Tuesday, 30 April 2019

Vivacity Charity Run 2019

Image result for vivacity charity run 2019
Credits: LoopMe Malaysia
Hello gais! The last day of April, my favorite month all the time. Okay, kali ni aku nak update running event yang ke-5. Kali ni, Vivacity Run 2019 3 KM. Sebenarnya aku tak merancang nak berlari untuk kali ke-2 dalam bulan yang sama but kawan aku ni nak sangat join running event. So, dengan perasaan penuh kasih sayang aku pun ikut la permintaan dia. Tak apa, tak mahal pun bayaran. RM45 per person, 3 KM je. Goodie bag pun cantik.

Maka, pada hari kejadian iaitu 27 April 2019 (Sabtu), runners pun berkumpul di Vivacity Megamall sebab kalau ikut jadual, 6 pm ialah sesi flagoff. Larian kali ni sebelah petang, sama macam tahun lepas (klik pautan ni kalau nak tengok Vivacity Run tahun lepas). Sampai kat sana, aku nampak awan mendung. Kawan aku cakap- "Serius la, ini event pertama aku!"

Dan disebabkan ini event pertama dia, hari pun hujan. Hujan lebat gila. First time aku berlari dalam hujan lebat. Masa Parkinson Run bulan Februari tahun ni, aku berlari dalam hujan tapi hujan renyai-renyai. So, aku nak expect apa? 5 KM runners bermula jam 6:15 pm, 3 KM runners bermula 6:30 pm. Beza 15 minit, tapi end result tetap sama iaitu kami semua basah dari atas sampai bawah. Makanya, aku tak dapat gambar moment aku berlari di tengah jalan sambil diiringi abam trafik. Cit~

But still, berlari dalam hujan ni seronok sebenarnya. Aku cakap kat kawan aku, inilah moment yang romantik. Walaupun aku terpaksa tanggalkan spek dan jadikan tangan sendiri sebagai wiper. At the end of it, 3 KM 30 minutes sangat menyegarkan. Plus, that night bukan aku sorang je minion yang merempat depan pintu pusat membeli belah. Maka untuk larian ke-5 tahun ni, aku declare untuk rehat sebentar. Habis Syawal nanti, sambung balik~

Okay, aku nak share gambar yang aku ada masa event ni berlangsung:







p/s: Congrats Appy sebab berjaya habiskan 3 KM for the first time (dalam keadaan berhujan)


@theMaGi2019

No comments:

Post a Comment