And now, hari ketiga di KL. Hari ke-8 PBAKL. Dan tahun yang ke-31 aku hidup di dunia ni. Happy Awesome 31 for myself! Yup, tahun ni aku celebrate umur aku yang semakin muda ini di KL. Dah lama aku tak appreciate tarikh aku wujud kat dunia ni so why not tahun ni aku bagi self reward dan self loving?
Orait, pada hari yang indah lagi awesome (semestinya sebab hari tu hari penting aku), aku dan member aku keluar dari hotel. Itinerary di pagi Jumaat yang barokah? Food court. Masa untuk food-hunting. Book hunting tu kemudian. Macam yang aku cakap, ada banyak kedai makan kat tingkat 4 Sunway Putra. Dengan tak semena-mena kau akan rasa tamak lagi haloba, kau nak try semua makanan padahal perut kau cuma sebesar dua penumbuk tangan kau je. Lepas pusing-pusing sekeliling food court (kalau lengkap pusingan 7 kali makanya lengkaplah tawaf food court), at the end kami makan kat Sarawak's Bowl. Sarawakian like us makan kat kedai Sarawak. Ironi sangat. But starting a day with a very nice food, aku rasa everything is heaven~
Breakfast snack di pagi birthday, aku makan buah-buahan
yang Nani bagi semalam masa kitorang jumpa kat Kaw-Kaw
Burger. Tiba-tiba aku rasa sihat pagi tu. Thanks Nani~
Lepas tu, kitorang gerak ke Sunway Putra atas faktor kelaparan.
Sebagai penggila mee jawa, aku rasa sungguh bahagia bila
dapat makan mee jawa di KL. FYI, mee jawa ni rare tau di
peninsular.
Ni la kedai Sarawak's Bowl. Cantik kedai ni.
Actually, semua kedai kat sini cantik. Nilai estetik
kat kawasan ni memang ohsem~
Lepas makan, jumpa kawan lama. Kawan serumah masa belajar
kat Shah Alam. Yang ni pun sama, last jumpa tahun 2011. Sebenarnya
aku tak expect dia dapat datang, sebab aku takut dia sibuk. Tapi
betul-betul dia datang, siap bagi hadiah lagi sempena birthday aku.
Btw, abaikan orang kat belakang tu. Aku tak kenal dia, tapi nampaknya
dia forever dalam blog aku, hahaha!
Thanks Mar, sayang aku nak pakai hadiah yang kau
bagi. Jauh aku datang, dapat hadiah dari kau. Terharu wei~
Selepas makan, jumpa kawan lama, selfie sana sini, barulah
masuk ke PWTC. Inilah ketakutan yang aku hadapi, budak sekolah.
Aku memang sedar aku ada masalah panic attack, tapi masa dekat sini,
baru aku sedar betapa teruknya aku panic sampai aku pergi sembunyi
kat tepi dinding bersebelahan dengan potret Najib Tun Razak.
Motif sangat, hahaha!
Juga pada hari yang sama, aku dapat tudung free dari
exhibitor yang survey pasal wanita berhijab. Macam tau
je hari Jumaat tu hari special aku. Dapat pulak tudung free
memang ini petanda aku takkan boleh free hair cam dulu lagi.
Insaf selamanya, fuh~
Selepas tu sorang lagi kawan sefakulti aku
datang. Memang tepat sangat, masa tu sesi
otograp. Alang-alang dapat otograp dari aku,
mesti la selfie. Aku harap ko suka buku
aku tu, Soleh~
Ni gambar dengan kawan dia sorang lagi
sebelum diorang balik. Lepas tu, peminat
buku Niqab pun datang. Sayang sangat sebab
ada yang datang cari aku semalam (4 April) tapi
aku tak ada kat booth.
Yang ni chief editor aku share kat Insta. Bagi
sesiapa yang nge-fans sama Nadia Khan tu, harap
jangan meraung. Aku duduk sebelah dia je hari tu.
Ni dia, bukti memang aku duduk sebelah Nadia Khan
penulis buku Gantung dan Nikina. Anda jeles? Jangan
jeles dulu.
Sebelum aku balik, aku bergambar dengan chief editor Julie Anne,
geng penulis yang lain iaitu Syafiq Aizat, Nuril Basri dan FIXI's boss,
Encik Amir Muhammad. Okay sekarang, korang boleh jeles.
Aku tahu ramai peminat nak selfie dengan diorang, maka aku
ambil kesempatan ini untuk menambahkan jealousy di hati
korang. Sila jeles berjemaah.
Before sesi tamat, sempat la selfie dengan Kak Julie.
Harap tahun depan ada rezeki dapat terbit buku baru,
so PBAKL...aku datang lagi~
Mesti korang ingat dah selesai, kan? Sikit je lagi.
Aku nak share gambar sushi yang aku beli dari
Empire Sushi. Sedap, snack tengah malam. Before
the day is over, aku nak ucap- selamat ulangtahun
kelahiran untuk diri sendiri dan mereka yang lahir pada
5 April.
to be continued~
@theMaGi2019
No comments:
Post a Comment