Monday 7 January 2013

Beriadah di Pustaka Negeri Sarawak

Pustaka Negeri Sarawak, sinonim dengan peranannya sebagai pusat ilmu di seluruh Sarawak merupakan kawasan terkenal bagi golongan muda berkumpul dan belajar. Teringat dengan zaman persekolahan dulu2, nak study je mesti nak ke sini. Kononnya nak cari ilham belajar but overall, propa je banyak- siap satu karangan.

Memenuhi keperluan orang ramai dalam aspek pendidikan dan juga pembelajaran, Pustaka juga dikenali ramai dengan kemudahan yang disediakan seperti tempat pameran, ceramah, ruang rehat yang selesa, dan juga asas-asas fasiliti perpustakaan yang lain. Selain dari kemudahan dalaman, tarikan lain Pustaka ialah keindahan luaran yang mengekalkan aspek alam sekitar untuk tujuan riadah. Dengan penyediaan tempat pejalan kaki, taman permainan, tasik buatan manusia yang cantik serta kawasan berkelah, Pustaka lebih dari sebuah perpustakaan. Ia merupakan kawasan yang baik untuk berkumpul dan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Beriadah di Pustaka pada hujung minggu sama ada bersenam, berjoging, berjalan kaki atau sekadar mencari ketenangan merupakan aktiviti biasa bagi orang Kuching di hujung minggu. Pustaka menjadi tempat pilihan kerana kawasan lebih luas, tidak tersorok, lebih terbuka dan kemudahan tempat parkir. Trek laluan yang disediakan sesuai untuk semua jenis umur dan tidak terlalu berbukit-bukit, Ia dikelilingi oleh pepohon rendang yang redup, suasana yang nyaman dan lebih selamat kerana terletak berhadapan dengan jalan besar. Pustaka juga kerap menganjurkan aktiviti senamrobik di pagi minggu untuk menggalakkan aktiviti kesihatan yang memberi manfaat kepada pengunjung. Pendek kata, Pustaka merupakan tempat yang baik untuk beriadah dan kekal cergas di hujung minggu.

Suasana Pustaka di pagi hari

Tasik buatan manusia
Sekitar kawasan rehat di tepi tasik
Di kaki tangga
Untuk pengunjung Pustaka, selamat beriadah~

#TMG2013

No comments:

Post a Comment