Thursday, 18 April 2019

We're Borneon Run 2019!

Hai, Magians! Baru ada kesempatan nak update entri, sebab aku nak berpindah opis (tapi still dalam premis yang sama). So, lambat sikit update. Sama la macam larian yang aku sertai kali ni iaitu We're Borneon Run 2019 yang berlangsung 14 April yang lepas  (hari Ahad) di City One Mega Mall Kuching- aku berlari selambat aku update entri ni. Jadi, ceritanya aku pergi larian ni dalam keadaan yang tak begitu sihat. Kakak aku pun sama. Tapi aku tetap nak cuba (bukan sebab aku beria sangat nak berlari tapi sebab aku dah bayar). Jadi sampai je di lokasi selepas Subuh, aku nampak yang participants tak seramai tahun lepas. Mungkin disebabkan tarikh Borneon Run sama dengan event Tanjung Bako Run. Jadi, tak sesak macam tahun lepas. Plus, ada banyak perbezaan berbanding tahun lepas iaitu:

  • Participants tak seramai tahun lepas (aku dah mention kat atas)
  • Makanan tak banyak macam tahun lepas (memang ketara sangat perbezaan, mungkin sebab tak dapat banyak sponsor)
  • Team zumba yang dijemput sangat energetic dan bagus berbanding tahun lepas sebab yang tahun lepas punya zumba macam tarian kelab. Aku confuse, aku ni join fun run ke club dance?
Tapi still aku rasa larian yang ke-4 untuk tahun ni lebih santai (memang serius aku santai sebab aku tak berlari langsung, aku berjalan dari awal sampai habis. It took me more than 40 minutes, kaki langsung tak sakit). Dan apa yang paling penting ialah, medal Borneon Run memang sepadan dengan nama aku- Shield, sebab aku belum pernah dapat design medal berbentuk perisai. Sebab tu aku nak sangat join event ni. 

Okay, memandangkan rekod larian aku tak bagus kali ni (I won't blame myself sebab kesihatan aku memang tak memuaskan), aku rasa bagus juga sekali sekala join 5 KM run aku fokus kepada keindahan alam sekitar dan kawasan sekeliling. At least anxiety level dapat dikurangkan. Makanya, hidup ini lebih bahagia, hahaha~

Itu jelah kisahnya. Sekian.

Suasana di sekitar City One

Sebelum zumba bermula

Okay, sesi zumba. Aku menonton je, 
tak selera nak menari di pagi hari

Lepas tu participants pun memulakan
larian. 10 km flagoff pukul 6 pagi. 5 km
flagoff pukul 6:30 pagi

Terjumpa kucing semasa berlari :D

Selepas santai berlari (tak penat pun), dapat la
medal berbentuk perisai. Fuh, setel 5 km

Menu tahun ni, nasi lemak. Tahun lepas, laksa
sarawak. Nasib baik portion makanan tak banyak

Medal ke-4 aku tahun ni. 4 medals
and still counting. Harap aku sihat
dan mampu gagah berlari~


@theMaGi2019

No comments:

Post a Comment