Tuesday, 9 April 2019

GHI (Gembira, Holiday, dan Instagram!)

Hello April! Entri kali ni sambungan dari tahun lepas. Aku nak teruskan siri alphabet yang aku buat pertama kali pada tahun 2017 setiap kali ulangtahun kelahiran aku. Mula-mula dulu, aku buat ABC (April, Buku dan Cincang). Lepas tu aku buat DEF (Demam, Enjoy dan Friendship). Tahun ni semestinya GHI (Gembira, Holiday dan Instagram!)

Okay, Gembira is stand for what?
  • Tahun ni aku gembira sebab masalah ezcema kat muka aku dah tak serius macam dulu. Freedom for my skin!
  • Aku hasilkan dua buah buku hujung tahun lepas iaitu Acang Merpati terbitan DBP dan Niqab terbitan FIXI. Rasa gembira ni masih berkembang dengan hebatnya di tahun ini.
  • Alhamdulillah aku tak begitu sengkek tahun ni, harap tak sengkek sampai hujung tahun, tahun depan, tahun-tahun akan datang, forever and ever. Amin (besar betul impian aku, hahaha~)
  • Tahun ni, cerpen aku bertajuk Merdeka Sampai ke Bulu-bulunya jadi sebahagian dari antologi buku Mudahnya Move On terbitan Lejen Press. Yay! Salah satu target aku nak jadi sebahagian dari buku antologi dah berjaya. Next aku nak buat kumpulan cerpen.
  • The things yang aku rasa sangat menggembirakan? Sambut birthday dengan mereka yang hasilkan buku, mereka yang suka buku dan mereka yang kumpul buku.
  • And of course, tahun ni aku celebrate birthday di KL with buddies and readers!
Now, kita proceed ke Holiday. Holiday?
  • April tahun ni, aku pergi holiday ke Kuala Lumpur. Ada Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Dah lama aku berhajat nak pergi ke PBAKL, tahun ni aku berjaya jugak! Hah! Seronok!
  • Bila sebut pasal holiday ni, of course la shopping dan makan. Bukankah itu kebahagiaan namanya?
  • Paling best, pada pagi birthday tu aku dapat doa-doa dan wish yang semuanya baik belaka dari segenap ceruk Malaysia dan luar negara. Aku harap mudahan doa-doa dan wish yang baik tu jadi kenyataan. 
  • Birthday tahun ni memang aku rasa special sebab aku bukan sekadar pergi holiday dan shopping beli buku tapi dalam masa yang sama aku hadiri sesi otograp FIXI. Thank you kepada semua yang sudi hadir, meriahkan hari aku. Bagi yang tak sempat jumpa, atau datang pada hari yang aku tak ada kat booth, aku harap tahun depan kita ada jodoh berjumpa. Aku kalau boleh nak jumpa semua orang yang beli buku aku.
The last one, Instagram! This early April, Instagram aku meriah. Trimas untuk semua kawan yang datang jumpa aku, kawan penulis, kawan aku yang teman aku pergi holiday. Yang paling aku tak expect kat Instagram (dan juga Twitter), aku dapat wish dari FIXI. 

To be conclude, birthday aku tahun ni aku rasa extra gembira, aku pergi holiday, aku kenal ramai orang, aku makan makanan sedap, shopping therapy, angkut buku di PBAKL, video call wish dari semua member opis dan last sekali, bila aku balik semula ke Kuching pada 06 April, mak abah aku tunggu kat airport. At the end, aku rasa everything that happens semuanya berkat doa parent. Luv ya forever, mak abah. Terima kasih sebab besarkan aku, bertahan dengan perangai aku dan jaga aku sampai sekarang.

Harap tahun depan, lebih banyak keindahan berlaku dalam hidup aku. Amin~

@theMaGi2019

No comments:

Post a Comment