suruh minum air Yasin segal kes curi tapi orang yang benar pasti menang. Dear ustazah, mun kitak da baca tok kamek mok padah kamek sik penah curi pensel HB harga 10 sen ya masa tahun 1996. Itu semua fitnah belaka. (Hihi, tedah ngan decoration zaman dolok, k tikar suro jak ngias pentas penyampaian hadiah).
The last one, tok view lebarr SK Gersik. Ambik dari SwordSmith Art (nak kenal lebey2 g add kat FB). Walaupun sekolah tok dah tua, berbanggalah sebab ramai anak Gersik dah berjaya di luar sana =)
p/s: senyum sokmo (kata orang pante timo), senyum tegisin (kata orang kita)
The last one, tok view lebarr SK Gersik. Ambik dari SwordSmith Art (nak kenal lebey2 g add kat FB). Walaupun sekolah tok dah tua, berbanggalah sebab ramai anak Gersik dah berjaya di luar sana =)
p/s: senyum sokmo (kata orang pante timo), senyum tegisin (kata orang kita)
Images: SK Gersik Facebook (Zarina Zainudin, SwordSmith Art, Ex-SRK Gersik group), Youtube (PinangJawa) and UniqueYenwei. blogspot.com (million thanks and appreciation for your images)