Wednesday 16 January 2013

Kes Bunuh Yang 'Terapung'

Pembunuhan merupakan kes jenayah yang berlaku pada setiap zaman; Qabil membunuh Habil adalah jenayah pertama di dunia (QS Al-Mai'dah:27-32), diikuti dengan jenayah Cleopatra membunuh adik perempuannya, Arsinoe demi takhta kerajaan, pembunuhan Abbey Lincoln dan Kennedy oleh pembunuh upahan, kematian Puteri Diana yang masih dipersoalkan dan juga pelbagai lagi kes bunuh yang berlaku di kalangan orang ternama dan orang biasa. Namun, terdapat juga kes-kes pembunuhan yang popular yang belum berjaya diselesaikan sehinggalah ke hari ini dan menjadi misteri.

1. Kes Jack The Ripper

Jack The Ripper merupakan pembunuh kejam di Britain pada tahun 1888. Membunuh pelacur wanita dengan membelah perut dan menoreh muka mangsa dengan senjata tajam, mangsa dibiarkan di lorong-lorong gelap. Organ dalaman mangsa juga turut dipotong dan dikirimkan kepada pihak polis sebagai 'usikan'.   Kegagalam pihak polis menangkap JTR menyebabkan ramai pihak polis meletakkan jawatan akibat malu, kes JTR tidak ditutup dan JTR bebas tanpa dakwaan.

2.  Kes Black Dahlia

Elizabeth Short atau dikenali sebagai Black Dahlia seorang pelakon wanita Amerika yang terkenal pada sekitar 40-an. Beliau ditemui mati dipotong pada 15 Januari 1947 di Leimert Park, Los Angeles. Kes Black Dahlia gagal diselesaikan walaupun 60 orang tampil sebagai saksi.

3. Kes The Zodiac

The Zodiac ialah pembunuh bersiri pada lewat 60-an, membunuh 5 orang mangsa dalam lingkungan usia 16-29 tahun. Walaupun pihak polis berjaya menangkap 2500 orang suspek yang disyaki, kes tersebut tetap gagal diselesaikan.

4. Kes The Beautiful Cigar Girl

Mary Rogers, juga dikenali sebagai the Beautiful Cigar Girl ialah kerani di kedai tembakau milik John Anderson di New York. Kecantikan beliau menarik ramai perhatian pengunjung dan menguntungkan Anderson dalam masa yang sama. Pada 5 Oktober 1838, beliau dilaporkan hilang dan ibunya mendakwa bahawa Mary meninggalkan nota bunuh diri di atas meja. Tapi menurut tunangan Mary, Daniel Payne, beliau dikatakan hanya menziarahi kawannya di Brooklyn. Kemudian, pada 28 Julai 1841, mayat Mary dijumpai terapung di Sungai Hudson, New Jersey dan pembunuh Mary menjadi tanda tanya.

5. Kes Barbara dan Patricia Grimes

Barbara dan Patricia Grimes, dua beradik yang hilang selepas menonton film Elvis Presley di Chicago, Illinois pada tahun 1956 ditemui mati di tepi jalan Willow Spring, Illinois pada 22 Januari 1957 dalam keadaan bogel dan lebam serta tanda di seluruh badan. Kesan tusukan (seperti tusukan ais) di dada mangsa gaagl dijelaskan dan kes gagal diselesaikan.

6. Kes The Boy in the Box

Kes The boy in the box merupakan kes seorang mayat kanak-kanak lelaki ditemui di dalam kotak kadbod, dibalut dengan selimut murah tanpa pakaian di Susquehanna, Northeast Philadelphia pada tahun 1957. Kanak-kanak lelaki berusia 4-6 tahun, Kaukasian dan tiada identiti pengenalan diri itu dijumpai dengan rambut yang dipotong kemas, bersih, lengan disilangkan dengan cermat, berkuku pendek dan lebam di anggota badan, terutama sekali muka dan kepala. Walaupan DNA telah diambil dan disiasat, kes tersebut masih belum ditutup sehingga ke hari ini.

7. Kes Dian Fossey

Dian Fossey, dicalonkan dalam anugerah Oscar untuk filem Gorilla in the Mist merupakan pakar zoologi dari Amerika yang mengabadikan hidupnya dalam kajian dan perlindungan gorila di Afrika. Beliau ditemui mati ditetak kejam dengan parang yang menjadi hiasan di dinding rumah kabin beliau pada 1985 tanpa sebarang kecurian barang berharga. Motif pembunuhan dikatakan berkaitan dengan politik ataupun niat individu tetapi kes tersebut gagal diselesaikan walaupun ramai suspek ditangkap dan disoal siasat.

8. Kes JonBenet Ramsey

JonBenet Ramsey, seorang model kanak-kanak ditemui mati sebelum menyambut ulang tahun ke-6 selepas Krismas tahun 1996 di ruang simpanan wain di rumah beliau dalam keadaan terjerut. Semasa JonBenet hilang, keluarganya menerima nota tebusan dari seseorang yang tidak diketahui. Keluarga JonBenet dituduh membunuh anak mereka sendiri atas alasan pengabaian dan penderaan kanak-kanak namun nama keluarga Ramsey dibersihkan dari kes tersebut pada 2008. 

9. Kes Taman Shud/The Somerton Man

Seorang lelaki dalam usia 40-an ditemui mati di tepi pantai di Adelaide, Australia pada 1 Disember 1948 tanpa pengenalan diri dan segala label di badan beliau dibuang. Pihak polis menemui secebis nota yang tertulis perkataan 'Taman Shud', yang memberi pihak polis teori terhadap buku koleksi puisi The Rubaiyat oleh Omar Khayyam. Kemudian, buku tersebut ditemui di dalam kereta milik beliau di tapak jenayah kedua dan mendapati terdapat senarai nombor telefon dan juga surat-surat yang mungkin tersirat kod rahsia. Pihak polis berjaya menghubungi salah satu nombor telefon yang disenaraikan dalam buku milik mangsa namun pemilik nombor telefon tersebut, seorang wanita, menyatakan bahawa dia tidak mengenali si mangsa dan tidak tahu nama mangsa. Akhirnya, kes tersebut tergantung dan gagal menemui jawapan.

10. Tupac Shakur dan B.I.G Notorius

Tupac Shakur, penyanyi dan rapper Amerika terkenal dan menjadi legenda ditembak mati pada 7 September 1996 selepas menonton perlawanan Mike Tyson di MGM Grand Las Vegas, Nevada. Beliau dihantar ke hospital sebaik saja ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali yang menaiki kereta Cadillac semasa beliau singgah di Flamingo Road. Beberapa bulan kemudian, B.I.G juga menemui ajal dengan cara yang sama dan pembunuh gagal dijejaki.


Ruj:
http://writersforensicsblog.wordpress.com/2010/05/23/cold-case-20-biggest-unsolved-murders-cross-post/
http://listverse.com/2007/09/11/top-10-unsolved-murders/
http://en.wikipedia.org/wiki/Mary_Rogers
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_unsolved_deaths
http://www.time.com/time/specials/packages/article/0,28804,1867198_1867170_1867220,00.html

No comments:

Post a Comment