Friday, 7 June 2013

Jadi Sarawakian

Menjadi orang Sarawak merupakan perkara yang best sebab aku tak perlu buat pasport bagai untuk masuk ke negeri ni. Selain dari dapat duduk dengan aman damai (jarang ada demo or perhimpunan haram and kalu ada pun diorang berpegangan tangan sambil tersenyum), cukup oksigen (sebab banyak pokok kat tepi jalan), dan harga sayur ikan yang murah, ada bermacam jenis pulau kat sini, ada gua, ada hutan hujan, ada sungai panjang-panjang, ada benak, ada bunga rafflesia, ada gunung-ganang dan macam-macam lagi. Semua ni menjadikan Sarawakian bertambah unik.

Jadi secara ringkasnya, who is Sarawakian?

1. Orang Sarawak ialah vocab-generator, suka cipta perkataan baru atau pelik sebagai kosa kata baru. Sebagai contoh:
  • Aek kemeh bugak membawa maksud air kencing haiwan yang bernama bugak (tak tau apakah spesis haiwan tersebut tetapi bunyinya kedengaran sedap untuk disebut)- sumber: nenek aku
  • Telinga litak membawa maksud  telinga pekak- sumber: kakak aku
  • Mampah kelalah membawa maksud tak guna langsung- sumber: kawan aku
  • Bau sungkor membawa maksud bau badan yang sangat busuk- sumber: kawan adik aku
  • Sik tinggal setak membawa maksud tak ada saki baki langsung- sumber: nenek aku

2. Orang Sarawak merupakan orang yang audio visual dalam percakapan. Semasa aku kat kampus dan duduk dengan budak sama negeri, budak negeri lain mengatakan kitorang seperti ada Dolby Surround System semasa bercerita. Setiap bunyi-bunyian yang dihasilkan dalam percakapan tu bergantung pada topik. Kalu pasal perang maka keluarlah bunyi perang. Kalu pasal tumbuk maka keluarlah bunyi tumbuk menumbuk. Kalu pasal hantu maka keluarlah bunyi seram. Kalu pasal masak keluarlah bunyi periuk kuali. Hebat kan?

3. Orang Sarawak juga seorang yang agresif dalam menyampaikan maksud percakapan. Diorang menekan konsep perkataan dengan aksi. Kalu bercakap politik, maka bertukarlah jadi ahli politik. Kalu bercakap pasal polis, maka bertukarlah menjadi anggota polis. Kalu bercakap pasal agama, maka bertukarlah menjadi cikgu agama dan ahli sufi. Bapak aku selalu jadi ahli politik :-D

4. Orang Sarawak sebenarnya simple bab makan. Ada macam-macam resepi kampung korang bleh cuba. Sebagai contoh:
  • Menu pusuk dan bawang: potong bawang besar, kupas ikan bilis, dan potong cili api. Kemudian, campurkan semua tu dalam mangkuk, masukkan sedikit gula, cuka, ajinamoto dan belacan yang dah dibakar. Gaulkan semua bahan. 
  • Menu sambal belacan: gorengkan belacan, ikan bilis, dan cili kering. Lepas tu tumbuk sampai hancur. Kemudian, masukkan sedikit air dan gula. Kacau sampai sebati
  • Menu dabai masin: rebuskan buah dabai. Kemudian, peramkan dalam air kicap, ataupun air garam. Tak digalakkan untuk orang yang ada darah tinggi dan diabetes.
  • Menu nasi berkuah dan ikan masin: yang ni senang, korang goreng ikan masin tu. Lepas tu cedok nasi putih, tuang air kosong dan makan nasi tu dengan ikan masin. Bagus untuk orang yang sibuk nak kurus *hehe
5. Orang Sarawak sukakan seni. Ada seni sulam keringkam, seni bermukun, seni pantun, seni pertahankan diri, seni kulinari (mee kolok, laksa sarawak, mee jawa, pansoh, acar rebung, umai, rebung kering etc), seni kraftangan, seni muzik (Sarawak's Rainforest sebagai contoh) dan yang paling menarik, seni membuat kek lapis. Kek lapis di Sarawak terdiri dari pelbagai jenis warna, corak, dan nama. Bagi orang yang profesional, diorang bleh buat kek lapis dengan perasa yang berbeza- dan memerlukan ketekunan yang sangat tinggi.

