Thursday 27 September 2012

Sarawak Food in My Mouth!

'Anda adalah apa yang anda makan', itulah statement yang slalu kita dengar. Orang putih cakap, 'you are what you eat.' Sepanjang beberapa dekad hidup kat dunia ni, aku lebih banyak makan makanan negeri aku sendiri jadi Sarawak food is half of my body.

                                          * * *
Masa merantau di negeri orang, pernah la dengar cakap2 pasal makan kat Sarawak. Diorang kata susah nak cari makanan halal kat Sarawak, susah nak cari makanan yang sedap, susah nak cari makanan negeri masing2 and sebagainya...pendek kata, semuanya susah la...(korang tau tak? aku pun susah nak makan makanan negeri aku sendiri kat tempat korang, apa nak heran sangat?). Lagipun, KFC besepah kat sini, McDo pun ada, MaryBrown pun ada, SugarBun (local fast food restoren) pun ada, Starbuck pun ada, Secret Recipe pun ada, Pizza Hut pun ada, Singapore Chicken Rice pun ada....senang gile nak makan.


"Baby I was born this way...hey, hey!"

Tengok...even Lady Gaga pun suka makan fast food, siap curah sos atas badan (tapi cam saiko je muka dia ni...haha~)---->>

Tapi, aku bukan nak citer pasal Lady Gaga or kisah gila kentang dia



Menurut cakap2 orang dan juga hasil pengalaman sendiri, kat sini sebenarnya dah ada pelbagai jenis makanan dari setiap negeri. Korang cuma surf internet carik port makan. Skang orang kat sini sibuk pasal makan2 kat medan selera tak jauh dari Jambatan Satok, dah jenjalan kat situ bulan puasa lepas. Tapi kan...kalu korang datang bercuti n makan balik makanan yang biasa korang makan kat negeri korang, tak ke bosan namanya tu? Dah langsung and 'live' datang kat negeri orang, eloklah korang try mencabar tastebud korang sama ada korang ni true-eater or just eat the same thing only. So, the question is- Adakah anda open minded nak makan benda baru?

Kat Sarawak, kek lapis memang femes. Kalu tak tau tu tipu namanya. Tapi aku tak suka sangat makan kek lapis (even I am Sarawakian) sebab rasanya manis and a bit creamy. Boleh pening even a small bite. Ulat mulong is also one of our kind, tapi aku tak penah makan benda tu sebab ulat mulong tu ULAT! (amaran: orang Islam tak makan benda tu). Aku prefer makan benda yang lagi sedap and elok rupenye dari benda tersebut. Skang, mari saya kongsi pengalaman saya, apa yang pernah saya makan di negeri saya.



Ni namanya Mee Jawa plus sate. Nak makan mee je takyah sate pon boleh. Aku tercari-cari mee ni masa blaja kat Shah Alam tapi tak penah jumpa (ke aku ni buta tak nampak kedai yang jual mee ni?). Aku penah makan mee ni enam mangkuk (mak sendri buat boleh la makan banyak). Seingat aku, lepas makan enam mangkuk, aku menempel kat lantai dan tak sedar *tido untuk beberapa jam. Bila dah sedar, aku makan balik...haha, seronok, makan takyah bayar sape yang tak suka?



Yang ni namanya ikan terubok masin goreng ngan bawang merah, cili and perah ngan limau sambal...(haa~hambik kau). Sape yang pantang limau takyah perah limau. Kombinasi paling best utk ikan ni ialah nasi panas2, makan bile korang dah penat bekerja, di bawah pokok sambil menikmati angin petang (haha, pandai je buat scene~). Setiap hari, kat Pasar Tani Satok, penjualan ikan ni tak penah tak bizi. Entah tinggal bape ekor ikan ni kat laut agaknya? *tetibe concern ngan marine life..




Makanan ni, former lecturer aku suka sangat (sampai masuk hospital sebab heart attack). Laksa Sarawak, makanan ni identiti negeri ni- rasa pedas, lemak santan, masam limau sambal, dan tauge segar (tauge lembik tak nak). Sebelum ni aku suka makan laksa ni tapi lama-kelamaan aku tak bape nak suka sebab masalah coconut cream. Senang citer, aku tak gemar makanan banyak santan. But still, makanan ni sedap kalu makan panas2 (jangan sampai mulut terbakar). Tourists, you must try this no matter what! 




Bulat, kuning and susah nak carik kat negeri lain. Ini namanya terung asam, terung Iban atau terung Dayak. Terung ni tak sama macam terung purple panjang tu. Rasa terung ni masam, sedap buat sayur air, tumis sambal belacan or bakar kasi hitam, kupas, cincang and campur ngan belacan (it consist belacan, ikan bilis, cili kering yang digoreng, ditumbuk, and gaul dengan terung yang dicincang...jangan lupa letak gula, baru sedap). Aku de try buat sambal tu bulan2 lepas tapi lupa buang bijik jadi sesiapa yang nak try, silalah buang bijik terung ni, jadi tak la lekat celah gigi...
Dabai, buah hitam yang sedap makan ngan garam. Dulu, brother in law aku tak reti makan ni tapi Sibu berjaya meyakinkan beliau betapa sedapnya buah ni.  Kelakar, baru beberapa hari lepas aku makan buah ni tapi bukan jenis yang isi kuning. Isi kuning tu yang paling sedap, sampai rasa nak telan bijik tu sekali. Tapi kan, bijik tu ada isi juga kat dalam, kaler hijau muda. Rasa macam kacang tapi tak tau camne nak describe. Kalu nak tau korang cari buah dabai, ambek bijik dia and hempuk ngan lesung batu. Lepas dah try, citer pengalaman tu kat sini nanti ye..

