Tuesday 2 April 2013

Fakta Mengenai Barang Keperluan Anda

Pernah tak korang duduk sekejap dan merenung setiap barang yang korang selalu guna setiap hari? Pernah tak terlintas di fikiran korang siapa yang mencipta barang keperluan tersebut? Sekiranya korang pernah terfikirkan perkara ni, sah la korang memang peduli dengan kewujudan barang korang.

1. Berus gigi


Berus gigi pada asalnya dicipta di China menggunakan bulu khinzir yang terpilih (euw~). Kemudian, penggunaan berus gigi di China telah di promote oleh dentist French ke Eropah pada abad ke-17 dan 18. Di England, encik William Addis of Clerkenwald menghasilkan dan menjual paten berus gigi secara besar-besaran. Berus gigi berpaten pertama di Amerika pula telah dicipta oleh H.N Wardsworth. Pada 1938, berus gigi nilon dicipta oleh DuPont.




2. Ubat gigi
Ubat gigi wujud 500 BC di China dan India. Namun, penciptaan ubat gigi moden muncul pada tahun 1800. Ubat gigi berbuih pula dicipta pada tahun 1824 oleh dentist bernama Peabody manakala John Harris pula menambah bahan kapur dalam ubat gigi pada tahun 1850. Pada 1873, syarikat Colgate mengeluarkan ubat gigi dan menjual produk mereka di dalam botol. Pada 1892, encik Dr. Washington Sheffield mencipta tiub ubat gigi bagi menggantikan botol. Colgate kemudian meniru penggunaan tiub tersebut dan beberapa tahun selepas itu, bahan buih ubat gigi diganti dengan agen pengemulsi yang lain dan ditambah dengan cecair fluorida.



3. Pencukur pakai buang

Pada November 1904, encik King C. Gillette yang berasal dari Fond du Lac, Wisconsin mencipta pencukur dan bekerja sebagai jurujual dari rumah ke rumah bagi menyara keluarga selepas ditimpa kemalangan (rumah terbakar) dalam peristiwa Chicago Fire 1871. Bekerja sebagai jurujual telah menemukan Gillette dengan William Painter, pencipta gabus botol pakai buang yang menggalakkan Gillette dalam rekacipta. Pada 1895 selepas banyak kali gagal dalam rekacipta, Gillette akhirnya berjaya  mencipta alat pencukur pakai buang yang selamat untuk digunakan dan mengambil masa 6 tahun sebelum impiannya menjadi kenyataan.




4. Pakaian dalam wanita (coli)

Penggunaan pakaian dalam wanita ni wujud pada zaman Greek purba di mana wanita zaman tu memakai apodesmos dan mastodeton (dalam erti kata lain; coli). Bra moden berpaten yang pertama telah dicipta oleh Mary Phelps Jacob pada 1913 di New York dengan menggunakan dua helai sapu tangan sutera dan reben merah jambu sebagai sampel. Penciptaan bra moden dicetuskan bagi menggantikan penggunaan korset  ketat yang dicipta oleh isteri  King Henri II of France, Catherine de Medicis.








5. Tisu muka

Tisu muka pertama dicipta oleh Kimberly-Clark pada 1924 yang dikenali sebagai Kleenex. Sejarah awal penggunaan tisu sebenarnya bermula di Jepun menerusi catatan pengembara Eropah abad ke-17 di mana mereka mendapati orang Jepun menggunakan kertas lembut sebesar tapak tangan untuk membersihkan hidung dan hanya digunakan sekali sahaja. 








6. Tandas siram

Tandas merupakan keperluan utama manusia. Setiap hari kita masuk dan keluar tandas atas sebab-sebab yang kita sendiri dah tahu. Mangkuk tandas wujud pada Zaman Pertengahan yang dicipta menggunakan logam tertentu atau bahan seramik dan bahan kumuh tu dikumpul dalam mangkuk sebelum dicampak ke luar tingkap. Tandas siram moden yang pertama telah dicipta oleh anak angkat Queen Elizabeth I iaitu Sir John Harrington pada 1596 dan tandas siram berpaten dicipta oleh Alexander Cummings pada 1775.









7. Tali kasut

Tali kasut, benda yang korang selalu pandang remeh sebenarnya sangat berguna untuk menyokong kedudukan kasut daripada tercabut dari kaki. Tali kasut ni dikatakan telah dicipta oleh Harvey Kennedy tetapi kasut kulit  purba Areni-1 wujud sekitar tahun 3500 BC ditemui bersama tali kasut di Armenia. Ini bermakna tali kasut antara keperluan utama manusia sehinggakan ia sudah digunakan beribu-ribu tahun yang lalu dan tiada siapa pun tahu siapakah penciptanya.




8. Mee segera

Mee segera, makanan kesukaan ramai telah dicipta oleh Momofuku Ando dari Nissin Foods, Jepun. Momofuku yang dilahirkan di Taiwan telah mencipta mee segera dan dijual pada tahun 1958 dengan nama Chikin Ramen dan pada masa itu, Chikin Ramen dianggap sebagai makanan mahal. Pasaran mee segera lebih tinggi di China manakala di Belgium pula pasaran mee segera sangat rendah.






9. Sikat rambut

Sikat rambut, alat penting dalam peradaban manusia telah dicipta 5000 tahun yang lalu di penempatan purba, Persia. Sikat moden berpaten yang pertama telah dicipta oleh Hugh Rock pada 1854. Sikat rambut moden dengan wayar pendek elastik pula dipatenkan oleh Samuel Firey pada 1870.










#tmg2013


Untuk info lanjut sila rujuk>>>

No comments:

Post a Comment