Sunday, 13 December 2015

Teater Bangsawan (Pratonton Pementasan) Sultan Tengah Sarawak

Salam Ahad, hari ini 13 Disember. Memandangkan hari ni hari minggu, aku habiskan masa duduk depan laptop dan buat kerja. Alang-alang dah membelek laptop, aku pun kemaskini blog. Sebelum ni aku ada buat entri pasal rehearsal teater pratonton Sultan Tengah di DBP Kuching. Hari Jumaat lepas (11 Disember), aku pergi menonton teater bersama keluarga. Memandangkan teater ni teater pratonton, kebanyakan penonton yang datang tu terdiri daripada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan terdekat. Seronok jugak sebenarnya tengok teater pratonton sebab kita boleh nampak idea original dan beberapa perkara yang belum digilap sepenuhnya. 

Okey, aku nak cakap apa sebenarnya? Aku rasanya tak nak buat kritikan sebab aku tak layak. Mujurlah malam tu, juri yang diundang terdiri daripada warga tempatan yang mahir dalam kearifan lokal. Pelakon utama pun bagus-bagus. FYI, Teater bangsawan di Sarawak dan di Semenanjung Malaysia tak sama sebab teater bangsawan Sarawak ada persembahan extra turn (yang mengandungi elemen lokaliti seperti mukun, lagu-lagu tempatan dan juga tarian)  bagi memberi ruang mengubah latar pentas.

Tetapi sebagai penonton, aku ada beberapa pendapat/cadangan dari sudut pandangan penonton iaitu:
  • Kalau boleh, pelaku (pelakon teater) jangan membelakangkan penonton semasa berlakon. Masalah ni berlaku dalam setiap babak dan aku tak dapat dengar dialog pelaku dengan jelas.
  • Reaksi wajah pelaku tak cukup dramatik. Perlu penambahbaikan dari segi 'body languange' dan ekspresi wajah. Barulah penonton boleh nampak dengan jelas dan cerita dapat disampaikan dengan lebih berkesan sebab jarak penonton dengan pentas teater bukannya dekat pun.
  • Tambah elemen teknologi, slideshow gambar Gunung Santubong, pelabuhan Santubong, suasana balairong seri di kerajaan Berunai dan sebagainya. Semua tu penting untuk hidupkan deria rasa penonton.
  • Jangan masukkan bahasa Sarawak era sekarang. Karakter 3 dara pingitan tu kurang sesuai dalam pementasan sebab ia tidak selari dengan gaya hidup zaman dahulu (yakni, zaman Sultan Tengah). Betul cakap juri, karakter 3 dara pingitan tak perlu ada di kawasan pelabuhan.
  • Tambah penceritaan melalui syair. Syair memang digunakan dalam pementasan tapi tak mencukupi.
  • Pecahan babak agak memakan masa. Kalau penggabungan babak dilakukan (babak 1+2, babak 3+4 dan babak 5+6), aku rasa jalan cerita teater dan persembahan extra turn lebih lancar.
Menurut juri yang datang malam tu (diketuai oleh YBhg. Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah), mereka nak perubahan dari segi lenggok bahasa, pakaian, prop dan aksesori. Aku setuju dengan pendapat mereka, cuma untuk persembahan teater malam tu, mereka tak dapat sebarang tajaan dan mereka gunakan apa saja yang ada untuk mewujudkan jalan cerita. Jadi, aku ucapkan tahniah dan syabas di atas kesungguhan mereka. Untuk teater bangsawan yang sebenar pada bulan 2 tahun depan, aku harap ramai penaja sudi menolong mereka sebab teater Sultan Tengah merupakan satu usaha murni dalam memartabatkan sejarah Sarawak. Sebelum aku terlupa, aku nak puji persembahan dari Kelab Pencinta P.Ramlee dan tarian penari cilik sebab sangat menghiburkan.

Aku selitkan sedikit gambar yang aku snap Jumaat lepas semasa menonton teater bangsawan Sultan Tengah.

Sedikit latihan sebelum pementasan teater bermula.

Persembahan bermula dengan kisah di Berunai.

Persembahan tarian di istana.

Babak Sultan Tengah berlayar dari Sambas menuju ke Sarawak

Babak Sultan Tengah dikhianati pengikut di Batu Buaya, Santubong.

Sesi bergambar bersama pelakon teater dan juri.


@themagi2015
update 17042017

2 comments:

  1. salam sejahtera..saya nak bertanya sedikit mengenai kenyataan saudara bahawa persembahan teater bangsawan di sarawak dan semenanjung tidak sama kerana teater bangsawan sarawak ada extra turn...saudara ada bukti kukuh ke menyokong kenyataan trsebut?,,saya sarankan saudara untuk membaca buku Nur Afifah Vanitha binti Abdullah. (2009). Perkembangan dan Perubahan Persembahan Bangsawan di Sarawak, 1914-2004. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM).kita sama-sama berkongsi ilmu..terima kasih saudara

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepada unknown, mungkin sy tdk jelaskan mksud sy dlm entri di atas. slps ini sy akan update entri ini utk mmaklumkan bhw mksd perbezaan extra turn antara teater bgsawn smnnjung dan srwk ialah dari aspek kandungan krn menerusi extra turn teater bgswn srwk, penonton disajikan dgn tarian sarawak, elemen bermukun dan juga lagu-lagu sarawak. hnya itu sja perbezaannya. terima kasih di atas saranan saudara mengenai buku tersebut.

      Delete