6. Orang Sarawak sayangkan kucing. Kucing adalah lambang Kuching dan sebahagian daripada identiti Sarawak, sama seperti orang utan, burung kenyalang, buaya, dan juga bunga rafflesia. Orang tua-tua di sini percaya kucing ialah haiwan membawa tuah. Lagipun, kucing kan comel? Nabi SAW pun sukakan kucing.

7. Orang Sarawak open minded. Walaupun tengok lelaki mat saleh pakai kain batik, selipar tikar sambil bawak beg tambok Iban berjalan kat tengah-tengah Kuching Waterfront, atau tengok pelancong luar bawak motosikal keliling roundabout banyak kali, atau tengok kelompok yang ikut perhimpunan tak berlesen atau tengok tokey buka bisnes kat parking lot atau bebudak berpakaian ala Kpop, atau tengok persembahan magic kat India Street, diorang tak kisah semua tu. Kalu dulu memang la nampak pelik tapi sekarang itu semua cuma satu rutin.

8. Orang Sarawak lebih suka cakap dialek sendiri. Bercakap dalam dialek sendiri membuatkan diorang bertukar menjadi Dolby Surround System. Tapi, diorang boleh adapt dialek negeri orang lain dengan baik. Cuma, aura Dolby system tu kurang la sedikit.

9. Orang Sarawak ada tabiat menyumpah. Okay, aku tak bangga sangat hal ni tapi itu la hakikatnya. Tapi, itu la manusia kan?

10. Orang Sarawak ada tabiat mencampurkan bahasa Inggeris dalam percakapan harian, especially orang tua-tua yang dulunya bersekolah kat sekolah Inggeris atau hidup pada zaman bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar. Sekarang ia menjadi satu tabiat biasa. Sebagai contoh:
  • Bukak buk membawa maksud buka buku- sumber: mak aku
  • Dalam kabad (cupboard) membawa maksud dalam almari- sumber: kenalan
  • Iboh nak en-draw ajak membawa maksud jangan asyik nak melukis- sumber: mak aku
  • Ngagak len sabi membawa maksud berjumpa land and survey- sumber: orang tua kat kampung Rampangi
  • Pegi trebel membawa maksud pergi atau dalam perjalanan ke sesuatu tempat- sumber: kawan aku
11. Orang Sarawak ialah friendly. Ini terbukti kitorang bleh hidup dan berkongsi dengan kaum lain tanpa sebarang masalah. Untuk pengetahuan korang ada banyak kaum dan etnik di Sarawak iaitu Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Kayan, Burawan, Jawa, Lun Bawang, Kenyah, Orang Ulu, Lahanan, Murut, Sekapan, Tabun, Sihan, Lisum, Tagal, Beketan, Eurasia, India, Sikh, Kedayan, Kelabit, Punan, Penan, Melanau, Bugis, dan Punan Bah. Banyak kan?

Last sekali, orang Sarawak ialah kaya. Kaya apa? Kaya budaya, kaya alam semula jadi, kaya sejarah, kaya tanah, kaya balak, kaya sungai, kaya air, kaya pokok, kaya adat, kaya flora dan fauna, kaya perayaan, kaya hasil laut, kaya sumber tenaga kitar semula, kaya etnik dan kaya minyak. Inilah kekayaan kitorang...*bangga sambil bertasbih

Jadi, tak kira dari mana pun asal usul, bangsa dan keturunan, anda semua bleh jadi orang Sarawak, yang penting korang buat pasport masuk. Asal korang buat payment on time, sudah pastinya pasport korang cepat siap. Senang je kan?

#tmg2013

No comments:

Post a Comment