Monday, 8 April 2019

PBAKL 2019 TRIP: Hari Kedua!

Yeah, sambungan! Aku tak sabar nak sambung sebab aku takut aku hilang ingatan. Jadi, hari kedua? Untuk hari kedua di Kuala Lumpur, of course aku pergi ke PWTC. Tapi seriously aku tak boleh bersaing dengan bebudak sekolah yang datang berbas-bas. Aku terpaksa give up. Dari ground floor sampai tingkat 4, yang aku nampak cuma budak sekolah. Di mana-mana. Akhirnya aku keluar balik. Lepas tu aku dan kawan aku pun mencari ketenangan di Sunway Putra Mall. Nasib baik ada mall berdekatan, boleh la isi tangki perut sebelum nak merayau ke tempat lain. Tapi sebelum tu, aku kena la mulakan cerita dari awal iaitu:

Bangun pagi, gosok mata, selak langsir
nampak Sunway Putra~

Lepas tu, pergi PWTC. Kali ni kitorang jalan kaki. Ada jalan 
penghubung antara Sunway Putra dan PWTC. So, tak perlu naik Grab, 
jimat kos. Then kitorang keluar balik sebab ramai sangat orang, aku
tak rela jadi sardin kat situ. So, aku pun singgah kat Sunway Putra Mall, 
makan besar kat Chicken Rice Shop dengan harapan berat badan aku 
bertambah.

Lepas makan, kitorang pergi Kenangan Wholesale City.
Aku tak ambil satu pun gambar sepanjang kat sana sebab,
seriously, laratkah aku nak selfie lepas naik sampai tingkat 6,
pusing-pusing dan lepas tu turun balik ke tingkat bawah?
Gambar kat candy area (Sunway Putra) ni lepas kitorang balik 
dari KWC. 

Ni dekat area cinema. Kalau ada banyak masa memang
melepak kat cinema la tapi memandangkan tak sesuai
tengok movie masa trip so, selfie depan team Avengers jelah.

Kemudian kitorang naik sampai tingkat 4. My God, aku
nampak food court! Aku rasa macam aku jumpa emas.
Kat sini ada banyak kedai makan yang unik, tinggal nak pilih
ikut selera je. Aku berdepan dengan kerumitan masa tu
padahal soalannya senang je- nak makan apa?

At the end, kitorang duduk kat Kaw Kaw Burger.
Service kedai ni bagus. Harga pun berpatutan sebab
berbaloi dengan rasa, saiz burger dengan portion
french fries dia yang lagi sedap dari fries restoran
fastfood yang lain. Serious, french fries dia sedap!

Simple je rupa dia kan? Tapi roti burger ni sedap, daging
burger pun tebal, lembut, juicy dan cukup rasa. Fries dia...
sekali lagi aku nak bagitahu, fries dia sedap. Dan sos dia tak
sama macam sos yang biasa kita makan kat kedai fastfood yang
lain. Kalau jalan-jalan kat KL dan nampak kedai Kaw-Kaw
Burger, pergi la try. Yang aku pilih ni jenis Classic.

Last sekali sebelum aku balik hotel, kawan aku masa
study kat Shah Alam dulu datang jumpa aku kat mall. Last
kitorang jumpa tahun 2011. Tahun ni baru jumpa balik.
Bila jumpa member zaman study ni, teringat zaman early 20s.
Dan lepas tu aku sedar yang aku dah over 30s. Dayum!

Ada apa lagi cerita nak tambah? Sambung esok.

@theMaGi2019

No comments:

Post a Comment