Orang putih cakap 'pink', korang cakap 'merah jambu', kitorang cakap 'kalas'. Buah ni namanya buah engkalak (ada kat dapur rumah aku skang). Buah ni kena letak dalam air panas and makan ngan garam. Tak tau camne nak cakap tapi buah ni ada rasa manis and...(?). Sebelum ni ada baca kat blog orang yang jugak orang Sarawak panggil buah ni buah tebulus (ye ke? tapi Kuching people used to call it as engkalak, tak pasti la kat tempat lain). 
Ha~hak! Ni, mee kolok. Identiti makanan Sarawak, sama macam laksa Sarawak. Family aku suka makan ni, aku pun suka (tapi tu dulu sebab aku penah demam pas makan mee ni 12 taun dulu and since then, setiap kali makan mesti nak keluar balik). Kalu nak makan mee ni, kena gaul semua sekali-kuah, daging, tauge, kicap pedas etc) sebab kalu tak, korang akan tercari-cari rasa yang tertinggal. Untuk sesape yang dah try, now you are part of Kolok! Kudos for the curious eater! 
Ni makanan dalam buluh, ayam pansuh namanya. Kitorang sebut 'manok pansoh'. Resipi ni bukan resipi orang Melayu, ni Iban punya. Tapi korang yang teringin nak cuba buat bleh try. Sebenarnya, korang boleh modified kasi serasi ngan lidah korang. To be honest, parent aku ubah ckit resipi ni, kasi lebih sedap dan sesuai ngan selera kitorang. Kalu nak ikut resipi asal, rasanya kitorang agak~ tak minat. Jadi untuk ibu-ibu di rumah (bukan ibu pun boleh), korang try lah makan makanan ni dengan versi masing2. Sure makan tak hengat.
Yah~ ini, favvy mak aku di kala lidahnya tawar gile and tak nak makan benda lain. Ni namanya tumpik sagu (diperbuat dari tepung sagu). Sedap makan ngan madu. Selain tumpik sagu, korang bleh try tumpik biasa (guna tepung gandum and mentega). Rupa dia sama macam roti prata or chapati. Makanan ni sedap, cepat, dan murah. Korang bleh buat sendiri setiap hari dan waktu sampai korang dah tak larat nak makan. Apa lagi? Let's train your tongue!

Yang ni namanya umai obor-obor (apakah?). Biasanya orang dengar umai udang, umai ikan. Tapi umai obor-obor pun sedap jugak...maybe certain people takleh makan. But back to our main point, adakah anda open minded nak cuba benda baru? Umai, tak kira la udang ke obor2 ke ikan ke, asal pakai limau, rasa dia lagi sedap dari pakai cuka. Hsshh~ tetibe air liurku meleleh. Adakah ini petanda aku sangat lapar? (lupa sarapan pagi tadi....)


This one is umbut kelapa masak lemak. Aku suka sangat makan ni. Tak kira la masak lemak ke masak air ke, bagi aku semuanya sedap. Masa belajar kat tempat orang, aku pernah singgah satu kedai tu nak beli makanan. Aku ingat mak cik tu jual umbut kelapa. Bila aku cedok kuah, yang muncul bukan umbut kelapa, tapi umbut pisang....haa~ patahlah hati...macam tu la kot lagu dalam perut. Skang aku dah tak kesah, sebab aku dah balik ke tempat sendiri. Apa yang best sangat? Of coz la best! Itu la tempat aku makan selama ni...hak! hak! hak!



And the last item that I liked, sayur midin/lemidin masak belacan. Sarawakian loves belacan so much! Sayur ni kan, korang boleh dapat kat mana2. Easy peasy. Kembali ke kisah 12 ke 13 tahun yang lepas, aku, kakak and adik lelaki pernah ikut abah gi masuk hutan carik sayur. Demi pucuk midin yang cantik, segar dan menawan di bawah cahaya matahari sayup2 memikat, ketiga-tiga kitorang melompat terjun ke arah pucuk tu, lalu tersepit dalam semak...aku tak ingat sape yang dapat pucuk tu tapi yang pasti, pucuk midin tu berjaya menjatuhkan kami....(pucuk midin versus tiga beradik...pucuk midin WIN!)


Ah~ tak bleh citer bab makan lagi. Setakat ni je artikel makan2. Nak tau banyak sila rujuk link kat bawah k..tata!




atau mana2 sesawang yang berkaitan..^^

MaGi 2012 ~foods are the best!

2 comments: