Yeah! Bulan April! Akhirnya, bulan favourite datang kembali. Memandangkan bulan lepas aku tak dapat siapkan 5 entri as usual, so aku kena gigih update blog bulan ni. Makanya aku nak kongsi trip aku untuk tahun ni selepas aku tak naik kapal terbang tahun lepas disebabkan banyak kerja. Such a never ending story, fuh~
To be honest selama aku duduk kat Shah Alam, aku tak pernah pergi PBAKL. Aku teringin. Bila menganggur, aku teringin sangat nak pergi ke pesta buku. Tapi bila aku dapat peluang, aku bukan sekadar datang sebagai book hunter tapi juga sebagai jemputan pihak penerbit untuk buku-buku aku. You see, Tuhan bagi aku tunggu sebab Dia nak bagi lebih. Rasa berbaloi aku tunggu 9 tahun! Finally aku dapat pergi ke PBAKL di PWTC.
Okay, macam mana dengan trip kali pertama ke PBAKL di hari pertama? Excited, aku book tiket penerbangan hujung tahun lepas. Aku pergi berdua je dengan member aku, aku reserve Hotel Wira. Mula-mula aku reserve Hotel Sani 4 hari 3 malam. Tapi tak jadi sebab out of budget. Lepas tu aku nak try Tune Hotel sebab sebelum ni aku ada good experience dengan hotel tu tapi terpaksa jugak cancel sebab bajet. Last sekali aku reserve bilik di Hotel Wira sebab untuk tempoh 4 hari 3 malam, aku bayar not more than RM250.
Then pada 3 April 2019 hari Rabu, flight kena delay sebab sepatutnya terbang ke KL pada 10:50 pagi tapi kitorang terbang pukul 11:05 pagi. Lambat sikit dari yang sepatutnya. Sampai kat sana, singgah ke toilet, makan kat Sushi King, jalan-jalan, yada-yada-yada. Lepas tu, aku pesan Grab tapi aku tunggu kat pintu yang salah. Driver tu jenis tak penyabar, dia pergi blah sambil telan duit dalam Grab Pay aku. RM66 tau! Nasib baik Grab ganti. Fuh! Kemudian, Grab driver kedua datang dan hantar kitorang ke hotel and selepas tu, bermula la aktiviti merayau di Kuala Lumpur. Sebelum tu, check in dulu la...
Okay, ni rupa bilik hotel di Hotel Wira.
Ada peti sejuk dan cerek elektrik. Air mineral dan
minuman 3 in 1 pun ada. TV turut disediakan (sorry tak
ada gambar). Not bad, aku tak expect tinggi pun bila book
bilik ni. Aku rasa aku nak repeat lain kali.
Sampai je kat hotel, hujan pun turun mencurah-curah. Niat nak
pergi ke PWTC terbantut. Terpaksa tunggu hujan berhenti. Tapi
hujan masih tak berhenti. Terpaksa la pakai Grab.
Memandangkan aku tak pernah pergi PWTC, jadi untuk
dijadikan cerita, aku dan kawan aku sesat kat dewan bahagian
belakang. Pintu masuk pesta buku kat depan. Grab driver terpaksa
pusing pergi ke laluan depan. So, aku nak ucap makasih kat driver
tu sebab hantar kitorang sampai ke depan pintu.
Kalau tak silap aku, kitorang sampai ke sini dalam pukul 6pm macam
tu. Agak lengang sikit, memang sedap nak menjalankan sesi
book-hunting. Baru hari pertama, aku habiskan more than 100.
Seronok cabut duit dari dompet, yang tak seronoknya bila dah sedar
duit yang dicabut tu dah terbang ke poket orang lain, kah!
Masa ni aku tengah teman kawan aku kat booth yang jual
novel cinta. Aku tak beli buku kat booth ni, not my niche~
Ni muka lepas angkut buku, dah tak larat, duduk kat
ruang rehat dan selfie padahal perut lapar, hahaha!
Lepas tu kitorang berjalan kat bahagian belakang PWTC.
Boleh nampak suasana KL pada sebelah malam. Meriah,
lama dah tak tengok suasana macam ni. Yang tak meriahnya,
bahu sakit sebab pikul buku dalam beg.
Lepas tu member kawan aku ajak lepak kat kedai makan di
Keramat. Ayam masak merah dia seriously pedas gila. Aku rasa
aku takkan repeat. Bengkak bibir aku. Tapi rojak dia sedap.
Aku mesti bagi pujian untuk rojak tu. Btw, cahaya kat belakang
tu membuatkan aku nampak begitu indah lagi beriman, hahaha!
tu membuatkan aku nampak begitu indah lagi beriman, hahaha!
Kemudian, kawan member aku hantar kitorang
balik hotel. Ni suasana depan hotel di sebelah malam.
Rasa selesa sebab ada pak guard jaga kawasan. Ni baru
hari pertama. Aku dah fikir nak buat apa untuk hari ke-2
to be continued...
@theMaGi2019
No comments:
Post a Comment