Tuesday, 8 December 2015

Kumpulan Cerpen: Jalan Tengah

Horas! Tiba-tiba aku jadi orang Mandailing, padahal aku ni Jawa. Sebetulnya aku tak tahu nak bagi intro apa. Btw, lebih baik aku terus ke topik sebenar which is membuat review buku terbaru yang aku beli 2 minggu lepas. 

Judul: Jalan Tengah (kumpulan cerpen)
Harga: RM20
Penerbit: ROMAN, PutraJaya
Cetakan: Cetakan pertama April 2015

Okey, kumpulan cerpen Jalan Tengah adalah material yang baik bagi penulis cerpen, macam aku. Apa-apapun, aku mintak maap sebab tak baku sangat bahasa aku dalam entri ni tetapi, buku ni mengandungi 14 buah cerpen yang mempunyai laras bahasa yang berbeza-beza. Perbezaan itulah yang membentuk identiti. Good job, peeps~

Harga buku ni? Sesuai sangat untuk mereka yang berjiwa muda, sengkek dan kiam siap...macam aku. Kualiti paperback yang baik, ton warna kertas yang bersesuaian- a bit yellowish, baik untuk pembacaan dan elakkan eye-strain, saiz huruf yang bertepatan- aku still boleh baca walaupun aku tanggalkan spek mata dan the charm yang membuatkan aku tertarik untuk beli buku ni ialah cover design yang banyak pattern dan memberi maksud tersendiri. As a doodle artist (aku anugerahkan gelaran ni untuk diri sendiri), rekaan kulit buku memang sangat bertepatan dengan judul. Sekali imbas, corak tu mengingatkan aku dengan sarung keris.

Kualiti cerpen? Aku sebetulnya belum habis baca. Siapalah aku nak buat kritikan. Tapi aku dah baca beberapa cerpen yang baik seperti Dari Tebing Milford Sound, Perempuan Penunggu Malam, Kesumat, Ibuku Menipu dan Bandit. Pilihan cerpen yang aku baca agak rawak sebenarnya, bergantung pada tarikan tajuk. Cerpen Perempuan Penunggu Malam boleh dikatakan menarik pada pendapat aku- membawa aku ke sudut psikologi. Cerpen Ibuku Menipu, Bandit dan Dari Tebing Milford Sound bersifat religi. Cerpen Kesumat pula berkisar tentang pemikiran. Boleh dikatakan setiap cerpen mengutarakan pelbagai persoalan dan isu. 

Dari sudut bahasa? Penggunaan bahasa mudah untuk dihadam. Tapi setakat ni, cerpen Dari Tebing Milford Sound menggunakan laras bahasa yang sedikit berlainan sebab bahasa yang digunakan agak puitis, sinikal dan bersastera. Tapi, ia masih boleh dihadam. 

The last one; aku nak cakap buku ni bagus sebagai bahan bacaan. Taklah aku rasa rugi sangat sebab aku gamble je beli buku ni, hihi~

@themagi2015

2 comments:

  1. Hai. Saya suka sangat buku.
    Kadang² masa nak beli buku, nak tengok isi but ia berbalut plastik.
    Memang gamble nak beli. Just judge thru cover, kertas and font. And publisher. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, selalu ada love-hate relationshiop dengan buku berbalut plastik. Nampak cantik je kat shelves, tapi tak dapat baca...hahaha

      Delete